Sudah terbiasa menghidangkan keluarga menu minum petang. Kadang kala buntu juga nak fikir kuih muih yang sedap dan mudah buat. Apam ada pelbagai jenis , malah ada yang biasa dan juga berinti. Boleh letak inti kelapa dan juga inti kacang merah. Comel dan gebu, memang geram nak makan.
Apam inti kacang merah
Bahan-bahan:
2 sudu teh yis
Setengah cawan air suam @100ml
1 sudu teh gula
Bancuh gula hingga larut kemudian tambah yis.. kacau-kacau sehingga sebati. Biar sekejap hingga berbuih,
1½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras cap teratai
1 cawan gula nak kurang manis guna ¼ sahaja gula, sbb inti kacang merah dah manis,
1 cawan air bersamaan 200ml
Nak letak esen boleh je ye.. dan pewarna yang disukai
Cara memasak:
1.Tepung gandum tepung beras gula dan air sekalikan dalam bekas.
2.Kacau-kacau guna senduk bagi dia tak berketul-ketul.
3.Kemudian tuang adunan yis.. Kacau lagi bagi adunan betul-betul sebati.
4.perap 40minit bagi adunan naik ye.
5.Dah naik kacau-kacau lepastu ikut suka nak letak pewarna apa.
6.Acuan disapu minyak terlebih dahulu..
7.Sudukan adunan kemudian letak inti kacang merah.
8.Kukus 20-25minit
Kredit: Lydia Na
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Belacan Sedap & Tahan Lama. Begini Cara Buatnya.
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cik CA. Nampak mudah dan sedap. Persis resipi dan cara orang tua dulu-dulu. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
RESIPI SAMBAL BELACAN SEDAP, MUDAH & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
- 4 ulas bawang merah saiz 50 sen ( kalau saiz besar bawang bombay, guna 2 biji dah cukup )
- 2 ulas bawang putih
**( Alirkan @ basuh bawang bawah air paip sekejap, belah dua dan bakar atas pan sampai perang. Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi ambik masa lama sikit untuk masak.Takpa bagi hangit kulit tu. Nanti nak kisar baru kupas. Tak perlu basuh dah)
- 1 inci belacan bakar juga ( alirkan bawah air juga sebelum bakar )
- 5-6 biji cili merah besar
- 9-10 biji cili padi hijau thai – buang tangkai
- 3 sudu makan gula putih
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk perasa
- 2 sudu makan cuka
- 9-10 biji limau kasturi saiz kecik ( kalau saiz sederhana besar guna 6/7 biji sahaja)
- 1 sudu makan gula perang – untuk cantikkan sambal
NOTA: Panduan sukatan diatas adalah untuk 1 bahagian sambal. Jika nak buat lebih, gandakan sahaja bahan-bahannya.
CARA MEMASAK:
1. Potong cili, alirkan bawah air sekejap sambil gosok dan tos biar kering.Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga nak bagi sambal sedap.
2. Dalam pengisar,masukkan bawang bakar, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan,bawang putih dan tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk.
3. Lepas tu kisar bagi lumat atau hingga dapat tekstur yang anda mahu.
4. Kemudian barulah masukkan cili bersama 1 1/2 biji kulit limau kasturi ( tanpa sebarang biji dan tangkai). Kisar ikut tahap lumat yang andaCA suka 80-85% lumat je.
5. Seterusnya tabur parutan kulit limau kasturi yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi (kalau suka.) Lepas tu boleh rasa sambal dan ubahsuai rasa ikut citarasa masing-masing.
6. Simpan sampan dekat luar semalaman. Esok baru simpan dalam peti dan mula makan. Makin lama makin sedap rasa sambal ni.
SILAKAN SHARE TAK PERLU MINTA IZIN YA. CA HALALKAN.
INFO DARI CIK CA:
- CA sekeluarga ni jenis hantu sambal belacan. Sekali buat stok tu dia. Buat cicah dengan ikan sardin goreng,ulam. Aduhhh pekat kaw. Makan dengan semua benda sambal ni.
- Tak guna air kosong masa kisar sambal. Air hanya dari air bawang, cuka, air asam limau kasturi.
- Sambal dalam gambar ni CA buat 5 kali ganda sukatan. Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja sukatan di bawah. Sambal ni pedasnya level rendah sebab guna cili merah besar banyak dari cili padi hijau thai.
- Sambal ni tak perlu tumis ya. Memang warnanya cantik macam tu sebab ia akan masak sendiri perlahan-lahan hasil air perahan limau. Makin lama makin sedap rasanya.
- Resepi CA bgi ni untuk 1 sukatan senang nak buat sikit. CA buat dalam gambar tu 5 kali ganda .
Kredit resipi & foto: Cik CA
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Cara Masak Sizzling Yee Mee Homemade Guna Kuali Biasa.
Biasanya kalau rasa nak makan Sizzling Yee Mee, kena ke kedai sebab dekat rumah tak ada hot plate. Tapi rupanya, walaupun tak ada benda tu, boleh je masak Sizzling Yee Mee homemade yang sedap. Menerusi resipi perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa, beliau hanya guna kuali biasa je. Hasilnya memang sedap dan tak perlu dah makan di kedai lagi. Jom cuba!
RESIPI SIZZLING YEE MEE
BAHAN-BAHAN ( sukata 3 orang makan):
- 3 gulung yee mee
- 5 ulas bawang putih – dicincang halus
- 1/2 inci halia – dicincang halus
- Ayam – dipotong kecil
- Cendawan shitake kering @ basah
- 5 biji cili kering – dipotong-potong
- 4 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan kicap cair
- 3 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 ketul kiub ayam
- 2 @ 3 sudu makan tepung jagung (tambah sedikit air)
- Minyak untuk menumis
- 4 cawan air @ lebih
CARA MEMASAK:
1. Masukkan minyak bijan dan minyak masak. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam.
5. Biarkan mendidih dan ayam masak. Masukkan cendawan. Biarkan 2 – 3 minit.
6. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
7. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 6 untuk hidangan yee mee yang lain.
INFO:
1. Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat daripada besi. Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat, jangan buang sebaliknya cuci bersih sehingga hilang semua karatnya.
2. Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yang kering.
Kredit resipi & foto: Tuan Adriana Arissa
Pai Cendawan Paling Mudah Tanpa Pastri, Guna Roti Paratha Aje.
Ni ada resipi istimewa pai cendawan berinti ayam yang sedapnya ya amat. Mudah aje buat dia tak payah buat kulit pastry pun.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Wawa’s Kitchen yang mudah dibuat ni.Tapi boleh jadi kudapan dan sarapan yang mengenyangkan. Anak anak mesti suka.
BAKED CHICKEN MUSHROOM PIE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit pai :
- Roti paratha | lembutkan dan belah kepada 4 bahagian
Bahan inti :
- Setengah biji bawang Holland | potong dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- Cendawan butang | potong dadu
- Isi ayam cincang @ potong dadu..| boleh digantikan daging
- Sos tiram
- Serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil tepung gandum
Cara membuat inti :
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing
- Masukan ayam dan biar masak sekejap
- Kemudian masukkan cendawan
3. Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam..tambah sedikit air
4. Kacau dan masak sehingga pekat, akhir sekali baru masukkan 1 sudu kecil tepung gandum.
5. Sejukkan
Cara membuat pai :
- Panaskan oven sebelum membakar
2. Ambil roti paratha yang sudah dipotong 4 tadi, ambil 1 bahagian
3. Letakkan inti dan cantumkan macam buat karipap. Tekan tepi roti dengan garfu
4. Sapukan permukaan puff dengan kuning telur dan bakar di dalam oven.
Sumber :FB : Wawa’s Kitchen