Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap. Resipi Ori Gebu Lembut.

Share

Apam Johol ni yang buatkannya istimewa kerana ia dibalut dengan daun rambai. Sebab itulah rupanya begitu menyelerakan dan aromanya kekal harum merangsang selera. Kalau kat nogori kuih ni sedap dimakanatau dicicah dengan rendang atau sambal tumis.

Kalau nak tahu kenapa namanya Apam Johol, hah betul lah tekaan korang tu sebab kuih tradisional ni berasal dari Negeri Sembilan aka Nogori. Johol tu salah satu mukim yang terletak dalam daerah Kuala Pilah. Eh, cerita geografi la pulak.

Jom kita turunkan resipi ni pada anak muda, resipi perkongsian dari FB Resipi Apam Sedap. Meh cuba ya.

APAM JOHOL

BAHAN-BAHANNYA :

  • Daun rambai secukupnya
  • 300gm tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 100gm gula merah | larutkan dengan 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 bungkus ibu roti mauripan

CARA MEMASAK :

  1. Satukan marjerin dengan tepung sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan ibu roti dan gula pasir ke dalam tepung.
  3. Tuangkan larutan gula melaka yang telah ditapiskan kedalam adunan sedikit demi sedikit.
  4. Bancuhan adunan jangan terlalu cair.
  5. Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda / perap sehingga 3 jam

6. Pastikan sebelum dibungkus dengan daun rambai, daunnya mestilah dipotong dan telah dibersihkan.

7. Sebelum dibungkus dengan daun rambai, permukaan daun hendaklah disapukan minyak masak sedikit kemudian baru diletakkan bancuhan adunan.

8. Letakkan 3/4 penuh adunan pada daun. Ini kerana adunan akan mengembang apabila dikukus.

9. Kukus kuih selama 15 minit atau sehingga masak.

Foto yang dilampirkan ini untuk bancuhan untuk 400 ketul Apam Johol .

Oleh: KT APAM JOHOL via FB Resipi Apam Sedap

 

Published by
Faridah Talib