Mulut terasa nak kunyah sesuatu untuk minum petang. Fikirkan bahan apa yang ada di dapur dan menu yang boleh dihasilkan. Nampak ada yis jadi bolehlah buat apam kampung. Dah lama mengidam nak merasa apam kampung buatan sendiri.

Resipi Apam Kampung

Bahan-Bahan A

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
2 helai daun pandan (masak dengan air kemudian tapis)
# campurkan air, gula merah, dan gula pasir kemudian masak hingga larut lepas itu tapis dan sejukkan.

Bahan-Bahan B
1 sudu kecil gula halus
11 gm yeast mauripan
1/2 cawan air suam
# pada bekas lain satukan semua bahan B kemudian kacau rata selama 4 minit atau hingga berbuih, biarkan sekejap.

Bahan Bahan C
4 cawan tepung gandum
secubit garam

IKLAN

Cara memasak:

1. Siapkan bekas yang besar kemudian masukkan semua bahan C ke dalam bekas dan masukkan air gula (bahan A) lepas itu kacau hingga sebati menggunakan whisk.

2. Apabila sudah sebati masukkan bahan B dan gaul hingga sebati kemudian perap selama lebih kurang 1 jam.

3. Siapkan loyang bersaiz 11 inci yang sudah disapukan minyak dan tuang adunan ke dalam loyang, supaya air kukusan tidak menitis pada apam tutup loyang dengan kertas alumunium.

4. Kukus adunan dengan api besar selama 35 – 45 minit atau hingga masak. Akhir sekali, angkat dan biarkan sejuk.

5.Nak makan tabur kelapa parut.

*Kelapa parut kukus sebentar dan tabur sedikit garam

Cuba lah..
😋💞

Kredit resipi & foto: Rozelkitchen