Aneka Nasi Goreng Untuk Sahur, Menu Simple, Sedap Dan Jimat!

Share

Di bulan puasa bila sahur tak semestinya kena makan nasi, mee, meehun… Apa kata minggu ni kamu sediakan resipi yang lebih kreatif sedikit, tak susah pun cuma nasi goreng dengan pelbagai resipi pilihan unutk kamu cuba! Nasi goreng yang mudah dan cepat disediakan. Enak dihidang panas-panas dan dimakan bersama cili jeruk. Menu sempoi terlajak sedap. Sesuai sangat untuk hidangan orang bujang atau berkeluarga, yang tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya.

 

NASI GORENG TOM YAM KAW


BAHAN-BAHAN:

  • 250gm nasi putih
  • 4 ketul ayam | dipotong kiub
  • ½ sudu teh rempah tom yam
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah | diketuk
  • ½ biji limau nipis
  • 20gm hirisan timun
  • 20gm hirisan lobak merah
  • 10gm tauge | hiasan
  • 1/2 biji tomato | hiasan
  • Garam dan serbuk perasa secukupnyaCARA MEMASAK:1.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan.
    2.  Masukkan ayam dan biarkan lembut seketika.
    3.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
    4.  Masukkan hirisan lobak merah, timun serta nasi. Gaulkan rata.
    5.  Masukkan rempah tom yam, cili merah dan perahkan jus limau nipis. Gaulkan hingga rata.
    6.  Hidangkan bersama tauge dan hirisan tomato.

Anda boleh juga menumiskan rempah tomyam hingga garing dan kemudian barulah dimasukkan nasi putih dan biarkan hingga nasi masak.

 

NASI GORENG TAUHU & KACANG BUNCIS

BAHAN-BAHAN:

  • 3 mangkuk nasi
  • 100gm kacang buncis
  • 2 ketul tauhu | goreng sedikit
  • 4 ulas bawang merah | hiris nipis
  • 3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
  • 3 biji telur
  • 1 batang lobak merah | hiris
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

UNTUK HIASAN:

  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit bawang goreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
  2. Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
  3. Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.

 

NASI GORENG UDANG

BAHAN-BAHAN

  • 6 ekor udang bersaiz besar
  • 3 cawan nasi putih
  • 5 tangkai cili kering | dikisar halus
  • 2 ulas bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • Secubit belacan | dikisar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan gaul hingga masak.
  3. Pecahkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan nasi dan juga kicap. Kacau lagi hingga rata.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

 

NASI GORENG KAMBING

ini memang popular di negara seberang. Andai ke kedai makan, pasti ada hidangan ini dalam buku menu. Nak lagi sedap, nikmati dengan keropok. Cubalah!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi
  • 4 batang kacang panjang | hiris halus
  • 5 biji cili padi merah  | hiris halus
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN PERAPAN KAMBING:

  • 150gm daging kambing | potong dadu kecil
  • 2cm halia | kisar halus
  • 2 ulas bawang putih | kisar halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh air asam Jawa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
  3. Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  4. Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
  5. Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.


NASI GORENG AYAM KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

Bahan Ayam Kunyit:

  • 100 gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
  • Sedikit hirisan kacang buncis
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • Sedikit hirisan cili padi dan merah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Nasi:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minya masak untuk menumis

 LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.

LANGKAH 2 :Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran.

LANGKAH 3: Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit  sos tiram.

LANGKAH 4: Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.

LANGKAH 5: Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.

LANGKAH 6: Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit tadi.

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim