Pasti ramai yang menggemari lauk pauk berasaskan makanan laut bukan? Bahkan pelbagai hidangan boleh disediakan dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Sama ada yang berkuah, bersambal mahu pun digoreng kering, pastinya lazat-lazat belaka. Bagi yang sangat menggemari lauk sotong, idea masakan dibawah boleh anda cuba.

1. SOTONG SUMBAT BAKAR BERSAMBAL

Aneka Resipi Masakan Berasaskan Sotong. Wow…Sedapnya!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor sotong saiz sederhana
  • Lidi pencungkil gigi secukupnya

BAHAN UNTUK SUMBAT:

  • 2 biji telur
  • 200gm sayur campur
  • ½ sudu makan sos ikan
  • 1 labu bawang besar ]potong dadu
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukupnya

BAHAN UNTUK SAMBAL:

  • 2 batang serai ] diketuk
  • 125gm santan
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji cili padi
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat bahan sumbat; Gaul kesemua bahan untuk sumbat.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tadi hingga layu. Tutup api dan sejukkan.
  3. Sumbat bahan yang telah ditumis tadi ke dalam sotong. Kemaskan dengan lidi pencungkil gigi. Kelar sedikit bahagian atasnya. Ulangi langkah hingga selesai.
  4. Kemudian bakar sotong di atas kuali leper atau pemanggang.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan di dalam pinggan. Tuang sambal di atasnya.
  6. Sedia untuk dinikmati.

2. KERUTUP SOTONG 

Aneka Resipi Masakan Berasaskan Sotong. Wow…Sedapnya!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong ]bersihkan
  • 200ml santan pekat
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 keping asam gelugur
  • 2.5 cm halia
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:-

  1. Kisar bawang merah, cili padi dan halia. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Setelah itu masukkan santan dan asam gelugur. Kacau rata.
  4. Setelah mendidih, masukkan sotong tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau lagi dan biar mereneh sebelum tutup api.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

3. OPOR SOTONG

IKLAN

Aneka Resipi Masakan Berasaskan Sotong. Wow…Sedapnya!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong ]bersihkan
  • 100gm bawang merah ]kisar
  • 3 ulas bawang putih ]kisar
  • 10 tangkai cili kering ]kisar
  • 2.5cm lengkuas ]kisar
  • 1 batang serai ]kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 125gm santan
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga naik wangi dan pekat.
  2. Masukkan serbuk kunyit, serbuk jintan, serbuk ketumbar, kerisik, santan dan daun limau purut. Tambahkan air secukupnya. Kacau sebati dan biar ia mereneh hingga memekat.
  3. Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Jika untuk lebih berkuah, boleh tambah lebih air.

4. SOTONG MASAK HALIA

Aneka Resipi Masakan Berasaskan Sotong. Wow…Sedapnya!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong ] celur dengan air panas, tos
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5cm halia
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit daun kucai
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili padi bersama dengan air asam jawa dan sos tiram.
  2. Kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sotong dan masak selama tiga minit. Gaul sekata.
  4. Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Boleh tambah halia yang dicarik untuk lebih rasa halia.

5. RENDANG SOTONG

Aneka Resipi Masakan Berasaskan Sotong. Wow…Sedapnya!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong ] potong membulat
  • 2 batang serai ]kisar
  • 15 biji cili padi ]kisar
  • 3 ulas bawang merah ]kisar
  • 1 ulas bawang putih ]kisar
  • 2.5cm lengkuas ]kisar
  • 2.5cm kunyit hidup ]kisar
  • 2 sudu kerisik ]kisar
  • 3 helai daun limau purut ]hiris kasar
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar bersama santan. Biarkan ia memekat. Kacau sebati.
  2. Masukkan sotong dan biarkan seketika. Masukkan daun limau purut yang dihiris kasar. Gaul lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  3. Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.

6. SOTONG GORENG TEPUNG DAUN KARI 

Aneka Resipi Masakan Berasaskan Sotong. Wow…Sedapnya!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong ]potong bulat
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 tangkai daun kari
  • 60gm tepung gandum
  • 60gm tepung jagung
  • 3 sudu makan tepung beras
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
  4. Sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI