Aneka Resipi Berasaskan Ubi Kentang U.S. Sedap & Memang Wajib Cuba

Share

Ubi Kentang merupakan bahan masakan pelbagai guna serta salah satu sumber karbohidrat dalam hidangan harian bagi membantu membekalkan tenaga serta khasiat buat tubuh badan.

Ibu-ibu yang gemar memasak menggunakan ubi kentang, pastinya akan memilih kentang berkualiti terbaik dan lebih menyihatkan untuk digunakan dalam masakan. Antara yang dipercayai adalah seleksi ubi kentang dari Amerika Syarikat.

Kenapa U.S. Potatoes merupakan pilihan terbaik? Ini kerana seleksi ubi kentang dari USA ini ditanam di ladang-ladang milik petani yang telah mengusahakan tanaman ini berabad lamanya dan diwarisi dari generasi ke generasi.

Seiring dengan kepakaran mereka, ia ditanam menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan kentang berkualiti tinggi untuk kegunaan pengguna di seluruh dunia.

Kentang-kentang U.S. Potatoes menjadi pilihan ramai kerana ia mengandungi banyak manfaat terhadap kesihatan. Antara manfaat yang terdapat pada Label Fakta Pemakanan ialah:

 

1. SUMBER VITAMIN C YANG BAIK

Dikenali sebagai sayuran berkhasiat yang kaya dengan vitamin C. Ia sangat baik dalam membantu meningkatkan sistem imun dan meningkatkan tahap tenaga tubuh.

2. MENGANDUNGI POTASSIUM LEBIH DARI SEBIJI PISANG

Yang ini ramai yang tak tahu. Kentang sebenarnya mengandungi kandungan potassium yang lebih tinggi berbanding pisang dimana sebiji kentang lengkap berkulit saiz sederhana mempunyai 620mg potassium iaitu 15% daripada nilai harian. Potassium adalah elektrolit yang penting untuk fungsi otot namun ia akan hilang menerusi peluh. Jadi potassium perlu diisi semula untuk mengekalkan prestasi optimum.

3. SUMBER VITAMIN B6

Kentang adalah sumber vitamin B6 yang baik dimana 1 biji kentang saiz sederhana menyediakan 10% daripada nilai harian yang disyorkan. Vitamin B6 ialah vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisma karbohidrat dan protein. Ia membantu badan menghasilkan asid amino tidak penting yang diperlukan untuk membina pelbagai protein badan.

4. TIDAK MENGANDUNGI LEMAK, GARAM & KOLESTEROL

Ya, kentang secara semula jadi bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah natrium. Di samping itu, kentang yang dimakan dengan kulit adalah sumber potassium yang baik. Makanan yang kaya sumber potassium dan rendah natrium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok.

5. RENDAH KALORI

Bagi anda yang ingin menjaga pemakanan serta mengekalkan bentuk badan, ubi kentang adalah sumber terbaik kerana ia hanya mempunyai 110 kalori dalam setiap hidangan.

Masak menggunakan U.S. Potatoes ternyata lebih menyihatkan malah boleh dipelbagaikan mengikut selera. Sajian tradisi, moden mahupun barat, semua boleh dimasak dengan lazat malah digemari ramai tidak mengira usia.

Aneka lauk pauk, sajian bergoreng, sup, kuih muih, snek dan pastri, semuanya enak dimasak menggunakan U.S. Potatoes. Paling penting, sajian yang anda masak dihasilkan dari bahan terbaik yang memenuhi nutrisi yang diperlukan.

Istimewa buat anda, U.S. Potatoes ingin berkongsi 10 resipi homemade yang mudah, ringkas dan sedap yang sesuai dijadikan sajian buat keluarga tercinta. Cubalah! Pasti anda sukakannya. Jom cuba!

 

1. DAGING GORENG UBI KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging batang pinang
  • 2 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong dan digoreng separuh masak
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • Sedikit minyak untuk mengoreng
  • Garam secukup rasa
  • 125ml air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging ke dalam periuk dan rebus menngunakan api kecil selama 20 minit. Sejukkan daging seketika.
  2. Hiris daging nipis-nipis dan lumurkan dengan campuran serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Perap seketika.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  4. Kemudian masukkan daging. Goreng hingga separuh masak lalu masukkan air dan juga ubi kentang.
  5. Ubah suai rasa mengikut cita rasa anda dan sedia untuk dihidangkan.

 

2. BERLADO KENTANG BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm ikan bilis – digoreng garing
  • 3 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong baji dan digoreng
  • 100gm cili merah – dikisar
  • 50gm cili padi merah – dikisar
  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 1 helai limau purut – dikisar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan garam. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

 

3. GULAI KAWAH

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging – dihiris
  • 300gm bawang besar – dikisar halus
  • 100gm bawang merah – dikisar halus
  • 50gm halia – dikisar halus
  • 50gm lengkuas – dikisar halus
  • 50gm kunyit hidup – dikisar halus
  • 200gm serbuk kari daging – dibancuh bersama air
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu teh buah pelaga
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 5 batang serai – diketuk
  • 800ml santan
  • 3 biji ubi kentang Russet U.S. – potong kecil
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan bancuhan serbuk kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan ubi kentang. Kacau sebentar. Kemudian masukkan santan dan kacau lagi.
  4. Masak hingga ia sedikit pekat dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Hidangkan dan sedia dinikmati.

 

4. TALAM BERLAUK

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawang tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 200ml santan segera
  • 1 biji telur ayam
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK LAUK:

  • 200gm daging kisar
  • 1 biji ubi kentang Russet U.S. – potong dadu halus
  • 1 biji bawang besar – dadu halus
  • 3 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 sudu makan rempah kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji cili padi – hiris halus
  • 1 pokok daun bawang – hiris halus
  • 3 sudu makan bawang goreng
  • 1 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
  3. Masukkan daging kisar dan kentang. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.Tutup api dan ketepikan.
  5. Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
  6. Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
  7. Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
  8. Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
  9. Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
  10. Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
  11. Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.

 

5. SUP KENTANG BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong dadu kecil
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu teh daun rosemary
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan mentega
  • 12 kepingan bacon daging – hiris kecil
  • 6 cawan susu
  • 130gm keju cheddar – diparut
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
  • 10gm yogurt

CARA MEMASAK:

  1. Gaul ubi kentang bersama minyak zaitun dan daun Rosemary. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 40 minit. Setelah masak, lenyekkan.
  2. Dalam periuk berasingan, panaskan mentega dan goreng bacon daging sehingga rangup.
  3. Keluarkan bacon dan masukkan tepung gandum ke dalam periuk tadi. Kacau dan masak seketika.
  4. Masukkan susu dan kacau hingga rata. Biarkan sup mereneh dan memekat.
  5. Masukkan ubi kentang lenyek ke dalam campuran susu diikuti separuh dari bacon dan keju.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam dengan secukupnya.
  7. Tuangkan dalam mangkuk sup, hiaskan dengan yogurt, lebihan bacon dan keju.

 

6. KENTANG BAKAR DAGING BERKEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji ubi kentang Russet U.S.
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 biji telur kuning
  • ½ sudu besar serbuk keju parmesan
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit garam

BAHAN INTI DAGING:

  • 1 mangkuk daging cincang
  • 3 biji bawang merah – dicincang
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu makan minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar – dadu
  • Sedikit garam
  • Keju Mozarella secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Basuh bersih kentang dan rebus, jangan terlalu masak nanti ianya lembik. Setelah sejuk, belah dua.
  2. Dengan menggunakan sudu, korek isi bahagian tengah kentang bagi membentuk lubang.
  3. Kentang yang diambil dari bahagian tengah itu di lecek dan campurkan dengan susu segar, telur kuning, serbuk keju parmesan, lada sulah dan garam. Gaul sebati. Ketepikan.
  4. Untuk inti daging, panaskan minyak, tumis bawang yang dicincang hingga wangi.
  5. Masukkan tomato puri, daging cincang dan serbuk oregano.
  6. Masukkan semua bahan lain (kecuali keju mozzarella) dan perasakan.
  7. Campurkan isi kentang yang dikorek dengan inti daging tadi.
  8. Padatkan ke dalam kentang.
  9. Akhir sekali taburkan keju Mozarella ke atas kentang dan bakar pada suhu 150◦C dalam 25 minit atau hingga keju cair dan keperangan.
  10. Sedia untuk dinikmati.

 

7. CUCUR SAYUR KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji ubi kentang Russet U.S. – sagat halus
  • 100gm kobis – cincang halus
  • 1/2 batang lobak merah – cincang halus
  • 5 ulas bawang putih – kisar
  • 150 gm tepung beras – ayak
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur – pukul menggunakan garpu
  • 2 batang daun bawang – cincang
  • 3/4 cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kentang, hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
  2. Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
  3. Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
  4. Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
  5. Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
  6. Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
  7. Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
  8. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
  9. Hidangkan bersama sos cili.

 

8. TUNA POTATO FLAN

BAHAN PASTRI:

  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 115gm mentega sejuk – dipotong dadu
  • Air sejuk secukup

BAHAN INTI:

  • 1 sudu makan mentega untuk menumis
  • 1 biji ubi kentang Russet U.S. – hiris bulat
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 tin tuna
  • 100gm lada benggala – dipotong dadu
  • 2 biji telur
  • ½ cawan krim masakan
  • ½ sudu teh jus lemon
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan pastri, satukan semua bahan kecuali mentega dan air. Gaul rata.
  2. Masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.
  3. Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai. Kemaskan keliling acuan pai, kemudian lebihan doh dipotong dengan pisau.
  4. Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.
  5. Blind bake pastri hingga berwarna keemasan. Ketepikan.
  6. Untuk menyediakan inti, panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
  7. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan kacau rata.
  8. Masukkan tuna dan perahkan jus lemon. Bila sudah masak, angkat dan ketepikan.
  9. Masukkan inti dengan secukupnya ke dalam pastri yang siap dibakar tadi.
  10. Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti dalam pastri tadi.
  11. Susun hirisan kentang di atasnya dan bakar pastri sekali lagi selama 30 minit pada suhu 170C. Untuk pastikan inti benar-benar masak, cucuk lidi pada adunan telur, jika tidak melekat, itu tandanya sudah masak.
  12. Sedia dihidangkan.

 

9. MINI SHEPHERD PIE

BAHAN A (UNTUK INTI):

  • 400gm daging kisar
  • ½ labu bawang besar – potong dadu
  • 1 ulas bawang putih – cincang
  • ¾ cawan kacang panggang
  • 6 biji cendawan butang -belah empat
  • 5 biji tomato masak – potong dadu
  • 1 batang lobak merah – potong dadu
  • 1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1 cawan air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

BAHAN B (UNTUK TOPPING):

  • 1 kg ubi kentang Russet U.S. – potong kecil
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang. Kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api. Ketepikan.
  6. Untuk membuat topping, kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk.
  7. Ketika kentang masih panas, lecek hingga hancur sebati.
  8. Gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
  9. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas aluminium kecil
  10. Seterusnya masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan dengan kentang semula.
  11. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga bahagian atasnya keperangan.
  12. Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan ketika masih suam.

 

10. POTATO DUMPLINGS

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm isi ayam – potong dadu kecil
  • 1 biji bawang merah – cincang halus
  • 2-3 biji ubi kentang Russet U.S. (untuk dapatkan 1 1/2 cawan ubi kentang lecek)
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala
  • 200gm tepung gandum
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ayam dengan bawang sehingga perang keemasan.
  2. Campurkan kentang lecek, telur, garam lada hitam, lada sulah, serbuk buah pala dalam mangkuk. Gaul rata.
  3. Tambahkan tepung dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Bentukkan doh menjadi beberapa bahagian dumpling.
  5. Ambil dumpling yang telah dibentuk, tekan tengah dan masukkan isi ayam sebagai inti.
  6. Sambil itu panaskan air, apabila mendidih masukkan dumpling sehingga masak.
  7. Angkat, tos dan hidangkan.

 

Dah tengok resipi-resipinya? Sedap kan… Mana nak dapat Kentang Russet USA ni? Mudah je. Kentang Russet USA ini boleh didapati dengan mudah di semua pasar raya dan pasar raya besar seperti di Giant, Lotus’s, Aeon, Aeon Big, Jaya Grocer, Village Grocer dan Cold Storage berdekatan anda. Bolehlah ke sana dan dapatkan Kentang Russet U.S. hari ini!

 

Jom sertai RASA MASAK CHALLENGE Potatoes Special – MASAK, SHARE & MENANG HADIAH

CARANYA MUDAH SAHAJA. ANDA HANYA PERLU:

  1. Masak satu hidangan menggunakan U.S. Potatoes.
  2. Rakam video atau ‘snap’ foto masakan bersama U.S. Potatoes mengikut kreativiti anda.
  3. Follow Facebook & Instagram Majalah Rasa & MY Potatoes USA.
  4. Muat naik video atau foto masakan di media sosial (FB atau IG) anda beserta resipi pada bahagian caption.
  5. Sertakan hashtag #USAPotatoesRasaMasakChallenge #majalahrasa #USPotatoes #uspotatogoodness #potatogoodness
  6. Tag @majalahrasa @MYPotatoesUSA dan 3 rakan anda. Pastikan akaun media sosial anda ditetapkan pada tetapan umum (public).

SYARAT PENYERTAAN:

  1. Tertakluk kepada semua terma & syarat
  2. Pemenang dipilih berdasarkan video atau gambar & resipi yang paling kreatif.
  3. Tarikh penyertaan: 20/6/2022 – 24/7/2022.

 

HADIAH INI BAKAL ANDA MENANGI!

  • 1x hadiah utama – RM1,000 Retail Cash Voucher
  • 2x hadiah saguhati – 1x Air fryer setiap pemenang

Anda juga boleh layari laman web https://uspotatogoodness.com.my dan facebook MY Potatoes USA untuk maklumat lanjut.

 

 

Published by
Team Rasa