Anek Masakan Berasaskan Telur Sedap Dan Mudah

Share

Aneka masakan berasaskan telur ini mudah disediakan dan sedap pula. Telur wajib ada dalam setiap rumah kerana terlalu berguna saat terdesak. Macam-macam masakan sedap boleh dimasak dengan menggunakan telur. 

Dikongsikan tiga lagi masakan berasaskan telur yang sedap. Cubalah ye.

ANEKA MASAKAN BERASASKAN TELUR

ACAR TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN:

10  biji telur puyuh (rebus dan goreng)

½ biji timun  (ambil bahagian luar dan dihiris halus)

Separuh batang lobak merah  (ambil bahagian luar dan dihiris halus)

5 biji bawang merah (hiris) – boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih  (hiris) – boleh beli online di sini

½ inci halia (hiris) – boleh beli online di sini

1 inci kulit kayu manis – boleh beli online di sini

2 biji  buah pelaga

1 kuntum bunga lawang

2 biji bunga cengkih

3 sudu makan sos cili

½ sudu makan cuka

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit air

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan gula, garam, cuka dan sos cili.
  2. Masukkan sedikit air agar tidak terlalu kering.
  3. Setelah mendidih masukkan telur , timun dan lobak merah. Kacau sebati.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN 

BAHAN-BAHAN:

10 biji telur puyuh  (rebus dan goreng)

10 ulas petai  (buang kulit) – boleh beli online di sini

5 biji bawang merah (kisar) – boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih  (kisar) – boleh beli online di sini

2 sudu makan cili kisar – boleh beli online di sini

4 sudu makan santan pekat

 Sedikit asam jawa – boleh beli online di sini

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:                           

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
  2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
  3. Setelah mendidih, masukkan telur dan petai.

TELUR KUKUS GORENG

BAHAN-BAHAN:

5 biji telur

2 sudu makan susu cair – boleh beli online di sini

Sedikit daun ketumbar  (racik)

4-5 ekor udang hidup  (buang kulit dan potong kecil)

Sedikit daging ayam  (potong kecil)

Cili benggala merah  (potong dadu)

Sedikit cili benggala hijau (potong dadu)

Garam secukup rasa – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
  2. Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
  3. Kukus dalam 5 hingga 10 minit.
  4. Keluarkan dari bekas kukusan, potong mengikuti cita rasa anda dan goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan.
  5. Sedia dihidangkan bersama sos dan mayones.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa