Tak ada idea nak sediakan hidangan apa untuk minum petang bersama keluarga? Boleh cuba 2 jenis kek pound ini..anak-anak pun mesti suka! Boleh juga hidangkan untuk tetamu yang hadir.

KEK POUND COKLAT

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • *1 1/3 cawan tepung kek/ tepung gandum pun boleh
  • *1/3 cawan serbuk koko
  • *1 2 sudu kecil serbuk penaik
  • * 1/4 sudu kecil garam
  •  2/3 cawan butter
  • 1 1 /2 cawan gula kastor
  • 2 biji telor A
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1 2 cawan susu segar ( mama guna fresh milk /nak guna susu cair pun okay )

CARA MEMASAK: 

  1. Resipi ini menggunakan loyang 9×5 inci.
  2. Panaskan oven terlebih dahulu 170’c selama 10 minit.
  3. Ayak bahan yang bertanda * | ayak 2 kali.
  4. Pukul butter dan gula kastor hingga gebu.
  5. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji..Pukul hingga sebati dan ringan.
  6. Seterusnya masukkkan tepung secara berselang seli dengan susu pukul adunan dengan kelajuan sederhana hingga habis.
  7. Bakar kek pound selama 35-45 minit dengan suhu 160’c (guna api bawah sahaja, atau bergantung pada jenis oven masing masing ya)
  8. Cucuk lidi untuk pastikan sama ada kek pound dah masak atau belum. Jika lidi keluar licin, itu tandanya dah masak, tetapi jika lidi masih melekat cecair adunan, tambahkan lagi masa bakingnya ya.

Aneka Kek Pound Untuk Santapan Minum Petang

IKLAN

KEK POUND MARBLE 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 110 gram butter
  • 90 gram gula kastor
  • 2 biji telur A
  • 2 sudu kecil golden syrup ( kalau tidak ada, boleh gantikan dengan madu atau yogurt atau boleh skip. Golden syrup bertujuan hanya untuk beri tambahan perasa pada kek pound)
  • *1 4 sudu kecil garam halus
  • *85 gram tepung kek (tepung gandum biasa pun boleh)
  • *1 sudu besar serbuk penaik
  • 10g serbuk koko | larutkan dengan 2 sudu besar air panas

CARA MEMASAK: 

  1. Bahan bertanda * di ayak sekali ya.
  2. Pukul butter and gula kastor sehingga gebu.
  3. Kemudian tambahkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan tambah golden syrup. Pukul lagi dengan kelajuan medium hingga adunan sebati dan gebu.
  4. Tambahkan tepung dan pukul hingga sebati.
  5. Seterusnya bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. Satu bahagian kekalkan warna adunan dan satu bahagian lagi di campur dengan bancuhan serbuk koko.
  7. Marble kan adunan dalam loyang. Bila dah tambahkan semua adunan dalam loyang, dengan mengunakan lidi atau pisau, buat lorekkan ular pada kek untuk mencorakkannya.
  8. Bakar pada 170*C untuk 40-45 min . bergantung pada jenis oven masing masing ya.

Kredit: adamsufi mazri

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI