Sedapnya kalau dapat berbuka dengan aneka jus buah sejuk yang sejuk dan enak. Ada pelbagai resipi jus yang boleh dihasilkan sendiri secara homemade tanpa mengeluarkan kos yang mahal. Maklumlah jika dibeli, harga jus asli ni boleh tahan mahal. Menerusi perkongsian Kak Wan dari blog Resipi Citarasawan, beliau kongsikan aneka resipi jus buah enak yang mudah dan sedap yang boleh anda buat sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!

 

KOLEKSI RESIPI JUS BUAH HOMEMADE

 

1. JUS JAMBU BANDUNG

Aneka Resipi Jus Buah ‘Homemade’ Boleh Buat Untuk Berbuka
BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji jambu batu pink ( pink guava)
  • 3 sudu makan sirap gula
  • 1 cawan air mineral
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Ketulan ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar jambu menggunakan slow juicer.
2. Masukkan ke dalam jug bersama sirap gula, air mineral dan jus limau nipis.
3. Tambah ais dan sedia untuk dinikmati.

 

2. JUS TEMBIKAI

Aneka Resipi Jus Buah ‘Homemade’ Boleh Buat Untuk Berbuka
BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji tembikai tanpa biji
  • 1 cawan air mineral
  • Gula – jika suka
  • Sedikit perahan jus limau nipis
  • Ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar tembikai, air dan gula hingga halus. Tuang ke dalam jug.
2. Tambahkan ais secukupnya dan perahan jus limau nipis.
3. Kacau dan sedia untuk dinikmati.

 

3. JUS MARKISA

Aneka Resipi Jus Buah ‘Homemade’ Boleh Buat Untuk Berbuka
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 8 biji buah markisa
  • 1/2 liter air mineral /ejuk
  • Sirap gula pekat secukupnya
  • Ketulan ais secukupnya
  • Daun pudina

Sirap gula: Masak 100gm gula pasir, 50ml air, 2 sudu makan jus limau kasturi dan sedikit pewarna hijau. Biar sejuk.

CARA PENYEDIAAN:
1. Belah buah markisa, korek keluar isinya. Campurkan air dan kacau hingga jusnya keluar. Tak perlu kisar atau tapis.
2. Masukkan sirap gula dan ketulan ais ke dalam gelas. Tuang jus markisa.
3. Masukkan daun pudina jika suka. Sedia untuk dinikmati.

 

4. JUS SODA HERBS

Aneka Resipi Jus Buah ‘Homemade’ Boleh Buat Untuk Berbuka
BAHAN-BAHAN:

  • 1 botol besar air aiskrim soda
  • 1 tin lainci – ambil buah sahaja
  • 1 batang serai – titik sedikit
  • Beberapa tangkai daun pudina
  • 1 biji lemon – hiris nipis
  • 5 biji asam boi putih
  • Ketulan ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan daun pudina, hirisan lemon, asam boi dan laici ke dalam jug.
2. Tuang air soda secukupnya diikuti ais.
3. Akhir sekali masukkan serai yang dititik. Sedia untuk dinikmati. Jika nak rasa lebih sedap, biarkan jus selama beberapa jam supaya rasa pudina dan serai bersatu.

 

5. MELON SODA SANGRIA

Aneka Resipi Jus Buah ‘Homemade’ Boleh Buat Untuk Berbuka
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Tembikai, cantaloupe & honeydew secukupnya
  • 1 liter air soda sejuk
  • 3 sudu makan madu
  • 3 sudu makan jus limau nipis
  • 2 biji limau nipis – potong bulat
  • Daun pudina secukupnya
  • Kiub ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

1. Scoop buah tembikai, cantaloupe dan honeydew menjadi bebola kecil.
2. Atur buah ke dalam bekas plastik. Bekukan hingga keras. Jarakkan susunan buah supaya ia tidak melekat apabila beku.
3. Dalam jus besar, masukkan air soda sejuk, jus limau nipis dan madu. Kacau rata.
4. Masukkan ketulan buah tembikai beku, cantaloupe, honeydew, daun pudina dan hirisan limau nipis.
5. Tambahkan ais secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.

 

6. JUS CARROT SUSU

Aneka Resipi Jus Buah ‘Homemade’ Boleh Buat Untuk Berbuka
BAHAN-BAHAN:

  • 1 batang lobak merah
  • 1 gelas air sejuk dari peti sejuk
  • 2-3 sudu makan susu pekat manis
  • Ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar lobak merah bersama air sejuk hingga halus. Tapis. Jika menggunakan slow juicer tidak perlu tapis.
2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan susu pekat manis. Kacau dan tambah ais secukupnya.
3. Sedia untuk dinikmati.

 

7. JUS EPAL ASAM BOI

Aneka Resipi Jus Buah ‘Homemade’ Boleh Buat Untuk Berbuka
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 biji epal hijau
  • 1 gelas air
  • Sirap gula secukupnnya
  • 5 biji asam boi putih
  • Ketulan ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan epal, buang biji dan potong kecil. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus. Tapis.
2. Kemudian masukkan sirap gula, ais dan asam boi ke dalam gelas. Tuang jus epal.
3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: FB Kak Wan & Blog Resipi Citarasawan

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sekaya Telur Sedap Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

20 Resipi Biskut Raya Popular Yang Mudah, Sedap & Sesuai Buat Niaga

Resipi Step by Step Buat Puding Triffle Yang Sangat Sedap

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI