Apam Pandan Gula Merah Lembut Gebu, Ini Cara Buatnya.

Share

Aoam antara kuih muih yang senang dibuat dan sedap, jadi untuk menikmat keenakan dan puas makan, jawabnya kena buat sendiri. Bahan yang digunakan mudah, murah dan senang membuatnya. Macam biasa resipinya dikongsikan di bawah ini. Apa penting kerajinan untuk membuatnya.

APAM GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:


BAHAN BANCUHAN YIS:
1/2 cawan air suam
4sudu besar gula | kalau nak manis boleh tambah
1peket yis
BAHAN LAIN:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh perisa dan pewarna pandan
1 sudu besar gula merah
Kelapa parut| putih sahaja
Secubit garam
Air secukupnya untuk bancuhan.

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan semua bahan bancuhan yis dalam bekas, kacau dan biarkan naik dan berbuih (kalau tidak naik makna yis rosak).
  2. Masukkan tepung dalam bekas, kemudian tuangkan bancuhan yis ke dalamnya.
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga mendapat bancuhan pekat seperti susu pekat manis.
  4. Biarkan bancuhan naik 2 kali ganda.
  5. Bahagikan kepada dua bahagian, satu perasa pandan dan satu lagi masukkan gula merah dan kacau hingga gula hancur.
  6. Panaskan pengukus dan sapukan acuan dengan minyak masak.
  7. Sudukan adunan gula merah dalam acuan diikuti adunan perasa pandan hingga 3/4 acuan.
  8. Kukus selama 10 minit jika gua acuan kecil jika guna acuan besar, kukus selama 35 minit.
  9. Setelah masak hidang dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap.

Kredit : masni bahari

Published by
webadmin