Selain bihun goreng biasa, korang yang ada banyak stok bihun kat dapur tu boleh lah cuba aneka resipi berasaskan bihun ni..Ada beberapa resipi bihun yang susah nak dapat di luar seperti mee siam berkuah dan juga bihun Singapura, jadi lebih baik jika kita buat sendiri di rumah mengikut citarasa sendiri kan? Selamat mencuba!

BIHUN GORENG TOMYAM

Banyak Stok Bihun Di Rumah? Boleh Cuba 6 Aneka Resipi Bihun Ini!

BAHAN-BAHAN

  • Sebungkus bihun
  • *5 biji bawang merah (cincang)
  • *5 ulas bawang putih (cincang)
  • *3 batang serai (dititik)
  • *Udang geragau segenggam-cuci bersih
  • *Udang segar
  • *2 sudu pes thai tom yam
  • *Lobak merah-dihiris
  • Sayur sawi

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
  2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut

INFO

  1. Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi.
  2. Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya. 

Kredit resipi & foto: Zuraida Zu

BIHUN SINGAPURA

Banyak Stok Bihun Di Rumah? Boleh Cuba 6 Aneka Resipi Bihun Ini!

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket bihun (rendam dan toskan)
  • 200 gm bunga kobis
  • 1 batang lobak merah – potong halus-halus
  • 1/4 biji kobis
  • 2 biji cili (merah dan hijau)
  • 1 labu bawang besar – dadu
  • 5 ulas bawang putih – racik halus
  • 15 ekor udang basah
  • 2 ekor sotong sederhana besar – potong bulat
  • 2 keping isi ayam – potong kecil
  • 1 paket bebola ikan (fishball) – belah 2
  • 1 paket kek ikan (fishcake) – potong nipis
  • 3/4 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air untuk melembutkan mihun
  • Garam

BAHAN SOS CILI KICAP (DIKISAR BERSAMA)

  • 15 tangkai cili padi
  • 1/4 cawan kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh cuka
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang kecil hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan ayam, kacau sebentar.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, kicap dan sos tiram diikuti dengan fishball, sotong dan udang. Kacau lagi.
  4. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. diikuti dengan sayur kobis, cili potong dan garam.
  5. Tambah air sedikit dan masukkan bihun.
  6. Kacau rata hingga bihun lembut (tambah air jika perlu).
  7. Bila sudah masak, hidangkan bersama sambal kicap dan cili padi.
  8. Taburkan bawang goreng.

Kredit resipi & foto: Ummi

MEE SIAM BERKUAH

Banyak Stok Bihun Di Rumah? Boleh Cuba 6 Aneka Resipi Bihun Ini!

IKLAN

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus bihun (rendam sebentar dengan air hangat/panas hingga lembut, toskan)
  • 300 – 400 gm taugeh (bersihkan)

BAHAN-BAHAN (RENCAH MEE)

  • 1 ¾ cawan lada kering kisar
  • 4 biji bawang besar *
  • 8-10 ulas bawang putih *
  • 300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
  • 80 gm udang kering * (rendam)
  • Sedikit belacan *
  • (Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi)
  • Minyak untuk menumis (agak-agak 1- 1½ cawan)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh garam (atau secukup rasa tapi jangan bubuh terlalu banyak kerana belacan dan udang kering juga memberi kemasinan pada bahan ini)

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh gula dan garam secukup rasa. Keluarkan setengah bahagian rencah ini untuk dibuat kuahnya.
  2. Seterusnya, masukkan taugeh ke dalam rencah dalam kuali tadi lalu digaul rata sebentar. Kemudian, masukkan pula udang yang telah digoreng sebentar tadi dan bihun lalu dikacau hingga rata & sebati. Tambahkan sedikit garam lagi jika perlu. Matikan api.

BAHAN-BAHAN (KUAH)

  • ½ bahagian rencah mee siam
  • 8 cawan air
  • ¾ – 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yang lain dibiarkan kasar-kasar)
  • 180 gm gula pasir (kira-kira ¾ cawan)
  • Air asam secukup rasa (gunakan asam kira-kira 2-3 sudu makan)
  • 1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
  • 100 gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar-kasar)

CARA PENYEDIAAN KUAH

  1. Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air, tauco, gula dan garam.
  2. Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam.
  3. Kacau sebentar dan sesuaikan rasanya.
  4. ambahlah apa lagi yang perlu. (Kuah mee siam ni selalunya mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam & masin (sedikit je). Kemudian matikan api.

BAHAN TABURAN/SAMPINGAN

  • 10 biji telur rebus
  • 2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)
  • Daun kucai (dihiris)
  • Limau kasturi (dibelah dua)
  • Sambal tumis

SAMBAL TUMIS  RINGKAS

  • 1 cawan cili kering kisar }
  • 1½ – 2 biji bawang besar }
  • sedikit belacan } ….. semua bahan dikisar
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh air asam (sedikit je)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (optional)
  • Minyak secukupnya untuk menumis

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dalam periuk/kuali.
  2. Tumis bahan kisar (cili kering, bawang besar & belacan) sehingga garing.
  3. Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi sebelum dimatikan api.

CARA MENGHIDANGKAN MEE SIAM BERKUAH

  1. Bubuh secukup mee siam yang digoreng tadi ke dalam mangkuk/pinggan.
  2. Tuangkan kuah secukupnya dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, telur rebus dan limau kasturi.
  3. Akhir sekali bubuh sedikit sambal tumis. Hidangan siap!

Kredit resipi & foto: Rozzan

IKLAN

BIHUN SUP SIAM

Banyak Stok Bihun Di Rumah? Boleh Cuba 6 Aneka Resipi Bihun Ini!

BAHAN A (UNTUK TUMISAN)

  • 3 biji bawang merah – dihiris
  • 2 inci kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu minyak bawang putih untuk menumis

BAHAN B (DIKISAR BERSAMA)

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh lada hitam

BAHAN C

  • 1/2 kilo tulang ayam
  • 1 keping dada ayam – kalau suka
  • 2 batang akar ketumbar
  • 1 liter air – boleh tambah ikut kesesuaian

BAHAN D

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Gula dan garam secukup rasa

BAHAN E  (kalau suka)

  • 1 keping dada ayam – dihiris halus
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1/2 sudu teh lada sulah

BAHAN SAMPINGAN

  • Bihun secukupnya – dicelur hingga lembut
  • Isi ayam yang dicarikkan halus
  • Cili flakes
  • Kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar
  • Lobak asin – dicincang halus
  • Kangkung – dicelur
  • Taugeh – dicelur
  • Daun ketumbar
  • Limau kasturi
  • Bawang putih – dicincang dan digoreng

CARA PENYEDIAAN

IKLAN
  1. Panaskan minyak dalam kuali, buat dulu bawang putih goreng.
  2. Goreng bawang putih yang dicincang hingga keperangan, angkat dan toskan.
  3. Keluarkan anggaran 2 sudu minyak dan masukkan ke dalam periuk berasingan.
  4. Dengan sedikit lebihan minyak bawang putih didalam kuali tadi, gorengkan Bahan E hingga isi ayam masak dan kering airnya. Angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan kembali minyak bawang putih didalam periuk dan tumiskan Bahan A.
  6. Goreng hingga bawang agak garing dan wangi, masukkan Bahan B kacau hingga rempah agak garing dan berbau wangi.
  7. Masukkan Bahan C dan perasakan dengan Bahan D.
  8. Masak hingga kuah mendidih dan biarkan merenih anggaran 30 minit.
  9. Keluarkan dada ayam dan carikkan halus ataupun siat menggunakan garpu.
  10. Ambil bihun yang sudah dicelur, hidangkan bersama bahan sampingan yang lainnya dan curahkan sup panas ke atas bihun tadi.
  11. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa masam pada sup.

Banyak Stok Bihun Di Rumah? Boleh Cuba 6 Aneka Resipi Bihun Ini!

Lobak asin, cili flakes, bawang goreng dan cili potong bersos ikan

INFO:

  1. Boleh guna daging dan tulang menggantikan ayam
  2. Boleh juga dihidangkan bersama sambal kicap
  3. Resepi asal menggunakan gula siam atau gula untuk buat somtam tu

Kredit resipi & foto: Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

BIHUN GORENG HAILAM

Banyak Stok Bihun Di Rumah? Boleh Cuba 6 Aneka Resipi Bihun Ini!

BAHAN A ( Untuk 2 orang makan)

  • 1/4 bungkus bihun (direndam 1/2 jam)
  • Segenggam taugeh (jika suka)

BAHAN B

  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • 3/4 mangkuk kecil udang kertas (yang bersaiz kecil)

BAHAN C 

  • 1 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar kering)
  • 3 biji cili kering (dikisar kering)

BAHAN D

  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar Kicap Manis ABC
  • 2 camca besar kicap masin
  • 1/2 camca teh lada hitam
  • Air secukup nya supaya bihun kita sedikit berkuah

BAHAN E

  • 4 ekor udang besar (dibuang kepala dan kulit nya)
  • Sedikit sayur (kucai atau lobak merah atau sawi)
  • Sedikit minyak bijan

CARA PENYEDIAAN

  1. Udang kertas kecil tidak perlu dibuang kepala, kulit dan ekornya. Cuma di basuh bersih sahaja.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing. Semasa menggoreng,  aroma udang akan keluar semerbanya.
  3. Angkat dan toskan minyaknya dan masukkan ke dalam blender dengan sedikit air dan kisar sehingga halus. 
    * Kulit-kulit udang yang digoreng garing akan hancur, jadi tidak perlu ditapis lagi.
  4. Panaskan kembali minyak goreng udang tadi dan tumis hirisan bawang besar. Goreng sehingga layu.
  5. Masukkan bahan C yang lain dan goreng sehingga hampir keperangan.
  6. Masukkan bahan D dan masak sehingga kuah mendidih kembali.
  7. Masukkan bihun, udang besar dan sayur. Ratakan semua, tutup tudung kuali dan perlahankan api supaya bihun masak dengan sempurna dengan wap yang terperangkap selama lebih kurang 5-6 minit
  8. Selepas 5 minit, renjis minyak bijan dan ratakan kembali.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Faudziyah Haji Ariffin FHA Selemak Santan

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI