Aneka Hidangan Mi Ikut Citarasa Keluarga

Share

Kadangkala bosan asyik masak nasi dan lauk pauk. Sesekali nak juga ubah selera supaya tidak bosan. Masak sesuatu yang mudah dan buka selera anda. Hidangan mi antara yang mudah dan mempunyai kepelbagaian jenis. Anda boleh cuba sresipi mi yang dikongsikan ini. Gerenti sedap!

MI KUAH 

BAHAN-BAHAN A:

1 paket mi kuning | celur

200gm tauge | celur separuh masak

2 batang sawi | potong pendek dan celur

1 biji tomato |hiris nipis

2 biji cili merah |hiris nipis

2 biji limau kasturi |belah dua (untuk diperah)

Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

BAHAN-BAHAN B ( KUAH):

1kg tulang lembu |rebus empuk

2 biji ubi keledek (sederhana) | rebus dan kisar halus

1 labu bawang besar | kisar

4 ulas bawang merah | kisar

3 ulas bawang putih |kisar

2cm halia | kisar

1 liter air rebusan tulang/daging

3 sudu makan cili kisar

1 sudu makan sos tomato

Garam dan gula perang secukupnya

Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat kuah; panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak. Masukkan sos tomato, air rebusan daging/tulang dan tulang yang telah direbus lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
  3. Masukkan ubi keledek kisar dan didihkan hingga kuah pekat.
  4. Tambah garam dan gula perang secukup rasa.
  5. Untuk menghidang; letakkan serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk dan tuang kuah berserta tulang ke dalam mangkuk.  Hidangkan panas.

Info chef: Boleh hidangkan bersama cili jeruk atau potongan cili.

Saiz Hidangan: 3-4 orang

Waktu Memasak: 35 minit

Jenis Hidangan: Melayu

Keistimewaan: Rasa manis tulang yang memberi rasa manis pada kuah

Jenis Penyediaan: Mi

Cara Memasak: Tumis dan didih

Anggaran harga: RM15-RM25

 

MI ROJAK PANTAI TIMUR 

BAHAN-BAHAN A:

150gm mi kuning | celur dan toskan

50gm tauge | celur separuh masak

1 biji timun | hiris nipis

2 keping tauhu | goreng dan potong dadu

2 biji ubi kentang | rebus dan potong dadu

2 biji telur | rebus dan belah empat

3-4 cucur tepung @ cucur udang |potong kecil

2 jejari ketam | goreng dan potong kecil

3-4 biji bebola ikan |goreng & potong kecil

BAHAN-BAHAN B (KUAH):

200gm kacang tanah

150gm udang kering | rendam & kisar lumat

10 tangkai cili kering

4 ulas bawang putih

2 labu bawang besar

2-3 biji ubi keledek | rebus dan kisar lumat

2 sudu makan air asam jawa

Garam dan gula merah secukup rasa

Minyak masak secukupnya

Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat kuah; goreng kacang tanah, cili kering, bawang putih dan bawang besar. Kisar semua bahan hingga halus.
  2. Campurkan bahan-bahan kisar bersama ubi keledek kisar, udang kering kisar dan air asam jawa ke dalam periuk. Tambah 2-3 cawan air lalu didihkan hingga kuah menjadi likat dan agak gelap.
  3. Tambah garam dan gula merah secukup rasa. Didihkan lagi kuah untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati. Tutup api.
  4. Untuk menghidang; Isikan bahan-bahan A ke dalam pinggan menghidang dan tuang kuah ke atasnya.

Info chef: Jika suka boleh taburkan bawang goreng.

Saiz Hidangan: 3-4 orang

Waktu Memasak: 35 minit

Jenis Hidangan: Melayu

Keistimewaan: Kuahnya yang pekat dan lemak

Jenis Penyediaan: Mi

Cara Memasak: Rebus, goreng dan didih

Anggaran harga: RM15-RM25

 

MI SIPUT/SANGGUL GORENG 

BAHAN-BAHAN:

1 paket mi siput/sanggul kering | rendam dan toskan

200gm udang segar | bersihkan

100gm tauge |buang ekor

50gm udang kering | rendam tumbuk lumat

2 batang sawi | potong kecil

3 ulas bawang putih | tumbuk lumat

1 sudu makan cili kisar

1 sudu makan sos cili

1 sudu makan kicap pekat manis

Garam dan lada sulah secukup rasa

Minyak masak secukupnya

 

UNTUK HIASAN:

Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan udang kering hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, sos cili, kicap dan udang. Tumis beberapa minit lagi hingga cili masak.
  3. Masukkan mi siput/sanggul, sawi dan tauge.  Goreng sebati.
  4. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Hidangkan dengan taburan cincangan daun bawang dan bawang goreng.

Info chef: Enak dimakan ketika panas.

Saiz Hidangan: 3-4orang

Waktu Memasak: 30 minit

Jenis Hidangan: Cina

Keistimewaan: Mi yang lebih halus dan kenyal dikunyah

Jenis Penyediaan: Mi

Cara Memasak: Tumis dan goreng

Anggaran harga: RM15- RM25

 

MI SIZZLING 

BAHAN-BAHAN:

2-3 gulung yee mee kering

5-6 biji cendawan shiitake kering | rendam sekejap dan celur

3-4 batang sawi hijau pendek | potong dan celur

1 biji telur

BAHAN-BAHAN B (KUAH):

850ml air rebusan ayam/daging

½ ekor ayam  |potong kecil

4-5 tangkai cili kering | potong pendek

5 ulas bawang putih | tumbuk halus

3cm halia |cincang halus

4 sudu makan sos tiram

3 sudu makan kicap pekat

3 sudu makan kicap cair

1 sudu makan serbuk lada hitam

1 sudu teh minyak bijan

2 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air | bancuh

Garam dan lada sulah secukup rasa

Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak perang.
  3. Tuang air rebusan ayam. Tambah kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan serbuk lada hitam.  Didihkan hingga semua bahan empuk dan sebati.
  4. Tuang bancuhan tepung jagung, tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Sediakan kuali sizzling, letakkan yee mee kering, cendawan shiitake celur dan sawi.  Letak di atas api yang besar, tuang sesenduk kuah.  Pecahkan sebiji telur di dalam kuali sizzling dan biar kuah mendidih sebentar.  Hidangkan.

Info chef:  Anda perlu menyediakan kuali sizzling sebelum memasak mi ini.

Saiz Hidangan: 3-4 orang

Waktu Memasak: 35 minit

Jenis Hidangan: Cina

Keistimewaan: Pelbagai sos yang sedap dan cendawan Shiitake yang kenyal bila dikunyah

Jenis Penyediaan: Mi

Cara Memasak: Tumis dan goreng

Anggaran harga: RM15-RM25

 

MI UDANG  

BAHAN-BAHAN A:

1 paket mi kuning | celur

2 biji tomato |hiris nipis

2 biji telur rebus |belah empat

50gram tauge | celur sedikit

2-3 batang sawi |potong kecil & celur

UNTUK HIASAN:

Hirisan daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng secukupnya

BAHAN-BAHAN B (KUAH):

1 liter air rebusan kulit udang (kulit udang direbus dan tapis, ambil airnya)

8-10 ekor udang sederhana besar

2-3 biji ubi keledek sederhana | rebus dan kisar

10 tangkai cili kering

6 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

100gm udang kering | rendam sekejap

3cm belacan

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak secukupnya

 

CARA-CARA:

  1. Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga menjadi pes yang lumat.
  2. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk.  Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan masak.
  3. Tuang air rebusan kulit udang dan belacan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
  4. Tambah ubi keledek kisar, garam dan gula secukup rasa.  Didihkan lagi hingga semua bahan masak rata.
  5. Masukkan udang dan biarkan udang masak seketika (jangan terlalu lama).
  6. Sediakan serba sedikit  bahan-bahan A di dalam mangkuk/pinggan menghidang, tuang kuah dan hidangkan.

Info chef: Saiz udang berdasarkan bajet anda sendiri.

Saiz Hidangan: 3-4 orang

Waktu Memasak: 35 minit

Jenis Hidangan: Cina

Keistimewaan: Rasa manis udang meresap ke dalam kuah

Jenis Penyediaan: Kudapan

Cara Memasak: Bakar

Anggaran harga: RM15-RM25

 

MI WANTAN SUP  

BAHAN-BAHAN A:

1 paket mi wantan   | celur dan toskan

2 ketul dada ayam

3-4 batang sawi hijau pendek | celur dan toskan

4-5 biji cendawan shiitake |bersihkan dan celur

4 sudu makan kicap pekat

3 sudu makan kicap cair

2 sudu makan sos tiram

1 sudu makan minyak bijan

 

BAHAN-BAHAN B (KUAH):

1 liter air rebusan ayam

8-10 biji wantan*

8-10 biji bebola ikan

4 ulas bawang putih | kisar halus

3cm halia |kisar halus

Garam & lada sulah secukupnya

 

BAHAN-BAHAN C (WANTAN*):

8-10 keping kulit wantan

50gram cincangan isi ayam

½ batang lobak merah | cincang dadu halus

2 batang daun bawang |cincang halus

1 sudu teh sos tiram

1 sudu teh tepung jagung

½ sudu teh minyak bijan

Garam dan lada sulah secukup rasa

Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat wantan*: satukan semua bahan C kecuali kulit wantan dan gaul rata menjadi inti.  Letakkan sesudu kecil inti ke dalam kulit wantan, sapu keliling kulit wantan dengan kuning telur, bunjutkan wantan dan kemaskan bunjutan. Ketepikan.
  2. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  3. Tuang air rebusan ayam dan didihkan.
  4. Masukkan wantan, bebola ikan, minyak bijan dan didihkan hingga wantan empuk.
  5. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  6. Sementara itu, panaskan sesudu minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Tuang air rebusan ayam dan didihkan hingga semua bahan sebati. Masukkan mi wantan yang dicelur tadi dan biarkan mendidih hingga kuah kering. Angkat.
  7. Ayam diperap bersama dua sudu makan kicap cair, 1 sudu makan sos tiram dan 2 sudu makan madu selama sejam atau lebih. Goreng dan hiris nipis.
  8. Cara menghidang; Di dalam pinggan susun bahan-bahan A dan hidangkan bersama sup wantan yang dituang di dalam mangkuk berasingan.

Info chef: Enak dimakan bersama cili jeruk atau cili potong.

Saiz Hidangan: 3-4 orang

Waktu Memasak: 35 minit

Jenis Hidangan: Cina

Keistimewaan: Rasa sup yang ringan yang enak dinikmati

Jenis Penyediaan: Mi

Cara Memasak: Tumis dan didih

Anggaran harga:RM15-RM25

 

Resipi: Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang Selangor

Published by
Putri