Anak-anak memang sukakan makanan segera seperti Hotdog, Ayam Goreng dan sebagainya. Namun hidangan begini tinggi kalori serta kandungan lemak dan garamnya. Kadang-kala sebagai ibu bapa, serba salah memilih sajian yang sihat untuk si manja. Menerusi perkongsian saudara Khabbab Jamalludin, beliau telah berkongsi resipi Hotdog Kukus Bolognese yang lebih sihat untuk disajikan buat anak-anak.
RESIPI HOTDOG KUKUS BOLOGNESE SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Roti sosej – beli online disini
Sosej / frankfurter lembu
½ biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
1 ½ biji tomato – dadu
1 sudu teh serbuk oregano – beli online disini
Minyak zaitun secukupnya – beli online disini
Cili – jika suka pedas
Sos pasta / spageti segera secukupnya – beli online disini
Beberapa helai daun basil
Garam secukup rasa – jika perlu
CARA MEMASAK:
1.Panaskan periuk pengukus dan kukus hotdog hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian kukus pula roti hotdog selama 1 minit. Pastikan bahagian tengahnya telah dipotong sebelum dikukus supaya senang dimasukkan sos kemudian nanti. Ketepikan bila sudah siap.
3. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak zaitun.
4. Tumis bawang besar, tomato dan oregano. Jika suka pedas, boleh juga masukkan hirisan cili ke dalam tumisan.
5. Bila sudah wangi dan layu, masukkan sos pasta segera dengan secukupnya. Jumlahnya bergantung sebanyak mana roti yang kita sediakan.
6. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sos memekat dengan air dari tomato tadi. Sos tak nak cair sangat kerana akan diletak diatas roti.
7. Tambahkan daun basil jika ada.
8. Bila sos sudah pekat, perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Jika boleh, tidak perlu tambah garam kerana sos dan sosej sudah mengandungi sodium.
9. Ambil roti yang telah dikukus tadi dan masukkan sosej ke dalamnya.
10. Sudukan sos dengan secukupnya.
11. Hotdog Kukus Bolognese sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Khabbab Jamalludin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official