Saiznya yang comel dan berwarna warni memang menarik perhatian. Apam comel ini lebih sedap kerana mempunyai filling dan bentuknya pun kecil sebesar ibu jari buat ketagih nak makan.Satu adunan ini boleh dapat lebih kurang 50 biji. Jangan biarkan adunan ini terlalu lama terdedah di luar sebelum dikukus, nanti apam anda akan menjadi keras. Ramai juga menjana pendapatan dengan berniaga apam ni, bolehlah cuba nanti.
Apam comel ( polkadot)
Bahan-bahan:
4 biji telur gred A (dari peti sejuk)
280 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair (dari peti sejuk)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna
filling blueberry/ strawberry
Paper cup
Cara membuat:
1.Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan menjadi putih dan pekat kalau dicedok seperti bertanduk.
2. Ayak tepung bersama baking powder.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu, (tepung + susu + tepung + Susu + tepung) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
6. Masukkan paper cup ke dalam acuan lompang.
7.Picitkan adunan ke dalam paper cup (setengah/separuh sahaja). Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
8.Picit lagi adunan sama warna sehingga hampir penuh. Buat corak yang disukai pakai warna yang berbeza.
9. Kemudian panaskan pengukus, setelah air betul-betul mendidih kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.( Jika api besar apam akan merekah)
Kredit: Nur Masri