Apam kampung sering dihidangkan untuk sarapan pagi tapi boleh juga untuk minum petang. Tekstur apam yang bersarang, kenyal dan sedap dimakan bersama kelapa parut yang sudah digaul dengan secubit garam.
Sedapnya kalau dapat makan kuih Bingka Roti panas-panas. Lemak, manis…Memang kena dengan selera. Jadi puan-puan, jika di rumah anda ada lebihan roti, bolehlah cuba buat Bingka Roti ni. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Shameema Ahamed ni tidak menggunakan ketuhar. Guna pemanggang ajaib je. Hasilnya memang cantik dan masak sekata. Jom cuba!
RESIPI BINGKA ROTI BAKAR GUNA PEMANGGANG AJAIB
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti gardenia
2 biji telur – pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
400ml santan – 200ml santan KARA + 200ml air (sy ltk pewarna hijau dan esen pandan)
100ml full cream milk – boleh guna susu segar@susu cair
1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMASAK:
Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.
Dalam bekas lain, satukan susu, santan, gula, garam, telur, esen vanilla dan pukul hingga sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan adun lagi supaya tepung tidak berketul. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk roti tadi.
Biarkan roti terendam sebentar dalam masa 15-20 minit.
Tuang campuran roti ke dalam pemanggang ajaib dan bakar hingga masak menggunakan api paling kecil. Kena selalu periksa kuih supaya tidak hangit. ( empunya resipi bakar dalam 20 minit kemudia terbalikkan dan bakar lagi selama 20 minit.)
Bila kuih Bingka sudah masak, sejukkan dan barulah dipotong. ( empunya resipi alas adunan kuih menggunakan baking paper supaya ia mudah dikeluarkan bila masak.)
Malam ni jom kita makan dari kebiasaan. Apa kata nikmati apam lenggang yang boleh dimakan begitu sahaja mahupun dipadankan dengan sambal bilis. Dari satu mungkin berkeping anda menikmatinya. Ada resipi yang menggunakan nasi dan ada juga yang menggunakan ragi.Cara orang lama ialah menggunakan nasi sejuk. Apabila bancuhan diperap, rasa yang enak dari beras dan tekstur yang lembut dan gebu akan terhasil.
Apam lenggang lemak manis
Bahan2 2 cawan tepung beras 1-2 sudu makan yis kering tp xyah membukit 3 sb gula
Sedikit garam
3/4 cawan air suam
Satukan dan kacau ttup biar 30 mnt
Bukak ttup masukkn 1 biji telur
1/2 cawan santan pekat kalau xde pakai je susu segar kacau rata adunan
Panaskan kuali letak minyak sket atas tisu dan sapukan pd kuali non stick lg bagus
tuang 1 senduk dan lenggang kan kuali tu.. ttup pakai ttup periuk sekejap 3mnt sekejap je xyah lama2 sgt nnti hangus plak.. dh siap, blh gulung kan..
Teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Jihan Zahira ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BUBUR ASYURA UTARA
BAHAN-BAHAN:
1kg beras – rebus beras sampai jadi bubur
1kg santan
½ kg kacang hijau
½ kg kacang kuda
½ kg kacang tanah- sangai dan buang kulit
1kg ubi keledek merah
5 tongkol jagung
1kg gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan
3 sikat pisang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus kacang hijau dan kacang kuda ( rebus asing-asing) sampai lembut. Kemudian masak santan dan ubi dalam kawah sampai ubi empuk.
2. Bancuh tepung, gula, garam dan air hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam kawah. Kacau lagi hingga mendidih.
3. Masukkan semua jenis kacang dan jagung. Kacau lagi sampai betul-betul masak.
4. Masukkan pisang dan kacang tanah yang telah disangai dan dibuang kulit. Kacau lagi hingga semua likat.
5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!