Aiskrim Coklat homemade ni nampak sangt sedap dan menyelerakan. Malah bila tengok resipi perkongsian saudari Cik Puan Hasnah ni, memang mudah serta tak guna banyak bahan. Bagi puan-puan yang ada anak kecil, elok sangat cuba buat aiskrim homemade ni. Jimat & lebih bersih. Kos pembuatannya pun murah je. Malah boleh dipelbagaikan ‘topping’nya juga mengikut kegemaran si kecil anda.
CARA MEMASAK: 1.Untuk menyediakan aiskrim coklat homemade ini, pertama sekali, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun. 2. Pukul bahan tadi hingga sebati dan gebu sekitar 10-15 minit sahaja. 3. Bila sudah kelihatan kembang dan gebu, tuang ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan ke dalam peti sejuk beku. 4. Biarkan aiskrim mengeras selama 1 malam.
5. Aiskrim Coklat homemade yang sangat sedap sedia untuk dinikmati.
Ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mantah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata salah satu dari empat sambal bilis ni.
1. SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
2. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
3. SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
4. SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Anda suka makan PudingRoti? Jika ya, resipi perkongsian saudari Nurul Shafira ni antara yang paling mudah untuk dihasilkan. Nampak sedap kan? Bahan-bahannya pun tak banyak malah senang nak dihasilkan. Bolehlah cuba nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Pulut Seri Kaya Telur atau dipanggil Sekaya Telur oleh orang Kelantan adalah salah satu dari kuih istimewa Kelantan. Lagi sedap bila dimakan sejuk sejuk, jadi simpanlah sekejap dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.Jika tidak sukakan bau dan rasa bunga cengkih, anda tidak perlu menggunakannya di dalam resipi ini dan gantikan dengan esen vanila.
BAHAN-BAHAN:
Lapisan Bawah:
500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
Secubit garam halus
Sedikit minyak masak
Lapisan Atas:
5 biji telur ayam
4 biji telur itik
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih (jika suka)
Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
1. Rendam pulut sekurang kurangnya empat jam. Basuh bersih dan toskan.
2. Campurkan pulut bersama santan air dan garam, kemudian kukus hingga masak.
3. Lapikkan loyang dengan plastik yang disapu dengan sedikit minyak.
4. Tuangkan pulut ke dalamnya. *Tekan-tekan supaya pulut mampat dan kemas.
5. Taburkan sedikit tepung gandung di atasnya. Ketepikan.
6. Satukan telur dan bunga cengkih, lalu dipukul sedikit.
7. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.
8. Tuangkan ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.
9. Seterusnya, tuangkan bancuhan ini di dalam loyang berisi pulut sebagai lapisan atas.
10. Kemudian kukus semula lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
11. Angkat dari pengukus dan sejukkan sebelum dipotong.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.