Aneka bubur manis untuk berbuka. Selain hidangan utama, manisan melengkapkan juadah berbuka. Tak kira kuih-muih atau pun bubur.
Dikongsikan empat jenis bubur dan pengat yang mudah untuk dimasak. Yang penting, dijamin sedap.
ANEKA BUBUR MANIS UNTUK BERBUKA
BUBUR BARLI DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
100 gram barli – boleh beli online di sini
200 gram keledek yang dipotong dadu
250 gram gula pasir atau secukup rasa – boleh beli online di sini
250 gram santan
600 gram air
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Rebus barli dan keledek hingga kembang dan empuk. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
- Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
BUBUR BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
100 gram tepung pulut – boleh beli online di sini
Pewarna merah
1-2 titis pewarna hijau
Pewarna kuning
250 gram gula pasir atau secukup rasa – boleh beli online di sini
250 gram santan
400 gram air (kuah santan)
600 gram air (untuk rebus butir nangka)
1 helai daun pandan (simpul)
1/2 sudu teh garam – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
- Untuk membuat butir nangka; gaulkan tepung pulut bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh. Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna kepada setiap bahagian. Gaul hingga warna sekata dan bentuk seperti butir nangka.
- Masukkan butir-butir nangka tadi ke dalam air yg telah menggelegak. Tunggu sehingga butir nangka itu timbul barulah diangkat. Redam butir nangka yang telah masak di dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.
- Untuk kuahnya pula; rebus air sebanyak 400gm hingga menggelegak. Kemudian masukkan butir nangka, gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
- Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
PENGAT KELADI, PISANG DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang nangka (dibentuk bunga)
100 gram keladi (potong dadu sebesar lebih kurang 2cm x 2cm)
50 gram gula merah/melaka
100 gram keledek (potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm)
250 gram santan
100 gram gula pasir atau secukup rasa – boleh beli online di sini
650 gram air
1 helai daun pandan (simpul)
1/2 sudu teh garam – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Rebus keladi dan keledek sehingga empuk, kemudian masukkan pisang.
- Masaklah sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan.
- Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
BUBUR CANDIL
BAHAN-BAHAN:
UNTUK DOH:
100 gram tepung ubi kayu (untuk doh) – boleh beli online di sini
1 cawan air (untuk doh)
Pewarna merah
1-2 titis pewarna hijau
Pewarna ungu
1 sudu teh air kapur
1 1/2 sudu teh garam
UNTUK KUAH:
250 gram santan pekat
100 gram gula pasir – boleh beli online di sini
50 gram gula merah/melaka
1 sudu makan tepung ubi (untuk kuah) – boleh beli online di sini
Sehelai daun pandan (simpul)
Sedikit garam – boleh beli online di sini
600ml air untuk merebus
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Ketepikan.
- Untuk membentuk doh; gaulkan tepung ubi bersama 1/2 teh garam, air kapur dan sedikit air sehingga membentuk doh.
- Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna uli sehingga warna sekata, bentukkan bulat-bulat.
- Kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga doh timbul di permukaan. Tutupkan api. Ketepikan.
- Untuk membuat kuah; Gaulkan gula merah/melaka, tepung ubi bersama 1 cawan air sehingga sekata, kemudian masukkan ke dalam periuk candil tadi. Masaklah sehingga kuah agak pekat.
- Untuk menghidang, curahkan santan pekat yang telah digaulkan bersama garam.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official