Cuti dan malas ke pasar? Apa kata selongkar sahaja peti ais dan kabinet barang kering di dapur anda. Gunakan apa sahaja bahan yang ada dan cipta resipi yang mudah disediakan. Jika tidak ada idea, anda boleh sahaja ikut resipi berikut untuk hidangan keluarga atau bila ada tetamu yang datang berkunjung. Jom Cuba… Menu mudah & ringkas.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Langkah 1: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi.
Langkah 2: Masukkan hirisan dada ayam, kacau hingga layu.
Langkah 3: Masukkan kesemua cendawan, cili benggala dan daun ketumbar.
Langkah 4: Masukkan garam, serbuk pati ayam dan sos tiram secukupnya.
Langkah 5: Torak kepingan pastri puff segera, letakkan isian cendawan. Kemudian cantumkan kedua-dua hujung dan kemaskan bahagian tepi dengan garpu.
Langkah 6: Kelarkan bahagian atas puff dan griskan dengan kuning telur. Kemudian bakar hingga kekuningan.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Langkah 1: Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Langkah 2: Masukkan hirisan cendawan shitake dan cili benggala, kemudian gaul rata.
Langkah 3: Seterusnya, masukkan hirisan daging yang telah direbus.
Langkah 4: Masukkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
Langkah 5: Lengkapkan rasa dengan sos tiram.
Langkah 6: Sebelum angkat masukkan daun bawang. Sedia dihidangkan.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Langkah 1: Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
Langkah 2: Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata.
Langkah 3: Masukkan hirisan ayam, udang dan sotong, kacau lagi hingga layu.
Langkah 4: Seterusnya, masukkan santan dan sedikit air.
Langkah 5: Setelah mereneh, masukkan hirisan, lobak merah, cili benggala dan cili padi.
Langkah 6: Akhir sekali masukkan spageti, kemudian pati ayam dan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan panas-panas.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Langkah 1: Goreng ketulan isi yang telah digaulkan bersama telur, tepung, serbuk kari dan garam sehingga kekuningan.
Langkah 2: Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang putih, bawang Holland hingga wangi.
Langkah 3: Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau hingga timbul minyak.
Langkah 4: Seterusnya masukkan yogurt.
Langkah 5: Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya
Langkah 6: Sebelum angkat masukkan daun ketumbar. Kemudian tuang di atas ayam goreng dan hidangkan panas-panas.
PENYELARAS: NURUL AZWA ABU BAKAR & SHIDA YASIN
FOTO : MOHD HAFIZ