
Anggaran kuantiti makanan ikut jumlah tetamu ini perlu buat yang merancang membuat majlis hari raya di rumah.
Apatah lagi jika ingin menyediakan sendiri hidangan. Sekiranya tak mahir tentang pengiraan kuantiti makanan dan jumlah tetamu boleh jadikan info di bawah ini sebagai rujukan. Ia sesuai digunakan untuk jamuan 30-50 orang.
Anggaran kuantiti makanan ikut jumlah tetamu
NASI PUTIH/MINYAK/ARAB
• 1 orang: ½ cawan beras (±90g)
• 20 orang: ±2 kg beras
• 50 orang: ±5 kg beras
1 kg beras dapat 3kg nasi, kalau kamu buat banyak menu, 1kg beras boleh makan 10-18 orang. Kalau menu kamu nasi jer, boleh makan 10 orang !
AYAM MASAK/MERAH/PERCIK/GORENG
• 1 orang: 1 ketul sederhana
• 20 orang: 2 ekor ayam (potong 10–12)
• 50 orang: 5 ekor ayam
Kalau ayam kecil gandakan, kalau berat seekor ayam 2 kgs dah sesuai dan tengok juga ada menu lain tak. Kalau tak ada menu lain kena lebihkan portion. Kalau banyak menu lain contoh laksa, bihun, soto bakso dan sebagainya, cukup dah tu. Nanti sesuaikan ikut keperluan.
DAGING RENDANG/KURMA/GULAI
• 1 orang: ± 100g
• 20 orang: ± 2 kg
• 50 orang: ± 5 kg
Kalau menu berkuah, 1 kg daging boleh makan 10 orang. Kalau menu daging sahaja, tak ada lauk lain, 1 kg tu boleh makan 5 orang saja.
MI/BIHUN/KUETIAU GORENG
• 1 orang: ± 80–100g mi mentah
• 20 orang: ±2 kg
• 50 orang: ±5 kg
SAYUR CAMPUR/ACAR/ULAM
• 1 orang: ± 50g
• 20 orang: ±1–1.5 kg
• 50 orang: ±3–4 kg
AIR MINUMAN SIRAP/TEH AIS/AIR BUAH
• 1 orang: 1.5 cawan (± 300ml)
• 20 orang: ± 6–8 liter
• 50 orang: ± 15–18 liter.
KUIH/PENCUCI MULUT
• 1 orang: 2–3 biji kecil
• 20 orang: ± 60 biji
• 50 orang: ± 120–150 biji
TIP EKSTRA
- Buat extra 10–15% untuk “top-up” sebab selalu ada yang tambah makan. Kalau banyak menu, orang akan ambik serba sikit sahaja.
• Kalau ada kanak-kanak ramai, kurangkan portion nasi/sayur, tapi lebihkan kuih & air.
• Untuk menu berkuah, pastikan cukup mangkuk, senduk & tisu. Kadang-kadang inilah yang selalu kurang.
Sumber: Suhasnida Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI