
Sapa saja yang tidak menyukai apam. Dah la lembut, gebu memang ketagih nak makan. Apam kampung pandan berinti ini semerbak harum baunya kerana menggunakan air pandan. Nak mudah buat, gunakan acuan lompang.
Apam kampung pandan berinti
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 1/4 air pandan
1 sudu makan yis, dalam 5 gm-BELI ONLINE DI SINI
3/4 cawan gula
Sedikit pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI
Campurkan semua.Perap hingga kembang.
Inti.
1.Kelapa parut muda, gula merah, sedikit gula putih, sedikit garam. daun pandan.Masak hingga kering.
2.Taburkan tepung sikit supaya senang dibentuk bulat kecil-kecil.
3.Acuan sapu minyak.
4.Pengukus panaskan dulu.
5.Adunan dah kembang, dikacau lagi.Letak dalam acuan 1/2 saja.
6.Kemudian letak inti.Letak lagi adunan.Buat sampai habis.
7.Kukus dalam 15 minit.
*Nak banyak adunan buat 2 kali ganda.
Kredit: Badariah Abdrahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 4 Menu Indonesia Yang Mudah & Sedap, Korang Boleh Cuba,

Tak tau nak masak apa hari ni, Apa kata anda sajikan menu nusantara yang ringkas dan sedap. Cita rasa memang kena dengan selera orang Malaysia, cuba cara olahan dan nama menu je yang berbeza. Jadi apa salahnya kita cuba dan variasikan hidangan untuk keluarga. Berikut empat menu Indonesia yang RASA kongsikan, anda boleh cuba.
TEMPE GORENG KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tempe | hiris kecil
- 50gm daging kisar
- 1/2 sudu teg serbuk lada hitam
- 1 tangkai daun bawang | hiris halus
- 50gm keju Cheddar | parut
- 100gm bawang besar | cincang
- 4 biji telur
- 2 sudu makan serbuk roti
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan toskannya.
- Setelah sejuk, hancurkan tempe tersebut dan ketepikan.
- Campurkan tempe yang telah dihancurkan bersama daging kisar dan keju. Gaul rata.
- Masukkan pula bawang besar, hirisan daun bawang bersama garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
- Akhir sekali masukkan serbuk roti dan telur kedalamnya dan adun rata.
- Sediakan loyang yang dialas dengan plastik yang disapu dengan minyak supaya bahan adunan tidak melekat.
- Kukus sajian ini lebih kurang 30 minit atau hingga ia masak.
- Setelah masak, potong dengan saiz dan bentuk ikut cita rasa anda.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan tempe yang telah dikukus tadi hingga kuning keperangan.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos cili
SEMUR BEBOLA DAGING INTI TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging kisar
- 1 biji telur ayam
- 2 biji tomato | potong dadu
- 6 ulas bawang merah |hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | hiris nipis
- 2 sudu makan sos tomato
- 10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- 6 sudu makan minyak masak untuk menumis
- 2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
- 3 sudu makan kicap manis
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh parutan buah pala
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan daging kisar, garam, gula, lada hitam, parutan buah pala, sedikit kicap dan telur. Gaul rasa.
- Ambil sedikit adunan daging, masukkan di dalamnya telur puyuh dan bulat-bulat. Lakukan hingga habis dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bebola daging hingga coklat keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama tumis, hirisan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan sedikit air, biarkan hingga mendidih, masukkan pula bebola daging yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan bahan lain seperti kicap dan parutan buah pala, serbuk lada htan, sos tomato, hirisan kentang .
- Masak hingga kentang empuk, sebelum angkat perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
DENDENG RAGI:
- 600gm daging batang pinang | hiris nipis
- 4 sudu makan minyak masak
- 8 helai daun limau purut
- 250gm kelapa parut
- 250gm air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 10 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 7 biji cili merah
- 3cm lengkuas
- 1 sudu makan ketumbar biji
- 2 sudu makan gula perang
CARA MEMASAK:
- Hirisan daging diketuk dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan daging dan bahan kisar dan daun limau purut. Kacau rata.
- Masukkan air, kecilkan api menjadi sederhana dan biarkan air kering.
- Masukkan pula kelapa parut, terus kacau hingga kering, Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
- Apabila dendeng sudah kering dan cukup rasa, Angkat dan hidangkana panas-panas.
PEPES UDANG TAUHU PEDAS:
BAHAN-BAHAN:
- 200gm udang | saiz sederhana
- 1 biji tomato | cincang
- 200gm tauhu putih | hancurkan
- 3 tangkai daun kemangi | hiris
- 1 biji telur
- 8 biji cili padi | hiris
- 3 helai daun salam | hiris
- 1/2 cawan santan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 batang serai | hiris
- Aluminium foil secukupnya
BAHAN KISAR:
- 2 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1cm haia
- 2cm kunyit hidup
- 3 biji buah keras
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan udang dengan sedikit garam dan air limau nipis, kemudian cuci bersih dan toskan.
- Kemudian campurkan udang bersama tauhu yang telah dihancurkan bersama hirisan cili, tomato, daun kemangi, telur, serai, santan dan bahan kisar.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Ambil aluminium foil, letakkan di atasnya daun salam, kemudian lapiskan dengan adunan pepes.
- Bungkus bentuk empat segi.
- Panaskan pengukus, dan kukus pepes lebih kurang 15 minit.
- Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.
Masakan Tradisi Terlajak Sedap

Jom lihat seleksi resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini. Ada pelbagai hidangan memikat selera warisan orang-orang lama yang boleh anda cuba. Cara penyediaannya tidaklah susah cuma ada sesetengah resipi menggunakan bahan masakan yang jarang kita gunakan dalam masakan seharian seperti daun gelugur, daun nipah, umbut pisang dan sebagainya.
GULAI IKAN DAUN GELUGUR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana | dipotong kecil
10 biji cili padi merah | dikisar
10 biji cili padi hijau | dikisar
2cm kunyit | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
8 helai daun asam gelugur
Santan cair secukupnya
250ml pati santan
250ml air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Daun asam gelugur dimayang halus dan dicelur di dalam air panas sekatika. Ramas dan buang sedikit airnya. Ketepikan.
2.Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
3.Kemudian masukkan ikan dan santan cair secukupnya. Masak seketika sehingga ikan kelihatan agak masak.
4.Seterusnya masukkan pati santan. Kacau hingga sebati dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
5.Setelah kuah kelihatan agak pekat, masukkan hirisan daun asam gelugur.
6.Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Daun asam gelugur berfungsi memberikan rasa masam pada hidangan. Jika tiada, gantikan dengan asam keping.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Isi ikan yang lembut serta kuah yang mempunyai harum daun gelugur
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Didih
Anggaran harga: RM12.00
DAGING SEMUR ALA SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging | dihiris sederhana tebal
12 tangkai cili kering | digunting serong
4 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
5cm halia | dihiris memanjang
50gm biji ketumbar | disangai dan ditumbuk sedikit
2 sudu makan cuka
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam dan gula
Air untuk merebus secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH TUMIS:
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
1.Rebus daging sehingga empuk. Toskan airnya.
2.Kemudian goreng daging sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
3.Seterusnya masak bahan tumis, bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia sehingga wangi.
4.Masukkan kicap pekat, kicap manis dan cuka diikuti daging yang telah digoreng tadi. Kacau hingga semua bahan sekata dengan daging.
5.Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
6.Akhir sekali, masukkan biji ketumbar. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Elakkan menggoreng daging terlalu garing kerana daging akan menjadi liat dan kering.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Sedikit pedas dan berempah
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis
Anggaran harga: RM22.00
KARI UMBUT PISANG DAN TETEL
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging tetel | dihiris nipis
2 batang umbut pisang lembut | dibersihkan dan dipotong serong
50gm serbuk kari daging
4 sudu makan kerisik
5 ulas bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
250ml air
400ml santan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Gaul daging bersama serbuk kari dan kerisik. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
3.Masukkan sedikit air dan daging. Masak sehingga pecah minyak.
4.Seterusnya masukkan santan. Kacau sehingga sebati dan biarkan daging empuk.
5.Tambahkan umbut pisang dan perasakan dengan garam secukup rasa.
6.Setelah umbut kelihatan lembut, angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.
Info chef: Penggunaan daging tetel yang berurat dan sedikit berlemak memberikan rasa yang lebih enak.
Saiz hidangan: 7 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Kombinasi daging dan umbut yang mempunyai rasa tersendiri
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga: RM25.00
Cara Masak Ayam Goreng Rangup Spicy Ala Mekdi.

Hidangan ayam goreng pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Jimat & pasti puas makan. Jom cuba!
AYAM GORENG RANGUP SPICY
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – potong saiz sederhana
- Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
- Sedikit air
BAHAN SADUR:
- Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
- Tepung beras
- Tepung gandum
- Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki
( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Puan Yana
Link asal resipi:https://goo.gl/Cdfyud