Makan

Aneka Resipi Pankek Gebu Gebas, Lembut & Sedap

Share

Aneka resipi pankek gebu gebas, lembut & sedap. Pankek sangat sesuai dijadikam hidangan sarapan pagi. Ia sangat mudah disediakan dan juga mengeyangkan. Sesuai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Bukan setakat anak-anak, tapi ibu bapa pun mesti suka.

Pankek ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara dan terdiri daripada bermacam perisa.  Resipinya pun boleh diolah mengikut cita rasa tersendiri. Jom tengok resipi pankek gebu gebas yang RASA sediakan ini. Confirm lain daripada yang lain!

 

PANCAKE PEANUT BUTTER STRAWBERRY

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu besar madu
1/2 sudu teh esen vanilla
9 sudu besar tepung gandum | diayak
1 sudu teh baking powder | diayak
2 sudu besar air
Peanut butter strawberry secukupnya

Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!

FLUFFY PANCAKE

BAHAN-BAHAN:
5 biji Strawberi
3 biji telur | Asingkan kuning dan putih
2 sudu makan gula
3 sudu makan tepung gandum
Sedikit minyak
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

PANKEK PISANG GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang
2 sudu gula | tuang di dalam kuali
2 biji telur
Garam secukupnya
Gula secukupnya
200ml susu segar
200gm tepung gandum
2 sudu minyak zaitun
Gula melaka | untuk drizzle
Cara membuat boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

PANKEK BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil baking powder
1 cawan susu segar
½ biji buah naga merah
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
2 biji putih telur | putar hingga kental
3 sudu besar mentega cair
Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!

 

Published by
Hani Azmy