Bila tiba bulan puasa, masakan Melayu menjadi perhatian dan tarikan utama. Tidak kira sama ada lauk pauk atau pun kuih muihnya. Setiap satu memiliki rasa yang sudah pasti memukau selera untuk dinikmati. Kali ini dikongsikan 6 resipi masakan tradisi yang membangkitkan rasa. Lebih istimewa apabila kesemua itu merupakan air tangan chef berbangsa India yang merupakan pakar masakan Melayu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Chef Rathakrishnan. Selamat berpuasa!

 

DAGING MASAK HITAM

Aneka Jenis Masakan Untuk Berbuka Puasa. Sedap Dan Memikat Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 600-800 gm daging |hiris nipis
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam | jika perlu
  • Minyak masak

BAHAN PERAPAN DAGING:

  • 6-7 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap manis

BAHAN SANGAI DAN KISAR HALUS:

  • 12-15 biji bawang merah
  • 5-7 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 10 tangkai cili kering | tambah jika mahu pedas

CARA MEMASAK:

  1. Daging tadi dipotong nipis dan diperap dahulu selama 30 minit dengan bahan perapan daging.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  4. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan pula daging perap.
  5. Kacau sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air.
  6. Masakkan sehingga kuah agak pekat dan perasakan dengan sedikit gula.
  7. Tambah garam jika perlu.
  8. Setelah masak dan timbul minyak, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Lebih baik perapan daging disimpan dalam peti ais.

…..

Saiz hidangan: 6 orang.

Masa Memasak: 20 minit.

Cara Memasak:  Goreng tanpa minyak dan tumis.

Jenis Masakan:  Lauk pauk.

Keistimewaan:    Enak dengan rasa pedas-pedas manis berkicap.

Anggaran kos RM12.

 

TELUR ITIK DENGAN BELIMBING BULUH MASAK LEMAK

Aneka Jenis Masakan Untuk Berbuka Puasa. Sedap Dan Memikat Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 1 batang serai |titik
  • 1 helai daun kunyit | hiris
  • 10 biji belimbing buluh
  • 250ml santan pekat
  • 200ml santan cair
  • Sedikit garam
  • 1 keping asam gelugor

Bahan B (KISAR):

Ads
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 6  biji cili padi kampung
  • 1 biji cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan B dengan santan cair. Masakkan bahan kisar dengan serai sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
  2. Apabila mendidih, pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuah tadi secara perlahan-lahan.
  3. Jarakkan antara satu sama lain. Boleh dimasukkan sedikit cuka supaya telur tidak pecah.
  4. Masak sambil dikacau perlahan sehingga telur mengeras.
  5. Tuang santan pekat, masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan garam secukupnya.
  6. Terus kacau supaya pati santan tak pecah minyak.
  7. Bila mendidih, bolehlah ditutup api supaya belimbing masih rangup.

 

INFO CHEF: Jangan masak telur terlalu lama kerana ia akan menjadi keras. 

…….

Saiz hidangan: 5 orang.

Masa Memasak: 20 minit.

Cara Memasak:  Reneh.

Jenis Masakan:  Lauk pauk (telur).

Keistimewaan:   Rasa  enak lemak pedas telur memecah selera makan

Anggaran kos RM10

 

AYAM RENDANG HIJAU

Aneka Jenis Masakan Untuk Berbuka Puasa. Sedap Dan Memikat Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 80gm ayam | potong enam
  • 400ml santan
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 keping asam gelugor
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukupnya
  • 2 batang serai |dititik

 

BAHAN KISAR:

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 1/2cm lengkuas
  • 6-8 biji cili padi
  • 3 biji cili hijau

CARA MEMASAK:

  1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  2.  Masukkan ayam, kacau sebati.
  3.  Seterusnya masukkan santan, reneh dengan api yang sederhana.
  4.  Masukkan daun limau purut, asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
  5.  Apabila kuah hampir pekat, masukkan kerisik dan daun kunyit.
  6. Kecilkan api, terus kacau kacau hingga  pekat dan timbul minyak.
  7. Tutup api, rendang ayam sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Anda boleh goreng ayam separuh masak dahulu, supaya rendang lebih cepat masak dan tidak hancur.

…..

Saiz hidangan: 6 orang.

Masa Memasak: 30 minit.

Cara Memasak: Tumis dan reneh.

Jenis Masakan: Lauk pauk (ayam).

Keistimewaan: Gabungan pedas dan lemak yang sedap.

Anggaran kos RM15

 

 

 

SOTONG SUMBAT PULUT BERSAMA KUAH PERCIK

Aneka Jenis Masakan Untuk Berbuka Puasa. Sedap Dan Memikat Selera!

Bahan-bahan:

  • 600gm sotong putih
  • 2 cawan beras pulut | rendam 1 jam
  • 1 1/2 cawan santan kelapa
  • Garam secukup rasa

BAHAN SOS PERCIK:

  • 10gm bawang putih
  • 30gm bawang merah
  • 30gm halia
  • 5 batang serai
  • 5 tangkai cili merah
  • 20gm kunyit hidup
  • 10gm lengkuas
  • 2 keping asam gelugor
  • 40gm gula Melaka
  • 100ml santan
  • 100ml minyak
  • Garam secukup rasa
  • Lidi secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kukus beras pulut hingga setengah masak, angkat dan gaulkan bersama santan yang telah dicampur dengan garam dan kukus lagi hingga masak.
  2. Sumbat pulut yang telah siap dimasak dalam sotong dan sematkan bahagian hujungnya dengan lidi.
  3. Panggang sotong hingga masak.
  4. Untuk sosnya, kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai cili merah, lengkuas.
  5. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan naik bau.
  6. Masukkan asam gelugor, gula Melaka dan santan.
  7. Masak hingga sos pekat dan perasakan dengan garam.
  8. Curah sos pekat atas sotong panggang. Sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Sotong  Sumbat Pulut ini enak dihidangkana panas-panas.

……

Saiz hidangan: 5 orang.

Masa Memasak: 30 minit.

Ads

Cara Memasak:  Kukus, bakar dan tumis.

Jenis Masakan: Lauk pauk

Keistimewaan: Rasa manis-manis lemak dan sotong yang segar.

Anggaran kos RM30

 

GULAI KETAM BERSAMA NANAS

Aneka Jenis Masakan Untuk Berbuka Puasa. Sedap Dan Memikat Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ekor ketam potong dua
  • 1/2 biji nanas | hiris ikut suka
  • 1 paket kecil rempah kari ikan
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 500ml santan pekat
  • Sedikit air panas
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

BAHAN HIRIS:

  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara memasak:

  1. Siapkan pes kari dengan mencampurkan rempah kari  dengan sedikit air panas dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata, ketepikan pes.
  3. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bersama daun kari hingga wangi.
  4. Masukkan pes rempah tadi. Tambah sedikit air.
  5. Masak rempah sehingga timbul minyak, masukkan ketam yang telah dipotong dua dan sudah dibersihkan.
  6. Kacau sebentar, masukkan santan. Jika pekat, tambah sedikit air. Masak seketika.
  7. Kemudian masukkan nanas yang dihiris tadi.
  8. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
  9. Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan sedia dinikmati.

 

INFO CHEF:  Elakkan dari memasak terlalu lama kerana akan hilang rasa manis ketam.

…….

Saiz hidangan: 5 orang.

Masa Memasak: 20 minit.

Cara Memasak:  Tumis dan reneh.

Jenis Masakan: Lauk pauk (ketam).

Keistimewaan:  Gabungan manis ketam dan nanas menjadikan gulai sungguh enak.

Anggaran kos RM30

Ads

 

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI

Aneka Jenis Masakan Untuk Berbuka Puasa. Sedap Dan Memikat Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ekor udang kuning
  • 1/2 cawan biji petai yang telah dikupas
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 biji bawang merah | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 2-3 sudu makan cili | kisar
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit air asam Jawa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili kisar sehingga garing dengan menggunakan api perlahan.
  3. Masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik.
  4. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam Jawa, hirisan bawang besar dan garam.
  5. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata.
  6. Sesuaikan rasa dan tutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

INFO CHEF:  Lebih sedap jika anda menggunakan petai segar .

…….

Saiz hidangan: 8 orang.

Masa Memasak: 30 minit.

Cara Memasak:  Goreng dan tumis.

Jenis Masakan: Sambal (udang).

Keistimewaan:   Enak, pedas dan terasa manis udangnya.

Anggaran kos RM20

 

 

 

TEKS: NURUL AZWA ABU BAKAR

FOTO: JAZLAN NANGAR

RESIPI: CHEF RATHAKRISHNAN A/L KARNAYA, MALAY BANQUET CHEF

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI