Masakan Filipina agak ringkas namun ia banyak dipengaruhi dengan masakan Sepanyol dan negara jirannya seperti Malaysia dan Indonesia. Antara menu yang terkenal adalah Ayam Adoba rasanya lebih kurang Ayam Kicap di Malaysia dan Indonesia, sementara Ayam Pocherol seperti Ayam Stew. Teringin nak rasa? Jom cuba!

1. ADOBA CHICKEN ( AYAM KICAP FILIPINA)

Aneka Resipi Masakan Filipina. Mudah & Lazat!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong sederhana, cuci  dan tos
  • 1 biji bawang Holland
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 biji kentang | belah empat
  • 3 sudu makan kicap  pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Air sesucupnya
  • 4 helai daun salam
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN PERAPAN :

  • 4 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan cuka makan
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 4 helai daun salam
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 biji kentang  | potong dadu
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan, dan perap sekurang-kurangnya 30 minit di dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland bersama halia dan daun salam hingga wangi.
  3. Masukkan  ayam yang telah diperap tadi.
  4. Tambah air, tutup periuk dan biar ayam  dan kentang empuk.
  5. Baru masukkan kicap pekat dan kicap pekat manis dan sos tiram.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan  sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Ayam Adoba ini lebih kurang masak kicap tetapi ia tidak menggunakan serai atau cili padi. Jika ingin pedas boleh tambah cili.

 2. TORTANG TALONG (TERUNG DADAR FILIPINA)  

Aneka Resipi Masakan Filipina. Mudah & Lazat!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji terung
  • 2 biji telur
  • 1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Terung dibelah dua  tetapi tidak putus, kemudian bakar hingga lembut.
  2. Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan semua bahan hirisan, garam dan serbuk lada sulah.
  3. Kacau rata. Ketepikan.
  4. Buang kulit terung, kemudian celupkan di dalam adunan telur.
  5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali  leper, goreng terung yang telah dicelur dengan telur tadi.
  6. Tuanagkan lebihan telur di atas terus tadi.
  7. Goreng hingga masak.
  8. Hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Terung ini enak dihidangkan bersama sambal belacan atau sambal kicap.

IKLAN

3. SINIGANG

Aneka Resipi Masakan Filipina. Mudah & Lazat!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan kembung | bersihkan dan tos
  • 1liter air basuhan beras yang kedua
  • 1 biji lemon | ambil jusnya sahaja
  • 1 biji bawang besar | belah empat
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 4cm halia | titik
  • 1/2 biji mangga muda | potong dadu
  • 1 potong timun siam | potong dadu
  • Sedikit hirisan bunga kubis
  • 10 biji cili padi merah dan hijau
  • Garam, gula  dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA  MEMASAK:

  1. Masukkan ikan dalam periuk bersama air, hirisana bawang besar, halia. Renehkan hingga mengelegak.
  2. Masukkan hirisan mangga, timun cina, bunga kubis dan hirisan cili.
  3. Selepas dua atau tiga minit perasakan dengan jus lemon, garam, gula dan perasa secukupnya.
  4. Biarkan mereneh seketika, dan setelah cukup rasa, tutup api.
  5. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

INFO CHEF:  Masakan ini hampir sama dengan singgang ikan di Malaysia, cuma rasanya lebih pedas dan banyak campuran sayurnya.

4. BEEF KALDERETA

Aneka Resipi Masakan Filipina. Mudah & Lazat!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm daging batang pinang | potong kiub
  • 1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
  • 1 biji kentang | potong dadu besar
  • 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
  • 1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu teh empingan cili kering
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 6 sudu makan minyak masa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.
  2. Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang puting hingga wangi.
  4. Masukkan daging, kacau hingga dahing berubah warna keperangan baru masukkan  sos tomato dan air.
  5. Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
  6. Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
  7. Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  8. Tutup api dan menu sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Cara masak dan rasa masakan ini hampir sana dengan stew daging. Enak dihidangkan dengan roti.

5. FILIPINO PICADILLO

Aneka Resipi Masakan Filipina. Mudah & Lazat!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging cincang
  • 1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil
  • 1/2 batang lobak merah | potong dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
  • 5 biji cili padi | hiris halus
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan hirisan bawang Holland,  bawang putih dan cili padi hingga wangi.
  2.  Masukkan daging kisar dan kacau hingga daging berubah warna.
  3. Masukkan kentang dan lobak merah, kacau lagi.
  4. Perasakan dengan sos tomato, kicap masin, serbuk lada hitam, garam dan gula secukupnya.
  5. Kecilkan api,terus kacau hingga garing sedikit.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI