Apam Pisang Cheese. Bagi yang baru mendengar, pasti tertanya-tanya macam mana rasa hidangan ini. Mana tidaknya, Apam Pisang sajian tradisional. Ditambah pula dengan keju. Wah…Sedap ke? Memang sedap ya. Kalau tak percaya, kena cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Memang terpesona dengan rasanya.
RESIPI APAM PISANG CHEESE
BAHAN ADUNAN APAM PISANG:
CARA MEMBUAT:
1. Pukul telur, minyak jagung dan gula sehingga sebati
2. Masukkan pisang kemudian kisar lagi hingga sebati.
3. Dalam bekas lain, tuang bahan kisar dan masukkkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
4. Gaul semua bahan hingga sebati. Ketepikan.
BAHAN ADUNAN CHEESE:
CARA MEMBUAT:
1. Satukan kesemua bahan dan adun hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.
CARA MEMASAK:
1. Ambil acuan dan sapu sedikit minyak.
2. Panaskan air dalam periuk kukusan sehingga mendidih.
3. Paipkan adunan cheese ke dalam acuan (agak²-agak nak tebal mana kejunya ya).
4. Kukus lapisan keju selama 3 minit.
5. Angkat dan kemudian tuang adunan apam pisang hingga memenuhi 3/4 paras acuan.
6. Kukus sekali lagi selama 10-15 minit.
7. Angkat Apam Pisang Cheese dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
8. Adunan ini boleh menghasilkan kira-kira 50 biji Apam Pisang Cheese
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official