Aneka Resipi Spageti

Aneka Resipi Spageti

Aneka Resipi Spageti

 

Mudah & Sedap! 3 Resipi Spageti Carbonara Homemade Ni Boleh Masak Tanpa Guna Sos Segera

Sedapnya Spageti Carbonara ni. Pelbagai rupa, berlainan rasa. Sekali tengok, nampak macam sajian yang dihidang di restoran tapi sebenarnya masak secara homemade di rumah je. Tak perlu guna sos segera pun. Rasa yang lemak berkrim, sangat mudah disediakan dan enak dinikmati ketika panas, menjadikan ia hidangan terbaik buat seisi keluarga.

SPAGETI CARBONARA AYAM & BROKOLI

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket spageti | dicelur dan ditoskan
  • 200gm idi dada ayam | hiris nipis memanjang
  • 150gm brokoli | potong kecil & celur
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 5 biji kuning telur
  • 3/4 cawan krim masakan
  • 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
  • 80gm parutan keju parmesan

CARA MEMASAK

  1. Tabur satu sudu makan MAGGI® Cukup Rasa pada hirisan ayam dan perap sebentar.
  2. Celur spagheti hingga al-dente (empuk tapi tidak lembik). Toskan dan masukkan semula ke dalam periuk supaya kekal suam.
  3. Di dalam kuali, panaskan minyak zaitun.Tumis hirisanayam hingga lembut.  Ketepikan.
  4. Di dalam mangkuk yang besar, pukul kuning telur bersama krim menggunakan ‘hand whisk’. Tambah 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa, parutan keju dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
  5. Tuang bancuhan telur ke dalam periuk berisi spageti yang sudah dicelur tadi bersama brokoli dan ayam yang telah digoreng.
  6. Gaul semua bahan hingga sebati dan hidangkan segera.

TIPS DI DAPUR: Ketika merebus spageti, pastikan anda tidak rebus secara berlebihan. Cukup sekadar lembut (al-dente) dan renjiskan dengan minyak zaitun untuk mengelak spageti melekat.

 

Aneka Resipi Spageti

SPAGETI CARBONARA PEPPERONI

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket spageti | dicelur dan ditoskan
  • 8 -10 keping pepperoni ayam/daging |potong kecil
  • 1 cawan krim masakan
  • 1/2 cawan parutan keju | mozzarella/cheddar/parmesan
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
  • Campuran herba Itali kering ( Italian herbs)

CARA MEMASAK

IKLAN
  1. Didihkan 1.5 liter air bersama 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa.
  2. Apabila air mendidih, masukkan spaghetti lalu rebus hingga al-dente dan toskan. Simpan air rebusan pasta.
  3. Panaskan satu sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Masukkan pepperoni dan goreng hingga keperangan.
  4. Masukkan cincangan bawang dan tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan pasta, 4 sudu makan air rebusan pasta, herba kering dan satu 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa. Masak 2 minit lagi.
  6. Sementara itu, di dalam mangkuk, satukan krim masakan bersama telur dan parutan keju. Kacau rata lalu tuangkan ke atas spageti . Gaul sebati dan hidangkan segera.

TIPS DI DAPUR: 

  1. Pastikan spageti yang telah direbus berada dalam keadaan suam (warm). Ini kerana bancuhan telur yang tidak dimasak nanti akan masak dengan sendirinya ketika dicampur dalam spageti rebus yang masih suam.
  2. Boleh ditambah dengan sayuran seperti asparagus, lobak merah dan brokoli yang telah dikukus supaya makanan lebih seimbang dan memenuhi nutrisi dalam badan.

 

Aneka Resipi Spageti

SPAGETI CARBONARA UDANG

IKLAN

BAHAN-BAHAN

  • 1 spageti | dicelur dan ditoskan
  • 10 ekor udang (saiz sederhana) | bersihkan/buang kulit
  • 300ml krim masakan
  • 60gm parutan keju parmesan
  • 50gm mentega
  • 4 biji kuning telur
  • 1 sudu teh chilli flakes (emping cili)
  • 1 sudu teh Italian herbs kering
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa

CARA MEMASAK

  1. Didihkan air yang banyak dalam periuk bersama 1 sudu the MAGGI® Cukup Rasa.  Rebus spageti hingga lembut kemudian toskan. Letak spageti kembali ke dalam periuk supaya kekal suam.
  2. Di dalam kuali, cairkan mentega lalu goreng udang bersama ½ sudu teh MAGGI® Cukup Rasa hingga udang bertukar warna (jangan terlebih masak). Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk, pukul kuning telur bersama krim masakan hingga sebati.  Masukkan parutan keju parmesan, tambah chilli flakes, lada sulah dan lada hitam, sesuaikan rasanya dan gaul sebati.
  4. Tuang bancuhan telur bersama udang goreng ke dalam periuk berisi spageti rebus tadi.

TIPS DI DAPUR: 

  1. Udang handaklah digoreng sebentar sahaja. Jika digoreng berlebihan udang akan menjadi liat dan hilang nutrisinya.
  2. Selain udang, boleh juga gantikan dengan makanan laut jenis lain seperti kepah, sotong atau lala.
  3. Boleh ditambah dengan sayuran seperti asparagus, lobak merah dan brokoli yang telah dikukus supaya makanan lebih seimbang dan memenuhi nutrisi dalam badan.

Selamat mencuba!

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
- Advertisement -spot_img

Mesti Baca!

- Advertisement -spot_img