3

Di pasaran kini terdapat pelbagai pilihan peralatan dapur yang semakin canggih penggunaannya. Reka bentuk dan modelnya menepati gaya hidup moden. Material yang digunakan juga menggunakan teknologi tinggi yang memudahkan anda memasak dengan efisien. Kuali daripada bahan keluli tahan karat dengan lapisan kalis lekat telah bertahun-tahun membantu memudahkan kerja di dapur. Namun dari aspek kesihatan, ada kemungkinan berlaku kes keracunan makanan akibat penggunaan peralatan masak yang tidak berkualiti. Bahan kimia beracun bersembunyi di sebalik peralatan memasak tanpa anda sedari.

Bahan peralatan memasak apa yang perlu anda awasi?

Lapisan anti lekat
Peralatan memasak dengan lapisan anti lekat adalah penemuan yang sangat menyenangkan bagi kebanyakan suri rumah tangga. Tidak ada lagi masalah ikan yang digoreng melekat di kuali semasa proses menggoreng. Anda tidak perlu lagi bersusah payah membersihkan kuali yang penuh dengan sisa masakan yang melekat. Dengan peralatan memasak anti lekat, anda juga tidak menggunakan banyak minyak semasa menggoreng. Ini bermakna kolesterol dapat dikurangkan semasa memasak.
Namun ini bukanlah bermakna bahan tersebut baik untuk kesihatan. Bahan yang dahulunya banyak digunakan dalam peralatan ketenteraan ini juga menyimpan racun berbahaya. Kajian kesihatan menunjukkan, peralatan memasak anti lekat mengandungi bahan kimia seperti perfluoropropionic dan benzena. Bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan gangguan kesihatan itu muncul apabila lapisan anti lekat ini mengelupas akibat tergores benda tajam atau kerana penggunaan yang tidak betul. Contohnya apabila bahan memasak dipanaskan dengan suhu di atas 200 darjah Celsius.

Apakah Peralatan Memasak Anda Selamat  Digunakan?

Enamel ( lapisan cat yang berkilat pada permukaan logam)
Peralatan memasak berbahan enamel penampilannya sangat menggoda mata. Bahan enamel ini memungkinkan peralatan masak tampil dalam pelbagai warna cerah dan motif menarik.
Namun bahan pewarna yang digunakan mengandungi bahan kimia contohnya mangan, cadmium dan sebagainya. Apabila berlaku goresan pada lapisan berwarna, boleh menyebabkan terlepasnya ion pada bahan logam. Begitu juga jika dipanaskan pada suhu melebihi 100 darjah Celsius. Cara terbaik ialah semasa menggunakan bahan ini anda harus lebih berhati-hati, jangan sampai peralatan memasak bahan enamel tergores.

Ads

Plastik
Peralatan dapur yang diperbuat daripada plastik merupakan pilihan praktikal untuk menyimpan makanan sama ada sempurna untuk bahan mentah mahupun sudah dimasak. Namun perlu ingat bahawa bahan plastik terdiri daripada pelbagai jenis komponen kimia yang berbahaya. Terutama apabila anda menggunakan peralatan plastik yang berharga murah.
Sebaiknya anda pilih peralatan plastik yang sudah terbukti selamat melalui ujian kualiti. Perhatikan label selamat untuk kesihatan pada produk plastik. Meskipun harganya sedikit lebih mahal, asalkan kesihatan anda dan keluarga terjamin. Bahan plastik yang murah harganya belum tentu selamat kerana boleh menimbulkan bahaya yang lebih besar.
Hasil penelitian menunjukkan bahawa periuk dan kuali daripada logam tertentu yang biasa digunakan untuk memasak boleh menimbulkan kesan yang berbahaya untuk tubuh. Kimia yang beracun tersembunyi di dalam rangkaian peralatan memasak di rumah anda.

Berikut adalah beberapa bahan yang banyak diaplikasikan untuk peralatan memasak yang tanpa disedari berpotensi untuk memberikan kesan bahaya bagi tubuh.

1.Keluli tahan karat
Keluli tahan karat terhasil dari campuran besi dan beberapa jenis logam seperti krom dan nikel. Harga yang terjangkau dan sifat bahan yang tahan lama menjadikan keluli tahan karat banyak diaplikasikan dalam peralatan memasak. Namun dalam jumlah tertentu, keluli tahan karat dapat bereaksi dengan makanan dalam bentuk asam dan garam serta dapat menjadi racun dalam tubuh.

Apakah Peralatan Memasak Anda Selamat  Digunakan?

2. Cast Iron
Cast Iron merupakan besi yang paling mudah berkarat. Selain itu, Cast iron berpeluang besar untuk bereaksi dengan makanan dalam bentuk ion Fe+2 dan Fe+3. Hal tersebut dapat menimbulkan bahaya kerana tubuh manusia tidak dapat mencerna besi dalam bentuk ion.

Apakah Peralatan Memasak Anda Selamat  Digunakan?

3. Kaca, seramik dan tembikar
Sebenarnya, kaca, seramik dan tembikar merupakan penghantar panas yang buruk, namun mudah dibersihkan dan dapat dipanaskan dengan suhu yang tinggi. Umumnya, kaca, seramik dan tembikar diperbuat daripada campuran kadmium dan timah yang memiliki kesan negatif : membahayakan kehamilan dan menimbulkan gangguan konsentrasi. Di Kanada, kaca, seramik dan tembikar yang memiliki kandungan kadmium dan timah yang tinggi telah dilarang untuk diaplikasikan dalam peralatan memasak.

Ads

4. Aluminium
Aluminium merupakan kalis panas yang baik dan cukup murah, sehingga menjadi pilihan popular untuk diaplikasikan dalam peralatan memasak. Namun perlu diawasi bahawa semakin lama masakan dimasak atau disimpan di dalam periuk aluminium, semakin besar potensi masakan tersebut akan tercemar hidroksida yang berasal dari aluminium. Hal tersebut dapat menimbulkan gangguan pada saluran gastrointestinal seperti radang usus besar.

Sumber gambar: 123 royalty free

ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER , JOM KLIK DI SINI.

Ads

3 Resipi Ayam Golek Istimewa, Makan Puas Hati

https://www.rasa.my/datin-balqish-banu-kongsi-resipi-ayam-sambal-merah-kurma-daging-untuk-aidiladha/

Ini Caranya Nak Jimat Masa Memasak

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI