Aneka Jenis Resipi Pasta Sihat Pelbagai Rasa. Nak Diet Memang Sesuai!

Share

Pasta adalah hidangan yang sihat. Tentu sahaja asalkan tidak makan keterlaluan dan bahannya harus dikendalikan dengan baik. Kombinasi pasta dengan serat vitamin sumber protein yang rendah lemak dan sayuran sangat membantu untuk meningkatkan kesihatan.  Pasta adalah masakan keluarga yang mudah cara membuatnya dan rasanya yang lazat.  Jadi, apa tunggu lagi? Jadikan 6 resipi ini sebagai sumber inspirasi anda untuk memasak aneka pasta.

 

MAC & CHEESE BERSAMA IKAN PANGGANG

BAHAN-BAHAN: (Mac & Cheese)

  • 150 gm macaroni elbow bersaiz besar, direbus
  • 1⁄4 cawan mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1⁄2 sudu kecil garam
  • 2 cawan susu segar
  • ½  cawan parutan keju cheddar
  • ½  cawan parutan keju parmesan
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

 

BAHAN-BAHAN IKAN PANGGANG:

  • 3 kepingan isi ikan dory sederhana besar
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam

 

CARA MEMASAK MAC & CHEESE:

  1. Panaskan mentega sehingga cair, masukkan tepung dan kacau rata. Tuang susu dan kacau lagi sehingga pekat.
  2. Masukkan keju dan kacau rata.
  3. Masukkan macaroni dan sedikit garam serta serbuk lada hitam. Kacau sehingga rata dan keju cair sepenuhnya.

 

CARA MEMASAK IKAN PANGGANG:

  1. Ikan diperap seketika bersama serbuk lada hitam, serbuk bawang putih, sos tiram dan minyak zaitun.
  2. Grill ikan didalam oven atau didalam kuali tidak melekat selama 8-10 minit sehingga masak. Hidangkan bersama mac & cheese

 

INFO CHEF: Selain ikan dory, boleh dipelbagaikan jenis fillet ikan. Selain itu boleh juga dihidangkan bersama kepingan isi ayam

 

MACARONI GORENG CILI PADI UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm macaroni elbow, direbus
  • 300gm isi udang, dibuang kulit
  • 1/4 cawan susu sejat
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 cawan air rebusan macaroni
  • 1 sudu besar mixed Italian herbs
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Daun parsley, dicincang
  • Garam secukup rasa

 

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi (boleh kurangkan jika mahu kurangkan pedas)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar
  • 2 sudu besar ikan bilis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan bawang besar dan kacau rata.
  2. Masukkan isi udang, herba campuran itali dan sos tiram. Masak sekejap.
  3. Masukkan susu sejat, daun parsley cincang dan macaroni. Kacau rata. Jika terlalu kering boleh tambah air rebusan pasta
  4. Kacau rata sehingga kuah agak kering (macaroni akan menyerap kuah) dan bolehlah dihidangkan.

 

 

PASTA SOS SALSA & TACO BEANS

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm pasta penne | direbus
  • 200gm isi ayam | dihiris nipis
  • 200gm isi kepah
  • 3 biji tomato | dicincang halus
  • ½ cawan mixed taco beans dalam tin
  • 1 sudu kecil jus limau nipis
  • 1 sudu kecil cili flakes
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 1 ulas bawang besar |dicincang kasar
  • ¼ cawan minyak zaitun
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan isi ayam dan kepah, masak sebentar.
  2. Masukkan tomato kisar dan juga taco beans. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. Masak seketika sehingga kuah menjadi pekat.
  3. Masukkan cili flakes, garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan perahan limau nipis.
  4. Masukkan spaghetti dan gaul rata. Sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:

Taco beans juga boleh digantikan dengan kacang panggan dalam tin

 

 

SALAD PASTA ISI KETAM

BAHAN-BAHAN:

  • 80gm pasta campuran | direbus
  • 2 ekor ketam | direbus dan diambil isinya
  • 2 sudu besar daun thyme | dicincang
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji lemon, diambil jusnya
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk keju parmesan
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Isi ketam dihancurkan sedikit dan digaul bersama lemon jus. Ketepikan
  2. Dalam mangkuk besar, satukan mayonis, minyak zaitun, sos tomato dan serbuk bawang putih. Kacau rata
  3. Masukkan pasta, isi ketam  dan daun thyme. Masukkan juga garam secukup rata.
  4. Tabur serbuk keju parmesan dan gaul rata. Sedia dihidangkan.

 

 

SPAGHETTI SUP BEBOLA DAGING

BAHAN BEBOLA DAGING:

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm daging cincang
  • 2 keping roti putih
  • 3 keping roti putih dibakar (toasted) dan kemudian kisar kering jadi serbuk roti (breadcrumb)
  • 1cawan susu
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil Italian mixed herbs
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Sedikit garam

 

BAHAN SUP:

  • 200 gm spaghetti | direbus
  • 4 ulas bawang merah | dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih | diketuk
  • 1 inci halia | dihiris nipis
  • 1 sup bunjut
  • 2 batang celery | dipotong
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 liter air
  • 3 sudu minyak
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya | dicincang
  • Hirisan cili secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Rendam roti putih dan susu sehingga lembut. Kemudian perah roti tu dari susu dan campurkan dengan daging cincang, serbuk roti, telur, lada hitam, garam.  Baki susu jangan dimasukkan untuk mengelakkan adunan berair.
  2. Gaul rata dan bentukkan bulat-bulat sambil ditekan sedikit supaya sedikit padat. Jika terlalu kering, boleh tambah baki susu tadi.
  3. Goreng sekejap diatas kuali yang mengandungi sedikit minyak zaitun sehingga bahagian luar keperangan dan mengeras dibahagian luar.

 

CARA MEMASAK SUP:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan bebola daging dan goreng sebentar. Perlu hati-hati agar bebola tidak pecah.
  2. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan masukkan juga celery dan kiub ayam. Reneh sehingga mendidih
  3. Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah.
  4. Masukkan spaghetti kedalam mangkuk dan tuang kuah berserta bebola daging didalamnya. Tabur daun bawang, daun sup dan potongan cili.

 

 

SUMMER SPAGHETTI

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gm spaghetti | direbus
  • 3 sudu minyak zaitun
  • ½ cawan keju parmesan parut
  • ½ cawan  daun basil segar
  • ½ cawan tomato ceri merah | dibelah dua
  • 4 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 ulas bawang besar | dicincang kasar
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air rebusan pasta secukupnya
  • Keju parmesan untuk taburan diatas secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  2. Masukkan spaghetti yang direbus bersama sedikit air rebusan. Masukkan garam, dan serbuk lada sulah.
  3. Masukkan keju parmesan yang diparut. Masukkan juga tomato ceri dan daun basil. Gaul rata dan masak seketika.
  4. Hidangkan dengan taburan keju parmesan diatas pasta

 

Kredit resipi: FOTO & RESIPI: ENY ABDULLAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim