Aneka Resipi Ikan

Share

 

Tiga Resipi Ikan Goreng Ala Restoran Yang Mudah & Cepat Masak

Bila sebut ikan goreng, pasti terbayang ikan goreng kunyit je. Sebenarnya dengan ikan goreng ni, macam-macam hidangan enak boleh dihasilkan. Makan dengan nasi panas je pun dah buka selera. Rasanya cukup sedap. Persis air tangan mak-mak. Jadi sesuai sangatlah masak untuk ahli keluarga.

IKAN GORENG CILI KERING

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap | bersihkan dan kelar-kelar
  • 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
  • 10 biji cili kering | hiris halus
  • 1 batang lobak merah | hiris memanjang
  • 1 tangkai daun bawang | hiris memanjang
  • 1 biji bawang Holland | mayang halus
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 3 sudu makan air
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh gula perang
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa

CARA MEMASAK

  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan satu sudu makan MAGGI® Cukup Rasa, gaul sebati.
  2. Tabur tepung jagung secukupnya. Goreng ikan di dalam minyak yang banyak hingga garing Angkat dan
  3. Di dalam kuali lainpanaskan sesudu makan minyak, tumis bawang dan cili kering hingga wangi. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan lobak merah, daun bawang serta 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa.  Tumis beberapa minit hingga semua bahan sebati.
  5. Tuang campuran lobak merah tadi ke atas ikan goreng dan hidangkan.

TIPS DI DAPUR: Cili kering hendaklah digunting nipis dan buang bijinya supaya tidak memberikan rasa yang terlalu pedas.

 

IKAN GORENG RAMPAI

BAHAN-BAHAN A

  • 2 ekor ikan selar/kembung | dibersihkan
  • 1/2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 1 biji cili hijau | hiris nipis
  • 5 biji cili padi | hiris nipis
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa

CARA MEMASAK

  1. Lumur serbuk kunyit dan tabur setengah sudu teh MAGGI® Cukup Rasa ke atas ikan.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
  3. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan hiris bersama daun kari, jintan manis dan jintan putih hingga wangi.
  4. Tambahkan dua sudu teh MAGGI® Cukup Rasadan gaul sebati.
  5. Tuang bahan-bahan goreng tadi ke atas ikan goreng. Perahkan sedikit lemon jika suka dan hidangkan.

TIPS DI DAPUR: 

  1. Untuk mendapatkan ikan goreng yang rangup, pastikan ikan dikelar-kelar dan air basuhan disejatkan sepenuhnya.
  2. Jika ikan mengandungi air berlebihan, ini melambatkan proses menggoreng dan tekstur ikan akan menjadi lembap dan tidak garing.

 

IKAN GORENG TAUCU KICAP

BAHAN-BAHAN

  • 3 potong ikan kerapu/senangin
  • 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
  • 1/2 cawan taucu | toskan airnya
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 1 biji timun | buang empulur & potong memanjang
  • 6 biji cili padi | ketuk
  • 1 biji cili merah | potong serong
  • 1 biji bawang besar | potong bulat
  • 2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa

CARA MEMASAK

  1. Lumur ikan dengan satu sudu teh MAGGI® Cukup Rasa.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi.
  4. Masukkan ikan goreng, taucu, kicap pekat manis, timun, cili padi dan cili merah.  Biarkan masak masak beberapa minit hingga semua bahan sebati. Tambah sedikit air jika perlu
  5. Tambahkan dua sudu teh MAGGI® Cukup Rasa. Gaul sebati dan hidangkan.

TIPS DI DAPUR: Sebaiknya taucu hendaklah dicuci dan buang airnya. Ia bertujuan untuk mengelakkan rasa masin berlebihan pada masakan. Tak perlu tambah garam lagi kerana taucu dan kicap sudah sedia masin.

Selamat mencuba!

 

 

Published by
fariz