Siapa kata masak daging susah dan lama? Bukan semua ye..banyak  menu yang senang dan boleh siap dalam 10-15 minit. Anda hanya perlu goreng atau tumis ala-ala je kemudian angkat, memang sedap berbaloi.  Sesuai sangat dengan anda yang sibuk dan tak ada masa lama di dapur. Kalau tak sempat nak fikir menu,  ini ada lima resipi mudah yang RASA kongikan.

 

1. DAGING GORENG KURMA

Aneka Resipi Masak Daging Cara Ekspres. Mudah & Berbaloi Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | hiris nipis
  • 2  sudu makan rempah kurma
  • 2 sudu makan yogut
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 biji ubi kentang | potong memanjang
  • 2 pokok daun ketumbar | hiris
  • 3 biji cili hijau | hiris 2cm
  • 4-5 biji tomato ceri
  • 1 biji bawang besar | belah lapan
  • 3 ulas bawang berah | hiris
  • 5 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia | hiris
  • 2 batang serai | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
  2. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
  4. Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar.
  5. Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Sebelum angkat, masukkan tomato ceri.
  7. Sedia dihidangkan.

 

2. DAGING YOUGRT BEREMPAH

Aneka Resipi Masak Daging Cara Ekspres. Mudah & Berbaloi Cuba.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg daging | hiris nipis
  • 1 cawan yogurt
  • 1 sudu makan mayones
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 pokok ketumbar | hiris
  • 4-5 biji tomato ceri
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN HIRISAN:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4cm halia muda
  • 2cm lengkuas

BAHAN KISAR:

  • 2 biji tomato
  • 2 tangkai daun pudina
  • 4 pokok daun ketumbar bersama akarnya sekali
  • 6 biji cili hijau
  • 6 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar bersama rempah kari, kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan  daging, kacau rata dan masak hingga kuah kering.
  4. Seterusnya masukkan yogurt, mayones dan susu rendah lemak, biarkan kari mereneh hingga kuah agak pekat.
  5. Akhir sekali masukkan garam, gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, terus renehkan kari sehingga timbul minyak.
  7. Sebelum angkat, masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato ceri.
  8. Seketika kemudian tutup api
  9. Kari sedia dihidangkan.

 

3. DAGING GORENG KICAP

Aneka Resipi Masak Daging Cara Ekspres. Mudah & Berbaloi Cuba.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • 1cm halia| hiris nipis
  • 5 biji cili padi| hiris kasar
  • 1 biji lada merah | hiris
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 biji kentang| potong dan goreng
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Daging dihiris nipis dan gaul dengan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging sehingga empuk.
  3. Masukkan bawang putih, halia dan cili padi.
  4. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan lada sulah.
  5. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, bawang besar dan lada sulah. Kacau sebati.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

4. DAGING MASAK MERAH

Aneka Resipi Masak Daging Cara Ekspres. Mudah & Berbaloi Cuba.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging | rebus dan hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji lada benggala
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih sampai terbit bau dan masukkan cili goreng.
  3. Masukkan semua sos dan tambah sedikit air. Kacau sebati.
  4. Masukkan daging dan kacau lagi.
  5. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan lada benggala yang telah dihiris.
  6. Gaul seketika dan angkat.
  7. Sedia dihidangkan.

 

5. DAGING GORENG LADA HITAM

Aneka Resipi Masak Daging Cara Ekspres. Mudah & Berbaloi Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging
  • 1 sudu teh serbuk  lada hitam
  • 1 sudu teh sos lada hitam
  • 1sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 biji lada benggala
  • 1biji bawang besar
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit cuka
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN TUMBUK:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Perap daging bersama lada hitam selama satu jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
  3. Masukkan kesemua sos dan diikuti daging yang telah diperap.
  4. Masukkan kicap manis, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekata.
  5. Masukkan lada benggala dan bawang besar yang telah dipotong.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI