Makan

Aneka Resipi Masakan Berkentang, Mudah dan Sedap

Share

Aneka resipi masakan berkentang, mudah dan sedap. Kentang selalunya dihidangkan dalam pelbagai cara masakan sama ada digoreng, direbus, atau dibakar. Ada juga dijadikan sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan.

Kalau anda nak tahu, penambahan ubi kentang dalam masakan menjadikan masakan tersebut bertambah sedap tauuu. Jadi, jom kita cuba resipi masakan berkentang yang RASA kongsikan ni!

KARI TELUR KENTANG

BAHAN-BAHAN:
4 sekawan
Minyak secukupnya
8 sudu besar pes bawang merah
3 sudu besar pes bawang putih
1 1/2 sudu besar pes halia
Daun kari
5 sudu besar serbuk kari ayam
3 sudu besar serbuk kari ikan
3 biji kentang
1 sudu makan stok ayam
250ml santan pekat
Garam
Telur rebus

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

BEBOLA KENTANG BERKEJU

BAHAN-BAHAN A:
2 biji kentang russet – dipotong kecil
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil lada berperisa
1 tangkai daun bawang

BAHAN-BAHAN B:
150g keju Mozarella – dipotong dadu
1 cawan tepung gandum
1 telur serbuk roti
Secukupnya minyak masak

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

AYAM SAMBAL DAUN KESUM

BAHAN-BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
BAHAN-BAHAN LAIN:
Ayam | Digoreng
Kentang | Digoreng
Daun kesom
Minyak
1 sudu makan sos tiram
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

MASHED POTATO

BAHAN-BAHAN:
4-5 biji kentang | direbus hingga empuk
1 sudu besar sour cream
1 sudu kecil garam
Lada sulah secukupnya
1 sudu besar mentega
1 mangkuk kecil susu segar

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

TAUHU BERGEDIL

BAHAN-BAHAN A (INTI):
Secukupnya minyak masak
200g isi ayam – dicincang
1/2 sudu kecil lada berperisa
2 biji kentang russet – dibuang kulit dan dipotong nipis
1 batang daun bawang – dihiris
4 sudu besar bawang goreng

BAHAN-BAHAN B:
18 biji fried tofu
2 biji telur dipukul
1/2 sudu kecil lada berperisa
8 tangkai cili padi – dihiris

BAHAN-BAHAN C (SOS):
10 batang cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
1 sudu kecil jus limau nipis

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

PRAWN POTATO CHIPS

BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang
200gm isi udang | Dikisar
1/2 cawan mixed vege | Lobak merah & Jagung sahaja
Garam
Minyak
Chilli Flakes
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

SARDIN GORENG KICAP BERKENTANG

BAHAN-BAHAN:
1 tin sederhana Ikan sardin
2 susu makan kicap manis
1 biji kentang
1/2 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu pes cili kering
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

Published by
Hani Azmy