Apam Balik: antara makanan legend dan evergreen yang dari dulu sampai kini disukai ramai. Ada dua jenis, satu yang nipis dan ranggup dan satu lagi tebal dan lembut. Dua-dua menjadi kegemaran masyarakat kita. Kalau di Indonesia ia dipanggil Murtabak. Walau namanya lain, tapi rasanya masih sama. hari ini orang dah mula pelbagaikan flavour nya. Dari yang basic cuma kacang tumbuk, jagung dan gula, ia mula beperisa nuttela, coklat, durian , kaya dan banyak lagi. Ada juga yang letakkan pisang. Jom kita cuba buat sendiri jom.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 1/2 Cawan air
  • 1/3 Cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh yis mauripan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Secubit garam

BAHAN TABUR:

IKLAN
  • Kacang tanah yg telah di kisar
  • Gula
  • 1 tin Jagung
  • KALAU NAK KELAINAN BOLEH LA LETAK NUTTELA , DURIAN ATAU KAYA.

CARA MEMASAK

IKLAN
  1. Blender telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan soda bikarbonat, yis, minyak masak dan garam, blend lagi.
  3. Masukkan air, tepung,. Setiap kali masuk bahan tekan blend
  4. Apabila bancuhan sudah sebati, rehatkan 1-2 jam
  5. Gunakan kuali non stick ( tak perlu letak minyak)
  6. Masukan bahan-bahan tabur biarkan sehingga masak kemudian lipat.
  7. Sedia untuk dimakan

Info: Apam Balik juga sekarang turut dihidangkan di majlis-majlis rumah terbuka hari raya dan kenduri kahwin.

IKLAN

Apam Balik Homemade Ala Pasar Malam. Letaklah Isi Sebanyak Mana Pun Boleh!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI