Makan

Aneka Resipi Masakan Berasaskan Ikan Bilis, Mudah dan Sedap

Share

Aneka resipi berasaskan ikan bilis, mudah dan sedap. Ikan bilis memang jadi pilihan tatkala kita nak masak hidangan yang ringkas. RASA kongsikan beberapa resipi masakan berasaskan ikan bilis. Nak lagi sedap hanya tambahkan bahan-bahan tambahan supaya ikan bilis goreng tersebut tak rasa ‘kosong’.

Lauk mudah dan ringkas ini tak memerlukan bahan yang banyak. Cara penyediaannya pun mudah je. Simple tapi sedap terangkat. Ikan bilis ni mampu menaikkan selera juga tau.

Apa lagi, jom cuba resipi masakan berasaskan ikan bilis yang RASA kongsikan ni.

 

KAILAN IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
Segenggam Ikan Bilis
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 kiub pati ikan bilis
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 ikat kailan
5 biji cili api merah
Air secukupnya

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

CUCUR KUCAI IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung
Segenggam ikan bilis
1 ikat daun kucai
2 biji cili merah
1 biji bawang merah
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan air suam

Cara membuat boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

SAMBAL BILIS BUNGA KANTAN

1 cawan ikan bilis
1/2 biji bawang holland
1 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang putih
1 sudu teh pes asam jawa
Sedikit air
1 sudu besar gula melaka
1/2 kiub pati ikan bilis
Gula
5 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

SAMBAL BILIS KICAP

BAHAN-BAHAN:
3 biji cili merah
10 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
Segenggam cili padi hijau
5 sudu makan kicap manis
Segenggam ikan bilis
1 sudu teh pes asam jawa
Garam
Gula

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

LEMPENG & SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN LEMPENG:
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
1 ½ cawan air
1 biji telur

BAHAN-BAHAN SAMBAL IKAN BILIS:
150g-200g ikan bilis
1 cwn minyak masak
2 biji bawang besar
15-20 tangkai cili kering
4 biji bawang merah kecil
3-4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan (pilihan)
1 keping kecil gula nisan
Sedikit jus asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Perasa jika suka

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

SAMBAL SIRAM

BAHAN-BAHAN:
2-3 ulas bawang putih
2-3 biji bawang merah
Minyak secukupnya (untuk menggoreng)
8-10 tangkai cili kering
Ikan bilis secukupnya
Belacan (jika suka)
Minyak panas

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

Published by
Hani Azmy