Apam kampung sering dihidangkan untuk sarapan pagi tapi boleh juga untuk minum petang. Tekstur apam yang bersarang, kenyal dan sedap dimakan bersama kelapa parut yang sudah digaul dengan secubit garam.
APAM KAMPUNG GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan nasi sejuk
- 2 sudu besar tapai nasi
- 1 cawan air gula merah
- 1/2 cawan gula pasir (ikut siapa suka manis boleh tambah )
- 3 cawan air
- 11gm yis
- Kelapa parut putih (letakkan secubit garam)
CARA MEMASAK:
- Kisar nasi, tapai nasi dan gula hingga hancur.
- Masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis.
- Selepas itu adunan yang dikisar tadi. Masukkan air gula merah dan kacau perlahan supaya adunan tidak bergentel
- Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak sedikit pekat dan tidak cair. Ikut sukatan air yang sepatutnya.
- Sediakan bekas yang diletakkan sedikit minyak dan masukkan dalam acuan kesukaan anda. Jangan penuh sangat sebab akan berkembang.
- Panaskan kukusan dan kukus hingga masak dalam anggaran 25 minit.
- Hidangkan bersama kelapa putih yang diletakkan sedikit garam.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rohani Ronnie
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Boleh Buat Sendiri 2 Menu Olahan Dari Durian Yang Sungguh Sedap Ini.
DURIAN atau nama saintifiknya ‘Durio’, buah tropika berasal dari Asia Tenggara ini terkenal dengan jolokan ‘Raja Buah’. Ia mempunyai isi yang lembut, rasa manis dan sangat sedap. Raja buah ini juga berkhasiat dimakan sebaik saja buahnya gugur. Durian antara buah-buahan tempatan memiliki banyak khasiat. Kepada pencinta durian berikut dua menu olahan dari durian yang sedap boleh korang semua cuba.
.
KUIH CARA DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- 260gm tepung gandum
- 240gm gula
- 500 ml santan kotak
- 250 ml air
- 6 biji telur saiz A
- 300gm puri durian
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
- Sebatikan isi durian bersama gula di dalam mangkuk besar.
- Masukkan minya, gaul rata.
- Seterusnya tambah santan dan tepung secara berselang seli. Kacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan telur, vanila dan garam kacau rata lagi.
- Panaskan acuan kuih cara atas dapur. Setelah panas sapukan minyak.
- Tuangkan aduan 3/4 acuan dan tutup acuan dengan tudung periuk.
- Bakar lebih kurang 12-15 minit.
- Setelah masak angkat dan ulang bakar hingga habis adunan.
- Sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
.
BUBUR CANDIL DURIAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN ISI:
- 4 cawan tepung pulut
- Air secukupnya
- Perwarna merah, kuning dan hijau
BAHAN UNTUK KUAH:
- 150 puri durian
- 1/2 cawan gula pasir
- 3 cawan santan
- 1 helai daun pandan
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, tambahkan air ke dalamnya sambil uli hingga menjadi doh lembut dan boleh dibentuk.
- Bahagikan kepada tiga Bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna kuning, merah dan hijau.
- Ambil secubit adunan dan bentukkan bulat-bulat kecil. Lakukan cara yang sama untuk semua warna hingga siap.
- Panaskan air dalam periuk, kemudian masukkan satu satu persatu warna adunan pulut tadi.
- Apabila timbul, angkat menggunakan penapis dan masukkan dalam air sejuk.
- Seterusnya sediakan kuah. Masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan gula dan secubit garam.
- Renehkan atas api sederhana, sentiasa kacau hingga santan mereneh.
- Setelah mereneh masukkan puri durian, kacau seketika dan tutup api.
- Campurkan biji-biji pulut tadi dan sedia dihidangkan.
Buat Kuih Cara Manis Guna Acuan Takoyaki, Mudah Dan Puas Makan
Teringin nak makan kuih cara, acuan pula tak ada. Acuan takoyaki adalah, tapi boleh saja kita olah cara kita. Comel pula buat kuih cara manis guna acuan takoyaki ni,makan pun senang. Seketul tu sekali ngap je.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A – pukul dulu
2 cawan santan
1 cawan air pandan – kisar 4 helai daun pandan & 1 cawan air.Tapiskan
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla – jika suka
Pewarna hijau
CARA MEMBUAT :
1) Masuk semua bahan-bahan di atas dalam bekas. Gaul rata.Tuang dalam blender,kisar halus.
2) Tuang dalam jag sederhana.Panaskan acuan takoyaki atas dapur gas. Api perlahan. Sapu minyak.
3) Tuang adunan penuh dalam acuan. Biarkan seketika,baru letak sedikit gula dalam adunan.Tutup dengan penutup periuk. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan dekat tepi kuih,boleh angkat & keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.
4) Untuk tuang adunan seterusnya,mesti kacau-kacau dulu adunan dalam jag,baru tuang.
5) Ulang sehingga habis adunan.Siap untuk dinikmati.
Kredit: Zura Zul
NAK BELI BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Suka Makan Popia & Lumpia Sedap? Ini Resipi Mudah Anda Boleh Cuba.
Rasa: Jelajah Rasa Nusantara sekali lagi membawa anda menjelajah negara seberang; Indonesia bersama Adam Didam dan Ili Sulaiman untuk belajar cara-cara menghasilkan hidangan Lumpia yang sangat sedap dan enak. Lumpia ini sekali pandang seakan-akan Popia. Adakah sama Popia yang ada di Malaysia dengan sajian Lumpia ni. Kalau nak tahu, jom lihat resipi dan cara-cara penghasilan kedua-dua hidangan ini
1. POPIA
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 ulas bawang putih | cincang
- 2-3 keping tauhu | cincang halus
- 1 batang lobak merah | potong julienne
- ½ biji sengkuang | potong julienne
- Garam dan gula secukup rasa
- Kulit popia bulat secukupnya | boleh beli di pasaraya
- Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Kemudian masukkan tauhu. Goreng lagi hingga tauhu keperangan.
3. Tambahkan lobak merah dan sengkuang. Masak hingga lembut namun tidak terlalu lembik.
4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
5. Ambil kulit popia, sudukan inti dan gulung dengan kemas. Goreng hingga garing.
6. Angkat dan sapukan sos pada popia dengan secukupnya. Tabur bawang goreng serta daun bawang untuk rasa lebih enak.
2. LUMPIA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tauge
- 2 cawan parutan lobak merah
- 8 helai daun bawang | hiris halus
- 4 keping tauhu | dipotong halus
- 4 keping telur dadar | hiris halus
- 1 keping dada ayam rebus | carik isinya
- Garam dan gula secukup rasa
- Kulit popia secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
- 2 sudu makan tepung gandum | bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam
CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas yang besar, satukan tauge, daun bawang, tauhu dan lobak merah.
2. Masukkan garam serta gula secukup rasa.
3. Seterusnya tambahkan hirisan telur dadar dan isi ayam carik. Gaul hingga sekata.
4. Ambil kulit Lumpia dan sudukan inti dengan secukupnya.
5. Gulung Lumpia dengan kemas dan sapu bancuhan tepung untuk melekatkan kulit lumpia di bahagian hujung.
6. Goreng hingga garing. Sedia untuk dinikmati bersama sos.
Cuba Juga:
- Resipi Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1
- Resipi Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 2
- Resipi Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 3
- Resipi Somtam & Kerabu Mangga dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 4
- Resipi Singgang Asam Pedas Terengganu & Sinigang Filipina dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 5
- Resipi Sate Ayam & Sate Padang dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 6
- Resipi Char Kuetiaw & Pad Thai dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 7
- Resipi Daging Asam & Bo Tai Chanh dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 8
- Resipi Ikan Percik & Sinugno dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 9