Aneka Resipi Kerabu Air Tangan Mak-Mak, Mudah & Comfirm Sedap

Share

Anda penggemar aneka jenis Kerabu? Memang sedap kan kalau dapat makan kerabu yang kena dengan selera. Ratah macam tu je dah ok tanpa perlu makan nasi. Istimewa buat anda RASA kongsikan pelbagai resipi kerabu mudah yang anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Sesekali makan lauk simple macam ni, makan pun jadi berselera. Jom cuba!

 

KOLEKSI ANEKA RESIPI KERABU MUDAH & SEDAP 

 

1. KERABU BELIMBING BULUH BERSAMA DAUN SELOM

BAHAN A ( DIHIRIS):

BAHAN B ( DITUMBUK):

BAHAN C:

  • 3 ekor ikan termenung/ kembung – rebus, ambil isi dan hancurkan guna garfu
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan A, B dan isi ikan. Gaul rata. Kuantiti bahan A & B ikut citarasa masing-masing.
2.Perasakan dengan garam secukupnya.
3. Kerabu mudah dan sedap ini sedia untuk dinikmati.

INFO: Belimbing buluh bila dah jadi kerabu, rasanya tidak masam pun.

Kredit resipi & foto: Laili Adam

 

2. KERABU JANTUNG PISANG STAIL PANTAI TIMUR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji jantung pisang – rebus empuk
  • 1 biji bawang besar – hiris nipis
  • 10 tangkai cili padi – hiris
  • 1 ekor ikan kembung – rebus /bakar dan ambil isinya
  • 100ml santan kotak (1/2 kotak santan kecik) beli online disini
  • 1 biji bawang besar – tumbuk
  • 1 sudu makan lada hitam – tumbuk beli online disini
  • Garam dan perasa
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu makan kerisik beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Hiris jantung pisang yang dah empuk tadi.
2.Satukan bawang besar dan lada hitam yang telah ditumbuk bersama isi ikan. Tumbuk sekali lagi hingga lumat.
3.Campurkan bahan tumbuk, bawang hiris, cili potong, garam, perasa, kerisik dan santan ke dalam bekas berisi hirisan jantung pisang. Gaul rata.
4.Akhir seklai, perahkan limau nipis.
5.Untuk elak kerabu cepat basi, boleh didihkan sekejap di dalam kuali. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dimakan sahaja.

Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad

 

3. KERABU TOMATO BERSAMA SARDIN

BAHAN-BAHAN:

  • Sardin dalam tin (ambil ikan sahaja tanpa sos. Tak perlu tumis) beli online disini
  • 2 biji tomato
  • Bawang besar
  • Cili burung
  • Limau nipis
  • Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Sardin dilecek dan digaul dulu dengan limau nipis.
2.Kemudian, tambahkan bahan-bahan lain ( jumlah ikut citarasa). Gaul rata.


3.Sedia untuk dihidangkan.

INFO: Kalau ada bunga kantan dan kacang panjang, boleh gaulkan sekali.

Kredit resipi & foto: Zeeda Aziz

 

4. KERABU PERUT UTARA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk perut lembu (perut tuala/perut bulat/ perut kitab) – rebus empuk dan potong kecil
  • 1 ikat pucu paku – celur dan tos
  • 1 genggam tauge – celur dan tos
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 3/4 cawan santan pekat
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR HALUS:

  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 6 biji cili padi (merah dan hijau)
  • Belacan sebesar ibu jari tangan beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Tuang bahan kisar ke dalam bekas besar.
2.Seterusnya masukkan kerisik, jus limau nipis, santan, garam, gula dan perasa secukupnya.
3.Kemudian masukkan bawang besar, perut, pucuk paku dan tauge. Gaul rata.
4.Rasa dan jika ada kurang, tambah ikut selera anda.

INFO: Kuantiti bahan di atas kena pandai ubah ikut berapa banyak kerabu yang nak dibuat.

Kredit resipi & foto: Susilawati Abu Bakar

 

5. KERABU KERANG PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN:

  • Pucuk paku – dicelur
  • Taugeh – dicelur sekejap
  • Kerang – direbus
  • Bawang besar holland – hiris nipis
  • Bawang merah – hurus nipis beli online disini
  • Kerisik beli online disini
  • Jus limau nipis secukupnya
  • Cili api – dihiris . boleh ganti dengan serbuk lada hitam
  • Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Kuantiti ikut jumlah kerang dan pucuk paku yang digunakan.
2.Jika suka rasa kerabu yang lebih menyerlah, lebihkan jus limau dan garam.
3.Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norul Azmah

 

 Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur