Resipi apam kampung ni perlu kita jaga sebab ianya sejenis hidangan tradisional yang sedap dan disukai ramai. Kalau tak dijaga, bimbang nanti makin dilupakan. Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
APAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Resipi oleh Eita Emi dari Telegram KakiMakan Channel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kiub Ayam Maggi Melengkapkan Cita Rasa Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Pucuk Ubi
Sayur pucuk ubi adalah salah satu makanan kampung yang sedap. Selalunya pucuk ubi direbus dan dijadikan ulam. Namun pernah tak korang terfikir nak jadikan pucuk ubi sebagai salah satu bahan campuran dalam masak lemak cili padi?
Kali ini RASA ingin tampilkan resipi ayam yang dimasak lemak cili padi dengan kentang dan pucuk ubi. Tambah sedap apabila dicampur dengan kiub AYAM MAGGI. Memang naik rasa ayam tu apabila masakan ini dimasak menggunakan kiub AYAM MAGGI. Anda tak perlu lagi tambah garam atau gula, sudah cukup lengkap rasanya.
Jadi, jika anda hendak memasak dengan lebih mudah, selalulah ada stok kiub AYAM MAGGI rumah. Selain memudahkan, kiub ini juga menyedapkan lagi masakan anda.
MASAK LEMAK CILI PADI AYAM DAN PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN
10 tangkai cili padi hijau
2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil garam kasar
2 batang serai (diketuk)
600 gram ayam (potong kecil)
500 ml santan cair
3 biji kentang (potong 4)
2 kiub AYAM MAGGI
1 mangkuk pucuk ubi (celur dan toskan)
200 ml santan pekat
CARA MEMBUAT
1. Cili padi, kunyit hidup dan garam kasar dikisar halus lalu dimasukkan ke dalam periuk bersama serai, ayam dan santan cair.
2. Didihkan dengan api yang sederhana sehingga ayam hampir empuk.
3. Masukkan ubi kentang dan didihkan lagi sehingga ayam dan ubi kentang empuk.
4. Masukkan kiub AYAM MAGGI dan pucuk ubi yang telah dicelur.
5. Tuang santan pekat dan didihkan dengan api kecil sehingga semua bahan masak sebati. Sesuaikan rasa dengan gula dan garam jika perlu.
Selamat mencuba!
Jom Tengok Video Step By Step Masak Resipi Ni
Facebook RASA https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/1567454856724142/
Instagram RASA https://www.instagram.com/p/B0IXnXfntyJ/
3 Resipi Makanan Laut Mudah Dari Manisa Cafe. Cepat Dibuat Sedap DiMakan, Cuba Dulu Baru Tahu.
Jika sebelum ini Maliza Ghani dari Manisa Cafe pernah berkongsi hidangan nasi dan lauk pauk raya, kali ini Min nak kongsi 3 lagi lauk makanan laut yang biasa kita dengar ikan bersos lemon, sambal sotong kering dan udang mentega daripadanya.
Sebagai ‘pakar’ masakan yang dah lebih 20 tahun dalam bidang perniagaan makanan, sudah tentulah kepakarannya sukar ditandingi. Lain orang lain cara masakannya. Tapi resipi Maliza ni bukan sahaja senang dibuat, tapi tak sampai 20 minit dah siap. Dah cuba nanti baru tau…
1. ISI IKAN DORI BERSOS LEMON
BAHAN-BAHAN :
- 3 keping fillet @isi ikan dory (150-200 gm tiap keping)
BAHAN SOS :
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 biji bawang besar | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 500 ml air
- 1 biji lemon | perah jus dan parut kulitnya
- 1 sudu makan tepung jagung | dibancuh sedikit air
- Beberapa titik jus pewarna kuning
- 1 biji cili benggala | dipotong kiub
- 2 biji tomato | dipotong kiub
- 1/2 biji nenas | dipotong dadu
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SALUTAN ISI IKAN :
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Goreng dulu fillet ikan dori (disalut tepunghingga garing, ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili benggala hingga naik bau.
3. Masukkan air, jus lemon dan parutan kulit lemon, kacau hingga rata.
4. Masukkan tomato dan nenas, perasakan dengan garam dan gula.
5. Curahkan sos di atas isi ikan dori yang digoreng tadi. Sedia dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng Minyak Penuh
Keistimewaan : Mudah dan cepat dimasak
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Ikan dori biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku. Biarkan ais mencair dahulu dan anda boleh membasuh dengan memasukkan sedikit cuka dan kemudian basuh dengan air seperti biasa. Perapkan sebentar dengan bawang putih dan lada hitam sebelum digolek ke dalam tepung.
2. SAMBAL SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg sotong kering |direndam dahulu dengan air abu selama 3 jam
BAHAN DIKISAR :
- 10 tangkai cili kering | direbus sebelum dikisar
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1/4 keping belacan bakar
- 3 biji buah keras
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan air asam jawa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan -bahan kisar.
2. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan sotong dan biarkan ia masak.
4. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mereneh sebentar dengan api kecil dan padamkan api.
5. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 5- 6 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Selain nasi lemak sambal sotong kering sedap dimakan dengan nasi dan nasi impit.
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Nisbah air abu dan air paip boleh diguna 1:10 bahagian. Bilaskan sebanyak dua kali sebelum dipotong untuk dimasak. Atau anda boleh juga merendam dalam air panas selama sejam selepas dibilas.
3. UDANG GORENG MENTEGA
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg udang
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- * Perap sebentar dan goreng dengan minyak masak
BAHAN SARANG TELUR :
- 2 biji kuning telur
- 1 senduk mentega atau marjerin
- 1 cawan minyak masak
BAHAN SOS BUTTERMILK :
- 2 sudu makan mentega
- 5 biji cili padi | dihiris
- 1 tangkai daun kari
- 1/2 tin susu cair
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Sarang telur :
1. Pukul ringan kuning telur.
2. Panaskan mentega/margerin bersama minyak masak.
3.S ebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk laju- laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
4. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sedikit supaya telur jatuh ke dalam kuali bertekstur halus.
5. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur itu masak berwarna keemasan.
6. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya.
Udang mentega :
1. Goreng udang, toskan minyak dan ketepikan
2. Kemudian panaskan mentega dan masukkan cili padi, daun kari hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan susu cair dan biarkan masak sebentar.
4. Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula
5. Setelah masak bolehlah diletakkan udang di atas sarang telur tadi atau jika suka anda boleh juga taburkan sarang telur di atasnya.
Saiz hidangan : 5- 6 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Keistimewaan : Pedas berkrim dan rasa berlemak mentega dan susu
Anggaran kos : RM 50
Info Chef : Pilih udang segar berdaging pejal, dan usah masak terlalu lama untuk kekal berjus dan manis.
Terima kasih : Manisa Cafe, 16, Jalan Presiden F U1/F, Accentra Glenmarie, Shah Alam, Selangor. FB :manisacatering, IG:manisa_catering
Kek Karamel Pelangi Buat Terliur Nak Makan
Bile tengok kek pelangi yang cantik kejadiannya dengan rasa yang sedap buat kita terlagi-lagi nak makan. Kek ini selain rasanya yang tidak menjemukan,ringkas pula membuatnya. Boleh dihidangkan untuk sajian minum petang.
Kek Karamel Pelangi
Bahan-Bahan
Gula hangus
Bekas bunga @ loyang
2sb gula
Klu bekas bunga plastik.cairkn gula dlm kuali ,lpastu bru ltak dlm bkas
Bahan karamel
4bj kuning telur
1tin susu cair
1/2 tin susu pekat
Adunan kek
3 bj kuning telur
1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking
1 cawan air
1/2 cawan minyak
Adunan merigue
7biji putih telur
1/2 cawan gula halus
1sk tartar
Cara memasak
1.Buat gula hangus ….cair dlm kuali lg senang…dh perang gula tambah air sikit masak bg cair…blh letak dlm loyang @ apa2 bekas yang nk guna…
2.Untuk karemal campur semua sekali pukul manja2 bagi sebati jgn sampai berbuih…lps tu tapis…siap
Untuk kek…pukul gula dan telur bg sebati dan gula hancur kemudian masukkan baking powder..akhir sekali masukkan tepung gandum…pukul bagi sebati…siap
3.Untuk marigue…campur semua bahan …putar hingga putih,kental dan bertanduk bila diangkat…siap..
4.Kemudian…masukkan adunan kek kdalam adunan marigue kaut balik je dgn spatula hingga sebati…dah sebati blh bahagi2 untuk warnakan.
5.Akhir sekali blh lapiskan…dalam loyang @ bekas berisi gula hangus…step pertama masukkan karemal …kalau loyang masukkan habis…bekas kecik ,agak2 je byk mana nk letak.
6.step kedua blh lah lapis kan dgn kek yg dicampur marigue.
7.Dah habis …blh lah bakar kaedah waterbath.
Sblm tu panaskan oven… suhu bergantung pada oven…memasukkan air panas dalam tray masukkan kek yg sudah siap…bakar 1 jam api atas bawah…
Moga berjaya…
kredit : Ummu Jannah