Pernah tak anda terasa nak makan kueyteow goreng tapi kurang rajin nak pi beli dekat kedai? Ye lah..kalau keluar beli kueyteow, comfirm bukan tu je beli. Mesti ada banyak lagi benda yang anda borong kan? Kalau macam tu, anda memang sesuai belajar cara-cara buat kueyteow homemade ni. Memang mudah, lebih bersih serta jimat!
KUEY TEOW HOMEMADE
CARA-CARA:
1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas.
2. Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Semasa menggelek, pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.
4. Canai doh hingga nipis sebanyak 2 kali. ( empunya resipi canai guna mata no 5 sebanyak 2 kali, mata no 4 sekali.)
5. Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta ( fetuccine) atau kueyteow.
6. Didihkan air dan masukkan 1 sudu makan minyak. Kemudian rebus kueyteow seketika. Jangan terlalu lama.
7. Setelah kueyteow timbul, itu menandakan ia telah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.
8. Toskan kueyteow hingga kering dan gaul bersama minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Yana Ima Shida