Kata orang kalau nak makan puas kenalah buat sendiri, bukan sahaja puas makan tapi puas hati dan berbaloi. Lagi pun resipi dan cara membuatnya sangat mudah. Korang bolehlah cuba untuk tambah menu berbuka nanti, gerenti anak-anak suka menikmati apam yang gebu dan lemak manis ni. Resipi boleh follow je di sini.

APAM JAGUNG SUSU SAJI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandung
1 sudu makan yis
4 sudu makan gula | tambah gula jika ingin lebih manis
3/4 cawab air
3 sudu makan susu saji perisa jagung.

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Campurkan tepung, yis gula dan air, kacau sebati.
  2. Kemudian tambahkan susu saji perisa jagung, kacau lagi hingga sebati.
  3. Perap sampai kembang (15-20 minit), kemudian kacau semula.
  4. Sapukan acuan dengan minyak, kemudian tuangkan adunan dalam acuan separuh acuan sahaja.
  5. Biarkan kembang, sementara itu panaskan pengukus.
  6. Setelah kembang semula, baru kukus.
  7. Kukus 10-15 minit. Jika menggunakan loyang kukus hingga 40 minit.

Kredit badariah abdrahman
Resepi Masakan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI