Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
APAM KAMPUNG
Ermmmm sedapnya
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Resipi oleh Eita Emi dari Telegram KakiMakan Channel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI