Suka makan Nasi Daging tapi tak tahu mana satu resipi yang berbaloi untuk dicuba? Min cadangkan anda cuba resipi perkongsian saudari Suriani Mohd ini. Resipinya cukup mudah dan min sendiri pernah mencubanya. Hasil dan rasanya? Ahli keluarga memang suka. Anak pun ulang makan dan puji rasanya sedap. Memang berbunga hati dibuatnya. Jom cuba! Anda dan keluarga juga mungkin akan menggemarinya.
CARA MEMASAK NASI DAGING, AIR ASAM KERISIK & SUP TUMIS DARAT SEDAP
BAHAN NASI DAGING:
4 cawan beras – basuh bersih
¼ tin susu cair – beli online disini
1-2 kiub pati daging – beli online disini
Air rebusan daging & daging – air ikut agak sukatan masak nasi
Sedikit garam
2 sudu makan planta / marjerin – beli online disini
1 biji bawang merah – hiris
3-4 ulas bawang putih – hiris
Sedikit halia
Rempah 4 sekawan
Daun pandan
2 sudu makan rempah kurma – beli online disini
1 sudu makan rempah kari – beli online disini
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Dalam periuk bersesuaian, masukkan planta, bawang merah hiris, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan. Tumis hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kurma, rempah kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak.
3. Bila sudah naik bau dan rempah kelihatan masak sempurna, masukkan beras yang telah dicuci, susu cair, kiub pati daging, garam secukup rasa dan air rebusan daging bersama dagingnya sekali. Sebatikan.
4. Sukatan air agak-agak mengikut sukatan beras yang digunakan.
5. Masaklah nasi hingga masak sempurna.
BAHAN AIR ASAM KERISIK
Sedikit belacan – beli online disini
Cili api secukupnya – potong separuh @ tumbuk separuh
Air asam jawa secukupnya – beli online disini
2-3 sudu makan kerisik – beli online disini
1 biji bawang merah – hiris
1 biji tomato – hiris
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit serbuk Cukup Rasa
CARA MEMASAK:
1.Dalam mangkuk bersesuaian, satukan semua bahan.
2. Gaul hingga rata hingga semua bahan bersatu. Rasa dan boleh tambah jika ada perasa yang kurang.
3. Siap untuk dihidang.
Dapatkan DEROYAL 3 IN 1 CORDLESS CHOPPER & MIXER dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
BAHAN SUP TUMIS DARAT
Daging secukupnya
Air
Garam secukup rasa
1 biji bawang merah – hiris
3-4 ulas bawang putih – hiris
Sedikit halia
Rempah 4 sekawan
Daun sup
CARA MEMASAK:
1. Hiris daging, masukkan ke dalam periuk, tambah air secukupnya, sedikit garam dan rebus hingga empuk.
2. Panaskan kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan hingga kekuningan.
3. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk berisi daging yang telah direbus empuk. Kacau rata.
4. Tabur daun sup dengan secukupnya dan rasa. Tambah perisa jika perlu.
5. Sup Tumis Darat siap disediakan dan sedia dihidang bersama Nasi Daging dan Air Asam Kerisik.
Kredit resipi & foto: Suriani Mohd
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official