Bukan sahaja boleh dimakan bersama roti semata-mata, Nutella juga boleh menghasilkan pelbagai hidangan yang sangat menarik yang mesti dicuba oleh semua penggemar Nutella. Ianya mudah dan pastinya sangat enak hingga menjilat jari! Selamat mencuba!  

BISKUT NUTELLA

BAHAN-BAHAN

  • 450gm Nutella
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
  2.  Masukkan nutella dan telur.
  3.  Gaul semua bahan hingga sebati dan menjadi doh.
  4.  Ambil adunan dan bulatkan. Letak diatas baking paper.
  5.  Bakar pada suhu 170C selama 10 minit.
  6.  Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

BROWNIES NUTELLA

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • 200g Nutella
  • 9 sudu besar tepung gandum

CARA PENYEDIAAN

IKLAN
  1. Pukul telur dan nutella di dalam bekas dengan menggunakan mixer. Pada yang rajin nak guna tangan pon boleh.
  2. Bila dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  3. Gaulkan tepung dengan adunan nutella dan telur tadi sehingga sebati. Agak-agak dah sebati bolehlah dituang ke dalam acuan. Nak guna loyang boleh, nak guna papercup pon boleh.
  4. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 180c (bergantung pada oven masing-masing).
  5. Nak tau brownies ni dah masak ke belum, gunakan garfu atau lidi dan cucukkan pada brownies tuu. Kalau tak melekat tu dah masak maknanya.

Kredit resipi & foto: ct kektus

PUDING ROTI NUTELLA

BAHAN-BAHAN

  • 5 keping roti yang disapu dengan marjerin dan nutella
  • 1 1/2 cawan susu segar – resipi ini letak 2 cawan (ikut jenis roti)
  • 2 biji telur 
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 2-3 sb susu pekat manis
  • Kismis secukupnya
  • Chocolate chips secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan susu segar, telur, gula dan susu pekat manis. Whisk hingga sebati.
  2. Carik-carikan roti dan masuk dalam ramekins. Gaul dengan kismis dan chocolate chips.
  3. Tuang campuran susu dan bakar dalam preheated oven 180C dalam 20-30 minit.

Kredit resipi & foto: Kamalia Hani Yunus

NUTELLA BANANA SWIRL MUFFINS

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 4 biji pisang sederhana besar di kisar
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 biji telur A
  • 1/4 cawan minyak sayur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan kacang pecans (boleh juga diganti dengan chocolate chips)
  • Nutella

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan oven 350’F atau lebih kurang 160’C atau ikut kepanasan oven masing-masing.
  2. Dalam mangkuk sederhana, ayak tepung, baking soda, baking powder dan garam, kacau rata dan ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, masukkan pisang, gula putih dan perang, telur, minyak dan esen vanilla, putar perlahan dengan mixer dan kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis campuran tepung.
  4. Masukkan pecans atau chocolate chips, kacau sehingga sebati.
  5. Sediakan muffin tin, sapukan sedikit planta atau mentega atau boleh jugak gunakan cup kertas.
  6. Sudukan 3/4 saja dalam setiap muffin tin.
  7. Kemudian sudukan 1 sudu kecil nutella di atas nya, dan lorek lah dengan menggunakan toothpick.
  8. Buatlah ikut kreativiti sendiri ya.
  9. Bakarlah di dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 15-17 minit sehingga bila kita masukkan toothpick ia nya tak melekat dan bersih.
  10. Bila dah masak boleh lah dikeluarkan dari oven dan dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Nooriah Abdullah

NUTELLA & BANANA FRENCH TOAST ROLL UPS

BAHAN-BAHAN

  • Roti putih 10 keping | kerak dipisahkan
  • Nutella kira-kira 1 cawan
  • Pisang 2 batang , potong 10
  • Telur 1 biji gred A
  • Susu 2 sudu besar
  • Vanilla 1/2 sudu teh
  • Mentega 2 sudu besar

CARA PENYEDIAAN

  1. Gulung setiap keping roti yang sangat nipis dengan pin bergulung. Sebarkan setiap kepingan dengan jumlah Nutella yang banyak – meliputi satu sama lain. Letakkan sebilah pisang pada satu hujung dan gulungkan roti dengan ketat.
  2. Dalam mangkuk kecil, pukul bersama telur, susu dan vanila sehingga digabungkan dan diketepikan.
  3. Panaskan mentega dalam periuk di atas api sederhana. Dredge setiap roll melalui telur dan campuran susu, kemudian masak di semua sisi dalam mentega panas sehingga perang keemasan.

Kredit resipi & foto: comfortablefood.com