Bagi penggemar hidangan Makaroni Keju, anda pasti pantang dengar nama menu ni dah rasa nak makan kan? Ha…Min faham. Mahu tak nak. Dah nama pun makanan kegemaran. Kepada sesiapa yang tercari-cari resipi Makaroni Cheese yang mudah dan sedap, resipi ni salah satu yang boleh dicuba. Sangat berbaloi. Boleh makan puas-puas! Malah ia juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas. 

 

MACARONI CHEESE SEMPOI

Ads

Anda Penggemar Makaroni Cheese? Resipi Ohsem Ni Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan macaroni
  • 3 cawan susu segar
  • 6 keping keju cheddar Cheesedale
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Brokoli secukupnya – dicelur
  • Cendawan butang secukupnya – dicelur
  • Lada hitam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus makaroni dan toskan airnya.
  2. Dalam pan atau periuk, masukkan makaroni tadi dan buka api sederhana. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk.
  3. Letakkan kepingan keju dan susu pekat manis di atas makaroni tadi. 
  4. Bila keju mula cair, gaul kesemuanya supaya rata.
  5. Masukan hirisan brokoli dan cendawan yang telah direbus atau dicelur.
  6. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Tambahkan juga sedikit serbuk lada hitam untuk rasa yang lebih sedap. 

Anda Penggemar Makaroni Cheese? Resipi Ohsem Ni Wajib Cuba!

Ads

Kredit resipi & foto: Irmaz Zamri

 

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI