Sudah terbiasa menghidangkan keluarga menu minum petang. Kadang kala buntu juga nak fikir kuih muih yang sedap dan mudah buat. Apam ada pelbagai jenis , malah ada yang biasa dan juga berinti. Boleh letak inti kelapa dan juga inti kacang merah. Comel dan gebu, memang geram nak makan.
Apam inti kacang merah
Ads
Bahan-bahan:
2 sudu teh yis
Setengah cawan air suam @100ml
1 sudu teh gula
Bancuh gula hingga larut kemudian tambah yis.. kacau-kacau sehingga sebati. Biar sekejap hingga berbuih,
1½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras cap teratai
1 cawan gula nak kurang manis guna ¼ sahaja gula, sbb inti kacang merah dah manis,
1 cawan air bersamaan 200ml
Nak letak esen boleh je ye.. dan pewarna yang disukai
Ads
Cara memasak:
1.Tepung gandum tepung beras gula dan air sekalikan dalam bekas.
2.Kacau-kacau guna senduk bagi dia tak berketul-ketul.
3.Kemudian tuang adunan yis.. Kacau lagi bagi adunan betul-betul sebati.
4.perap 40minit bagi adunan naik ye.
5.Dah naik kacau-kacau lepastu ikut suka nak letak pewarna apa.
6.Acuan disapu minyak terlebih dahulu..
7.Sudukan adunan kemudian letak inti kacang merah.
8.Kukus 20-25minit
Ads
Kredit: Lydia Na
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Churros memang sedap dimakan sebagai kudapan. Lembut, rangup dapat pulak dicecah dengan sos coklat memang padulah. Resipi Churros ni memang istimewalah banyak tip dan teknik yang diikongsi oleh pemilik resipinya.
CHURROS
°°°°°°°°°°°°
BAHAN-BAHAN :
1 cawan air*
1 sudu besar mentega/margerin
1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu)
1 sudu teh esen vanila*
Secubit garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur B
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan-bahan bertanda * dlm kuali (guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut, biarkan mentega tu cair….
2. Tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan. Terus je balik-balikkan tepung tu sampai doh yang lembut terhasil, kalau doh tu berketul, pedulikn jee…
3. Telur pukul sikit dan tuang dalam doh. Doh masih panas, jadi terus aje uli-uli dengan senduk. Bila doh dah sejuk sikit dan boleh dipegang, ulilah dengan tangan sampai betul-betul sebati dan takde lagi ketulan tepung.
Tip : Doh yang cantik adalah doh yg licin dan agak kenyal. Tak melekat dekat tangan.
4. Masukkan doh dalam piping beg. Guna star nozle dan paipkan atas dulang yang dialas baking paper (tujuan tak bagi melekat aje)
Sementara dok paip Churros tu, bolehlah la panaskan kuali minyak.
5. Goreng sehingga keemasan dan diangkat.
6. Sira dgn gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih umph kalau cecah dalam sos coklat.
SOS COKLAT
°°°°°°°°°°°°°°°° BAHAN-BAHAN :
100gm coklat masakan
1 sudu mentega (sy guna 2 sudu minyak jagung je)
– cairkan secara double boil
Tip nak dapatkan Churros yang best dan menjadi :
1. Ada beberapa resepi Churros yang empunya resipi dah cuba tetapi baginya ini yg terbaik. Rangup di luar, lembut di dalam.
Ada resepi saya buat, Churros saya keras macam belimbing besi,sebab tepung yg berlebihan. TEPUNG 1 CAWAN dah cukup ye, kalau lebih, confirm boleh baling dinding.
2. Masa nak masukkn & tepung, kebanyakan resepi suruh perlahankan api, Tapi saya TUTUP API masa tu.
Ikut petua, jangan uli tepung dengann air yang menggelegak, ini untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dn kerangupan tu tahan lebih lama…
3. Kalau agak agak doh panas lagi tak boleh uli dengan tangan, boleh je tunggu kejap, no hal Ambil masa anda untuk uli doh untuk uli doh bagi licin ye, tak perlu tergesa-gesa sebab kuih ni takde istilah bantat ke ape…
4. Seeloknya guna piping beg yang tebal kalau tak nak 10 kali tukar bag, kalau piping bag nipis mudah pecah.
5. Guna star nozle untuk corak belimbing yg cantik. Kalau nak guna acuan samprit pun boleh. Pada yang tak pentingkan rupa, nak gentel aje pun takde masalah.
Saiz Churros saya ni, agak dlm 2 inci setiap satu.
6. Pada yg expert pro master boleh je paip terus dalam minyak yang panas. Bagi amatur boleh paip dulu semua dalam dulang, biar saiznya seragam paip dulu semua dalam dulang untuk seragamkan. Selepas itu baru masukkan dan goreng baru campak semua sekali dlm kuali, masak pun seragam je.
Kita beruntung sebab Malaysia ada banyak sangat resipi yang sedap-sedap untuk dicuba. Kalau teringin nak makan mi, beratus-ratus resipi enak yang ada. Salah satu yang popular adalah Mi Jawa. Kuah Mi Jawa ni dihasilkan dari keledek dan udang kering yang memekatkan lagi kuah. Rasa memang padu. Cubalah!
BAHAN-BAHAN:
1 kilo mee kuning – celur
2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan kisar
1 cawan udang kering – goreng dan kisar
1 cawan udang hidup – rebus dan kisar
5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau
Bahan Kisar (A):
15 tangkai cili kering – kisar
5 ulas bawang putih – kisar
8 ulas bawang merah kecil – kisar
1 inci halia – kisar
Sikit belacan – bakar
Bahan Hiasan:
Telur rebus – potong separuh
Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecik-kecik
Cili hijau dan cili merah dihiris
Bawang goreng
Daun saderi dan daun bawang, dihiris
Taugeh – celur
Limau kasturi – belah
CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia.
Panaskan minyak di dalam periuk. Pastu tumiskan bahan yang dah kisar dalam Bahan Kisar (A) sampai naik bau.
Masukkan udang-udang yang dah kisar halus dan gaul sampai sebati.
Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih, masukkan keledek yang dah dikisar.
Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tu tambahkan je air.
Last sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya. Kuah mee jawa ni agak manis sket. Boleh ubahsuai rasa ikut citarasa.
CARA MENGHIDANG:
Masukkan mee yang dah dicelur tu dalam mangkuk.
Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.
Curahkan 1 atau 2 senduk kuah kat atas mee. Letak telur rebus yang dah potong kat atas.
Akhir sekali tabur daun saderi, daun bawang dan limau kasturi.
Petang-petang begini memang enak kalau dapat nikmati aneka makanan celup tepung seperti pisang goreng. Pekena pula dengan teh atau kopi panas. Memang layan! Cuma kadang-kadang nak dapatkan bancuhan tepung gorengan yang sempurna tu agak susah. Tapi jangan risau sebab ni ada resipi mudah perkongsian dari saudari Aini Ahmad yang boleh dicuba. Moga bermanfaat!
RESIPI TEPUNG BANCUHAN PISANG GORENG
YANG RANGUP & BERKERAK
BAHAN-BAHAN:
450ml air
2 cawan tepung gandum
4 sudu makan tepung beras
4 sudu makan marjerin
1 sudu teh garam – agak-agak
1 sudu teh serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, tepung gandum dan tepung beras ke dalam mesin pengisar / blender.
2. Kemudian tambahkan marjerin, garam secukup rasa dan serbuk kunyit.
3. Kisar hingga semua bahan sebati dan menjadi bancuhan yang tidak berketul dan lembut.
4. Sedia untuk dicelup dengan pisang atau lain-lain bahan ikut citarasa.
5. Goreng dengan minyak yang panas hingga kekuningan dan garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.