Apam Balik Rangup Paling Senang Buat & Sedap .

Share

Sekarang ni kalau teringin makan Apam Balik, tak perlulah nak beli kerana, ia sangat mudah disediakan sendiri dan isiian boleh korang letakkan ikut cita rasa sendiri, Yang penting reipi yang RASA kongsikan ini sungguh rangup, Kalau buat mesti anak-anak tunggu mak masak kat dapur. Tak percaya korang cuba dulu buat.

 

APAM BALIK RANGUP
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
8 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan gula pasir


1 sudu maana susu tepung
150ml air
1/2 sudu teh soda
Secubit garam
.

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan dalam mesin pengisar, kisar hingga halus.
  2. Tapiskan ke dalam mangkuk.
  3. Panaskan kuali, gunakan senduk gulai, masukkan adunan ke dalam kuali kemudian ratakan.
  4. Gunakan api sederhana, apabila separuh garing tambah ke dalamnya bahan isian yang anda suka seperti jagung dalam tin, colat urai, keju atau apa sahaja ikut citarasa.
  5. Setelah masak dan betul-betul garing, lipat dua dan hidangkan.
Published by
Norasida Myasin