Sekarang tengah hangat viral di grup-grup masakan di media sosial tentang resipi kuih Apam yang menggunakan tiga bahan. Resipinya hanya menggunakan telur, tepung gandum dan gula sahaja. Nampak mudah dan senang nak buat kan?

Namun apa yang diimpikan tidak seindah realiti. Ramai yang mencuba tetapi tidak menjadi. Kuantiti bahan, cara-cara pembuatan serta aturan memasak dah sama, tetapi hasilnya, sedih nak cerita. Ada yang leper, ada yang berkedut kematu, ada yang liat. Macam-macam. Bila baca setiap ‘posting’ mengenai Apam 3 bahan yang tak menjadi tu, kesian pun ada malah nak gelak pun ya juga. Ada yang kata dah macam makan getah pemadam dah! Ha…kenapa ya jadi macam tu? Jom baca ulasan Chef Imelda Harris (Masterchef).

Apam 3 Bahan Anda Bantat & Tak Menjadi? Ini Tip Dari Chef Imelda Harris Yang Anda Boleh Cuba.1. ELAK GUNA BLENDER

Apam 3 Bahan Anda Bantat & Tak Menjadi? Ini Tip Dari Chef Imelda Harris Yang Anda Boleh Cuba.

Biasanya untuk menyediakan apa-apa sahaja kek atau kuih muih, pemukul sama ada elektrik mahupun manual digunakan untuk menjadikan adunan kembang dan sebati. Bentuk bilah mata pemukul yang bulat, lebar dan direka khas untuk mengadun adunan kek, membantu menjadikan telur dan gula kembang sempurna.Apam 3 Bahan Anda Bantat & Tak Menjadi? Ini Tip Dari Chef Imelda Harris Yang Anda Boleh Cuba.

Berbeza dengan mata pengisar (blender) yang direka untuk mengisar dan menghaluskan rempah masakan dan bukannya untuk mengembangkan adunan kuih. Bentuk mata blender yang tajam serta halus tidak sesuai dan tidak membantu proses pengembangan telur. Oleh sebab itu bila anda memukul telur dan gula menggunakan blender, anda akan dapati sangat susah untuk bancuhan ini kembang. Malah, anda juga perlu memukul dengan lama sehingga telur kelihatan berbuih. Kalau nak tahu, bila telur dan gula dipukul lama, teksturnya juga sudah berubah kerana sudah terlebih pukul. Jadi, bila dicampur dan diadun bersama tepung, tiada udara yang terkandung di dalam adunan. Oleh sebab itu, bila dikukus, apam anda menjadi bantat dan tak naik-naik.

2. TELUR TAK SEGAR

Ads

Apam 3 Bahan Anda Bantat & Tak Menjadi? Ini Tip Dari Chef Imelda Harris Yang Anda Boleh Cuba.

Setelah diteliti resipi ini, hanya telur sahaja yang digunakan sebagai agen pengembang. Biasanya untuk membuat apam atau kek, telur disokong oleh agen-agen pengembang yang lain seperti yis, soda bikarbonat, serbuk penaik, eno dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan telur ini perlu ‘bekerja keras’ sendirian bagi membina apam, maka ia perlulah betul-betul segar. Jika guna telur lama, memang tak ada ‘power’ lah nak mengembang. Malah, kuantiti telur pun kena cukup. Untuk adunan ini naik gebu, sekurang-kurangnya , 3 biji telur segar bersaiz A perlu digunakan.

3. TEPUNG KENA AYAK

Apam 3 Bahan Anda Bantat & Tak Menjadi? Ini Tip Dari Chef Imelda Harris Yang Anda Boleh Cuba.

Penting! Setiap kali membuat apa-apa kuih atau kek, tepung perlu diayak. Proses ini membantu mengisikan udara ke dalam tepung dan menjadikan adunan lebih ringan seterusnya menghasilkan apam yang gebu. Maklumlah, dah lah guna telur je sebagai agen pengembangan. Kalau tepung tu berat, memang keras la apam jadinya. So, lepas ni ayak dulu ya.

4. GUNA GULA KASTOR

Apam 3 Bahan Anda Bantat & Tak Menjadi? Ini Tip Dari Chef Imelda Harris Yang Anda Boleh Cuba.

Dalam penghasilan kek dan kuih, gula berfungsi untuk memberikan rasa manis, melembutkan adunan serta bertindak sebagai agen pelekat. Dalam proses membuat apam yang gebu dan lembut, Sebaiknya gunakan gula kastor ( halus). Jika anda menggunakan gula biasa, apabila dipukul bersama telur, ia akan jadi lambat sebati seterusnya menjadikan adunan apam tidak halus serta kurang menjadi apabila dikukus.

5. ALAS PENUTUP PERIUK KUKUSAN

Ia bertujuan bagi mengelakkan wap-wap air menitis semasa dikukus. Titisan air tersebut jika terkena pada adunan apam, akan menyebabkan permukaan kuih menjadi berkedut dan bantat. Oleh itu, sebelum mengukus, alas penutup periuk kukusan dengan kain seperti tuala atau tudung lama yang bersih dan menyerap air.

Jangan sedih-sedih tau kalau tak menjadi. Boleh cuba lagi resipi apam lain yang guna yis. Yang ni pasti menjadi. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.

 

APAM NASI

Ads

Apam 3 Bahan Anda Bantat & Tak Menjadi? Ini Tip Dari Chef Imelda Harris Yang Anda Boleh Cuba.

BAHAN-BAHAN A (TAPAI NASI):

  • 1 cawan nasi sejuk
  • 400ml air
  • 200gm gula pasir
  • 11gm yis

BAHAN B:

  • 200gm tepung beras
  • 200gm tepung gandum

BAHAN KELAPA PARUT:

  • Kelapa parut secukupnya
  • Garam secukupnya

BAHAN LAIN:

  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Kisar halus kesemua bahan A. Ketepikan.

Ads

2. Kelapa parut dan garam digaul sebati. Ketepikan.

3. Kemudian masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B (tepung). Gaul sekata dan perap selama 3 jam. Ketepikan.

4. Didihkan air di dalam kukusan. Sediakan acuan apam dan oleskan sedikit minyak masak di permukaan dalamnya. Tuang adunan yang telah diperap tadi dan kukus selama 15 minit.

5. Setelah masak, keluarkan apam dan masukkan ke dalam pinggan. Tabur kelapa parut di atasnya.

6. Sedia dinikmati.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI