Bentuk apam yang menarik macam kun aiskrim buat rasa geram nak menikmatinya. pasti anak-anak suka menikmati dengan bentuknya yang comel. Boleh buat untuk hidangan minum petang ini.
Teringin makan samosa tetapi tak tau macam mana nak buat? Ini dibawakan secara DIY cara membuat samosa menggunakan kulit popia yang senang sesangat. Kalau ikut langkah demi langkah gerenti jadi punya.
Selain sedap dan ringkas resipinya, apa kata anda buat lebih kemudian frozenkan dan boleh jual di kalangan rakan-rakan. Mana tahu boleh dijadikan bisnes sampingan untuk pendapatan tambahan.SAMOSA SAYUR BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
20 keping kulit popia
1/2 cawan daging kisar
1 cawan hirisan kubis
1 cawan parutan lobak merah
1 biji bawang merah | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Sedikit lada sulah
Minyak masak | untuk menumis
.LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
LANGKAH 2: Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
LANGKAH 3: Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
LANGKAH 4 : Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan .Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi dan kemaskan lipatan dengan sapukan sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
.
LANGKAH 5: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng Samosa hingga kuning keperangan.
Kalau dengan tauhu berlauk ni , sekali makan pasti tak puas. Nak kena menghadap , makan pula dengan cili kicap , memang susah nak berhenti. Boleh buat untuk minum petang nanti. Kalau nak lebih sedap boleh letak daging atau udang pun boleh.
Bahan-bahan:
2 pek tauhu telur
2 keping tauhu putih
2 biji telur
½ sudu makan garam
½ sudu makan lada hitam dan lada putih
lobak merah
daun sup
daun bawang
1 keping dada ayam
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan-bahan di atas sampai hancur. Masa kisar tu tak payah letak air sebab bahan-bahan semua tu lembut.2.Kukus 15 minit3.Ni rupa dah siap kukus.4.Ni rupa dah goreng..nak goreng tu celup dulu dengan telur & lepas tu goreng sampai perang.5.Siap..saya makan dengan cili kicap.
Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang ya mat ni. Yang penting suami dan adik-adik kata sedap. First time buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi