Anak Puji Sedap Macam Cadbury. Resipi Aiskrim Coklat Ni Memang Best

Share

Aiskrim Coklat homemade ni nampak sangt sedap dan menyelerakan. Malah bila tengok resipi perkongsian saudari Cik Puan Hasnah ni, memang mudah serta tak guna banyak bahan. Bagi puan-puan yang ada anak kecil, elok sangat cuba buat aiskrim homemade ni. Jimat & lebih bersih. Kos pembuatannya pun murah je. Malah boleh dipelbagaikan ‘topping’nya juga mengikut kegemaran si kecil anda.

 

RESIPI AISKRIM COKLAT HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair beli online disini
2 sudu makan susu pekat manis beli online disini
2 sudu makan ovalette beli online disini
2 sudu maka serbuk koko beli online disini
1 cawan milo beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Untuk menyediakan aiskrim coklat homemade ini, pertama sekali, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul bahan tadi hingga sebati dan gebu sekitar 10-15 minit sahaja.


3. Bila sudah kelihatan kembang dan gebu, tuang ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan ke dalam peti sejuk beku.
4. Biarkan aiskrim mengeras selama 1 malam.


5. Aiskrim Coklat homemade yang sangat sedap sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Cik Puan Hasnah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur