Asalnya nak buat apam polkadot dot-dot. Sudahnya tak menjadi. Itulah buat corak macam pelangi.Adalah lebih kurang macam jalur pelangi walaupun tak seberapa. Warnanya pun meriah berwarna warni, memanglah anak-anak suka. Dalamnya pula diletakkan inti strawberi, dah la sedap , gebu pula.
APAM POLKADOT PELANGI
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
(ayak bersama)
3 biji telur gred A – dari peti sejuk
Cara memasak:
1.Kisar telur,gula & ovallete dengan kelajuan maksima hingga kembang dan menjadi warna putih
2.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar/cair. Sambung kisar paling minima hingga sebati.
3.Masuk esen vanilla. Adun sekejap bagi semuanya sebati.
4.Bahagi dan warnakan adunan. Yang kosong biar lebih. Setiap warna pelangi itu ambil 1 senduk saja. Warnakan. Masuk dalam piping bag.
Kredit: Zura Zul
INGIN MEMBELI BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official