
Apa yang boleh membuatkan anda gembira dan mampu untuk melupakan seketika masalah yang melanda? Sudah pastinya makanan yang lazat dan kena dengan citarasa anda!
Menyedari perubahan citarasa pengguna kini yang semakin mementingkan rasa, tekstur, persembahan, dan kualiti dalam makanan, jenama produk tenusu Eropah terkenal, Anchor Food Professionals membawakan krim tenusu dan keju mozarela yang diberi sentuhan Eropah untuk pasaran Malaysia.

Berbekalkan pengalaman melebihi 130 tahun dalam dunia tenusu, Anchor Food Professionals memperkenalkan Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese, Anchor Chef’s Classic Whipping Cream, Anchor Culinary Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream.
Menurut Pengarah Perkhidmatan Makanan, Fonterra Brands Malaysia, Jack Tan, perniagaan makanan kian memerlukan produk-produk serbaguna yang menawarkan manfaat tambahan iaitu ringkas dan segera.

“Pengguna masa kini juga tertarik dengan produk-produk yang dapat mencetus emosi yang dapat menggembirakan mereka.
“Sebagai pakar tenusu global yang membekalkan sumber produk tenusu yang terbukti berkualiti tinggi, kami yakin bahawa barisan produk tenusu gaya Eropah ini akan menawarkan sebuah pengalaman yang unik buat warga Malaysia,” katanya.

Anchor Culinary Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream yang membekalkan produk tenusu yang berciri lebih ringan dan seimbang.
Manakala Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese, merupakan keju mozarela ala tradisional, memberikan hasil prestasi ketuhar yang jauh lebih baik, rasa yang enak dan kompleks serta, menjamin juadah yang benar-benar lazat dapat disediakan.

Anchor Chef’s Classic Whipping Cream dirumus dengan teksturnya yang serba ringan dan lembut, ia dapat menyempurnakan juadah istimewa dalam keadaan panas, sejuk, atau beku.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Anchor Food Professionals di https://www.anchorfoodprofessionals.com/my/en.html, atau ikuti saluran sosial kami di www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY dan www.instagram.com/anchorfp.my.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Jenama Makanan Terbaru Anda Boleh Pesan Melalui Aplikasi Foodpanda Sekarang!

Bangun tidur je perut dah berbunyi, otak dah pusing fikir nak masak apa tapi bahan masakan tak ada. Sekarang ni nak apa-apa semua dihujung jari, terfikir je terus boleh pesan secara dalam talian dan boleh terus dapat dalam masa yang singkat. Apa tunggu lagi? Pesan je dengan abang Foodpanda sekarang!

Paling best sekarang ada 5 jenama makanan terbaru yang boleh dipesan hanya dari aplikasi Foodpanda! Mesti korang teruja nak tahu menu apa yang dihidangkan, betul tak? Sabar! Saya nak bagitahulah ni, lepas dah tahu nanti terus order Foodpanda tau! Boleh dapat diskaun 40%.

Antara 5 jenama makanan terbaru yang ada adalah Soul Brew, sesiapa yang nak bersantai rehat dirumah dengan minuman yang fancy boleh order menu air yang paling popular dekat kedai ni iaitu Signature Brown Sugar Latte ataupun Roasted Hazelnut Boba Coffee. Yang paling saya suka antara dua menu ni air Brown Sugar Latte sebab tak ada rasa pahit dan sangat berkrim!


Restoran yang seterusnya pula menghidangkan menu burger yang pasti menjadi pilihan bagi mereka yang sukakan menu mudah untuk dimakan dan yang paling penting sedap dan mengenyangkan! Nama restoran ni DAMN! Burgers. Kelainan menu yang ada seperti Korean Sweet Chili Chicken Burger ni saya jamin takkan menyesal makan sebab daging ayam sangat tebal. Tak payah letak sos sebab dah ada rasa pedas pedas manja!

Tak suka burger? Nak makanan yang manis je? Boleh pesan dari restoran Sweet Spot! Ada dua menu yang pasti korang tak menyesal beli! Biscoff Baked Cheesecake yang menggunakan 100% bahan Biscoff dengan taburan biskut biscoff dan juga Burnt Cheesecake yang memang lemak berkrim tapi tak muak. Antara dua menu ni saya paling suka Burnt Cheesecake.


Alaaa macam tak kenyanglah makan burger atau kek je ada tak menu yang berat sedikit, saya ni tekak melayu nak makan nasi je. Jangan riasu! Memang ada! Korang boleh pesan makanan dari restoran Lunchbox dan cuba menu popularnya iaitu Salted Egg Butter Chicken with rice. Saiz hidangan memang mengenyangkan rasa salted egg butter chicken tak terlalu muak dan rasanya sangat seimbang dengan masin dan lemak butter. Set hidangan ni sangat sesuai bagi yang nak makan tengah hari dan belum sarapan pagi sebab dijamin korang kenyang sampai malam.

Tak suka menu yang guna butter? Boleh pesan makanan dari restoran Honest Bowl dimana restoran ni menghidangkan menu dalam bungkusan berbentuk mangkuk, antara menu yang popular Chicken Katsu Curry Bowl yang mengandungi ayam yang di goreng secara deep-fry dihidangkan bersama kuah kari dan sayur segar.

Sekarang ni korang yang kena buat pilihan sendiri nak pesan makanan apa melalui aplikasi Foodpanda. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.foodpanda.com.my
Roti Jala Jelita Jadi Kanvas Seni di Rasa Layan Curry Fiesta 2025

Aroma kari yang harum, muzik santai yang bergema, dan gelak ketawa pengunjung menjadi latar suasana ketika ribuan orang berpusu-pusu ke khemah utama RASA Layan Curry Fiesta. Tetapi sorakan paling gemuruh bukan kerana makanan percuma semata-mata, sebaliknya untuk menyaksikan bagaimana selembar roti jala mampu ditukar menjadi karya seni yang membanggakan negara.
Inilah momen istimewa yang ditunggu-tunggu: Pertandingan Roti Jala Jelita Jalur Gemilang Gala. Acara kemuncak ini diraikan penuh warna sempena bulan kebangsaan dan Hari Malaysia, anjuran Majalah RASA dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, serta sokongan penaja utama OKI, Seri Pelangi dan Ajinomoto.

Dari Dapur Ke Pentas
Sejak pagi lagi, khemah Roti Jala sudah menjadi tumpuan. Sebanyak 2,000 gulung roti jala diagihkan percuma kepada orang ramai. Ramai yang teruja mencuba sendiri teknik “menjala” di empat stesen dapur khas. Ada yang berjaya buat cantik, ada juga yang ketawa bila adunan tak jadi.


Namun menjelang petang, semua mata tertumpu ke pentas utama. Hos membuka tirai acara dengan penuh semangat Malaysia Madani, disusuli ucapan penuh makna oleh Puan Emma Masri, Managing Editor RASA. Barisan juri yang berpengalaman kemudian mengambil tempat, bersedia menilai kreativiti peserta yang membawa roti jala ke tahap seni.
Kreativiti Jalur Gemilang
Seorang demi seorang peserta naik ke pentas, mempersembahkan hasil ciptaan mereka. Dari corak bendera Malaysia, bunga-bungaan patriotik, hinggalah replika 3D makanan tradisi, semuanya diinspirasikan daripada Jalur Gemilang. Penonton bersorak setiap kali karya ditayangkan di skrin LED, seolah-olah berada di sebuah pameran seni, bukan sekadar pertandingan masakan.


Suasana makin meriah apabila MC mengadakan Kuiz Merdeka & Makanan. Kanak-kanak, remaja dan ibu bapa sama-sama berebut menjawab soalan pantas tentang Malaysia.


Saat Mendebarkan – Pengumuman Pemenang
Tibalah saat yang paling dinanti. Sorakan penonton bergema apabila nama-nama pemenang diumumkan.
🥇 Juara – Nadila binti Mohd Suhaimi
Karyanya diberi nama “Warna Warni Gemilang Kebudayaan”. Nadila mengambil masa 6 jam dengan 2.5 kg tepung untuk menyiapkan hasil roti jala berinspirasikan kepelbagaian budaya di bawah Jalur Gemilang.
“Saya ambil inspirasi daripada tema kebangsaan – Jalur Gemilang dan budaya kita yang pelbagai. Paling susah bila nak hasilkan bunga-bunga. Warna kena padan betul-betul supaya dekorasi nampak harmoni,” jelas Nadila, yang akhirnya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM800.

🥈 Tempat Kedua – Roszalaimi bin Mat Salleh
Karya “Wau Bulan Gemilang” pula mengambil masa 3 jam dan menggunakan 3 kg tepung. Wau bulan dipilih sebagai simbol negeri kelahirannya, Kelantan, dengan hiasan bendera-bendera negeri lain melambangkan perpaduan.
“Bahagian paling susah ialah menghasilkan bentuk bendera dengan tepat, terutama logo kecil-kecil tu. Warna pun kena seragam, kalau tidak tak jadi,” kata Roszalaimi yang memenangi hadiah wang tunai RM500.

🥉 Tempat Ketiga – Suzilawati binti Sahari
Dengan karya “Aneka Warisan Malaysia”, Suzilawati memulakan kerja seawal 5 pagi. Menggunakan 5 kg tepung, beliau menghasilkan bukan sahaja roti jala patriotik, tetapi juga replika 3D makanan tradisi dan kraftangan Malaysia.
“Cabaran terbesar ialah nak buat replika 3D daripada adunan tepung. Tekstur kena betul-betul dijaga – kalau terlalu kering, ia boleh merekah,” katanya. Hasil ketekunannya itu berjaya melayakkan beliau ke tempat ketiga dengan hadiah RM300



Lebih Dari Sekadar Pertandingan
Pertandingan ini bukan sekadar mencari juara. Ia adalah pentas untuk mengangkat roti jala sebagai simbol seni, budaya dan kebersamaan rakyat Malaysia. Dari generasi muda hingga warga berusia, semua sama-sama merasai semangat kebangsaan yang disulam dalam sehelai roti jala.


Ketika lampu pentas mulai padam, penonton pulang dengan senyuman. Bukan hanya kerana kenyang menjamu roti jala, tetapi kerana rasa bangga melihat kreativiti rakyat Malaysia. Roti jala bukan lagi sekadar makanan, tetapi telah menjadi kanvas seni Jalur Gemilang yang menghubungkan kita semua.
WHO Ishtihar COVID-19 Sebagai Pandemik. Apa Maksudnya?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam ( Rabu) telah mengisytiharkan wabak Novel Coronavirus ( COVID-19) sebagai pandemik. Ia berikutan dengan terdapat 118,000 kes, lebih 4,000 kematian dan virus itu telah menemui ada di setiap benua kecuali Antartika.
Endemik, Epidemik dan Pandemik. TIGA perkataan ini kerap digunakan untuk menunjukkan betrapa seriusnya sesuatu penyakit itu menular. Namun setiap satunya membawa maksud yangt berbeza.
ENDEMIK
- En-demik = Di dalam – daerah/orang
- Kejadian penyakit yang SENTIASA wujud dalam masyarakat atau tempat.
- Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes tapi pada kadar yang stabil dan rendah.
- Contoh: Denggi
EPIDEMIK
- Epi-demik = Di kalangan-daerah/orang
- Kejadian penyakit yang naik mendadak melebihi kadar biasa.
- Kewujudannya dilihat jelas dalam komuniti dalam tempoh masa tertentu.
- Ia juga dikenali sebagai “ Wabak”.
- Contoh: Kejadian Polio di Sabah (2019)
PANDEMIK
- Pan-demik = semua-daerah/orang
- Kejadian wabak besar-besaran ke seantero dunia.
- Ia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar.
- Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit baharu ( Novel).
- Ciri pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
- Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
- Contoh: Kejadian ‘Black Death’ diantara kurun ke 14-17 yang melibatkan kematian 2/3 penduduk dunia ( Penyakit hawar/Yersinia pestis)

SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA ( setakat 11/3/2020)
- 20 kes baru menjadikan 149 kes dengan 26 kes sembuh dan discaj.
- Dua kes dirawat di ICU tetapi stabil.
- Kes ke-78 telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.
- Sehingga 11 Mac 2020, 20 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan. Kontak-kontak rapat bagi kes ini sedang dikenalpasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih dijalankan sehingga punca jangkitan terjadi dapat dikenalpasti.
- Dengan ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 149 kes.
- Dua (2) kes dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan tetapi dalam keadaan stabil.






KKM MENGGESA AGAR:
1. SEMUA PERHIMPUNAN yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19
2. MENJARAKKAN DIRI (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
3. TIDAK MELANCONG ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19
4. TIDAK MELAWAT kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.
KKM juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut bagi melindungi diri anda dan orang lain dari COVID-19.
Pesanan : Langkah 1 terpakai tidak kira di mana anda berada.

Sumber Info & Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
APA ITU COVID-19?
Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.
Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.
Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission).
Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.
Simptom dan Tanda Novel Coronavirus
Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:
Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.
Bagaimana coronavirus berjangkit?
Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.
Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes MERSCoV atau pun SARS.
Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.
Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.
Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin.
Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.
Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.
Ujian pengesahan
Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR) untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.
Pencegahan dan rawatan
Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.
Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara seperti:
Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)
Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit
Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.
Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.
Rawatan
Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu dengan sendirinya.
Artikel Berkaitan: Kronologi Wabak Novel Coronavirus
Rujukan:
sumber: https://thediagnosa.com/coronavirus-simptom-punca-rawatan/
Sumber Asal Artikel: https://pku.upm.edu.my/article/coronavirus_simptom_punca_dan_rawatan-55053

