Makan

Aneka Resipi Mudah Sesuai Untuk Makan Tengahari & Malam

Share

Buntu memikirkan resipi menu makan tengahari dan malam yang mudah tapi enak untuk dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu. Oleh itu jom cuba koleksi resipi sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari dan malam keluarga tercinta. Jom cuba!

1. SUP KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:

1- 2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
1 biji  bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
3cm  halia | hiris halus
1 batang serai | titik
1 bunjut sup bunjut
Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1/2 sudu teh jus limau nipis
Sedikit hirisan daun sup dan bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Setelah kekuningan masukkan  rempah penumis, sup bunjut dan serai. Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
  3. Bila kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
  4. Setelah masak, masukkan jus limau nipis,serbuk lada sulah dan lada hitam.
  5. Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang.
  6. Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.
2. SIAKAP KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 tangkai cili merah | cincang halus
2 sudu makan sos cili Thai
1 batang serai | hiris halus
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar | hiris

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan mengukus, kemudian gaulkan ikan dengan sedikit garam dan halia. Kukus lebih kurang 10 minit.
  2. Sementara itu, campurkan semua bahan cincang dan hiris halus dalam mangkuk.
  3. Tambahkan dengan sos cili Thai, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  4. Tuangkan ke atas ikan kukus tadi.
  5. Kukus semula dalam lima minit.
  6. Angkat dan pindakan ikan di dalam pinggan hidang.
  7. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Kemudian hidangkan panas-panas.
3. SALMON PANGGANG BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:

Bahan Untuk Salmon Panggang:

2 keping salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 biji bawang putih | cincang halus
Sedikit minyak zaitun
BahanSayuran:
Sedikit hirisan brokoli
Sedikit grisan lobak merah
Sedikit hirisan cendawan shitake
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit garam dan serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:
  1. Gaulkan salmon dengan garam, serbuk lada sulah, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
  2. Panaskan ketuhar dan panggan salon dengan suhu 170C selama lebih kurang 7-10 minit (selepas lima minit, balikkan ikan dan panggang lagi)
  3. Sementara itu, panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan brokolo, lobak merah dan cendawan. Gaul rata sehingga layu.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
  6. Setelah siap, hidangkan dalam pinggan bersama salmon panggang dan kentang orang jika suka.

INFO CHEEF: Untuk rasa salmon lebih sedap selepas digaulkan dengan bahan perapan. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.

4. ASAM REBUS TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:

3-4 potong ikan Tenggiri | bersih dan tos
2 tangkai cili merah | belah dua
3-4 biji kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3-4 tangkai cili padi | titik
3cm halia | titik
3cm inci lengkuas | titik
11 batang serai | titik
1 sudu teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugor
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:
  1. Bersihkan ikan Tenggiri dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
  2. Tambahkan air, diikuti serbuk kunyit, asam gelugor.
  3. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
  4. Biarkan mereneh lebih kurang  10-15 minit.
  5. Masukkan kacang bendi dan perasakan dengan garam secukupnya
    Sedia dihidangkan.
5. SUP TULANG
BAHAN-BAHAN:

1kg tulang lembu | bersih dan rebus hingga empuk
4 cawan air rebusan tulang
2 batang seleri | potong serong
1 batang lobak merah | potong baji
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
2 batang serai | titik
5-6 tangkai cili padi | titik
1 biji tomata | belah empat
4 ulas bawang putih | titik
1 biji bawang besar | dadu halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya
1 bunjut sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas dan serai  hingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
  2. Masukkan rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
  3. Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
  4. Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah diangkat.
  5. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
6. YEE MI WANTAN KICAP
BAHAN-BAHAN:

1 peket yee mi
250gm isi ayam | potong kecil
2 pokok sawi |potong dan celur
2cm halia muda | hiris nipis
10 biji wantan segera  | goreng

Bahan Kicap Untuk Mi:

4 sudu makan  kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak bijan
2 ulas bawang putih | cincang
1 cawan stok ayam

Bahan Perapan Ayam:

2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan madu
Sedikit lada sulah

CARA MEMASAK:
  1. Rebus ayam bersama halia hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Air rebusan ayam diambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup.  Masukkan  bawang besar,garam dan lada sulah.
  3. Seterusnya perap ayam sebentar dengan bahan perapan. Kemudian goreng sekejap.
  4. Untuk kicap mi, Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan  satu cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mi yang lain kecuali minyak bijan.
  5. Tutup api bila menggelegak dan masukkan minyak bijan. Kacau rata.
  6. Untuk menghidangkannya, tuang sedikit kicap mi tadi pada yi mi dan gaul ratakan.
  7. Hidangkan yi mi bersama kuah sup dan ayam goreng dan sawi yang telah dicelur tadi.

INFO CHEF: Selain digoreng, ayam juga boleh dipanggang ataupun dibakar.

7. SEAFOOD SOUP
BAHAN-BAHAN:
50gm sotong | hiris bulat
3 ekor udang
50gm tiram
20gm bawang Holland | cincang
10gm bawang putih | cincang halus
4 helai herba rosemary
150ml air rebusan ayam
60ml sos pasta
1/4 sudu makan serbuk perasa aromat
1/4  sudu makan serbuk lada putih
1/4  sudu makan serbuk cili kering
1 sudu makan minyak
Daun sup secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang Holand, bawang putih sehingga naik bau atau biarkan selama 1-2 minit.
  2. Seterusnya masukkan semua seafood bersama herba rosemary, lada putih dan air rebusan ayam.
  3. Perasakan secukupnya  dan biarkan hingga mendidih.
  4. Sedia dihidangkan.
8. MUSHROOM CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
180 gm ayam bahagian peha-buang tulang
1/4 sudu besar serbuk paprika
1 biji  telur | kacau
2 sudu makan tepung gandum
50gm serbuk roti
100gm jejari kentang
50gm keju mozarella
Bahan Hiasan:

100gm coleslow
1 helai daun salad
Sedikit tomato | hiris nipis
30ml sos tartar
3 gm cendawan butang

CARA MEMASAK:
  1. Gaulkan  ayam bersama serbuk paprika dan tepung gandum.
  2. Kemudian celupkan dalam telur dan serbuk roti.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng  hingga masak. Ketepikan.
  4. Selepas itu, gorengkan cendawan butang selama seminit atau bertukar warna.
  5. Letakkan ayam di dalam pinggan  bersama hiasan lain.
    dan taburkan keju mozarella. Masukkan ke dalam ketuhar hingga keju cair.
  6. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama kentang yang digoreng, coleslow, timun dan tomato.
9. NACHOS MIX BEEF CHICKEN
BAHAN-BAHAN:

2 keping empingan jagung (yellow corn tortilla)
30gm isi ayam kisar
30 gm daging kisar
2 sudu makan sos pasta
20gm daun salad
2 sudu makan kacang pes
2 sudu makan krim masam
2 sudu makan tomato salsa
20gm cili jeruk
50gm keju mozarella

CARA MEMASAK:
  1. Sapukan sos pasta pada empingan jagung .
  2. Taburkan  isi ayam dan daging cincang dan mozarella di atasnya.
  3. Panaskan ketuhar, kemudian bakar sehingga keju cair.
  4. Keluarkan dan potong kepada beberapa bahagian.
  5. Susun dalam pinggan dan hiaskan dengan  daun salad, krim masam dan pacang pes.
  6. Akhir sekali taburkan cili jeruk di atasnya.
  7. Sedia dihidangkan.
10. SPAGHETI CHILI GAMBER
BAHAN-BAHAN:

200 gm spageti
4 ekor udang
Sedikit salad | hiasan
1 biji telur
40gm serbuk roti
20gm bawang Holand | dadu halus
10gm bawang putih | cicang halus
10gm serbuk cili kering
60ml sos pasta

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan kuali, tumis bawang Holand, bawang putih dan serbuk cili kering hingga wangi.
  2. Masukkan sos pasta dan sedikit air rebusan ayam. Kacau sebai.
  3. Perasakan dengan aromat dan lada putih. Kacau lagi.
  4. Masukkan spageti yang telah dicelur, gaul rata dan pastikan ia secukup rasa.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk atau pinggan.
  6. Salutkan udang dengan sedikit tepung, telur dan serbuk roti. Kemudian, goreng selama satu hingga dua minit.
  7. Susun udang di atas spagheti, taburkan serbuk cili kering dan daun salad.
  8. Spageti sedia dihidangkan.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur