Puteri Ayu ni sedap dimakan bila masa pun. Lembut dan enak aje dikunyah. Kalau biasa perasa pandan cuba rasa ramuan jagung pulak.

Apam Puteri Ayu Berperisa Jagung Lembut & Gebu

Apam Puteri Ayu Berperisa Jagung Lembut & Gebu

Apam puteri ayu berperisa jagung, memberi kelainan rasa bagi penggemar kuih ini yang selalunya berperisa pandan.

Ads

APAM PUTRI AYU JAGUNG
BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
    * di ayak
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1½ sudu kecil ovalete
  • 2 sudu besar krimer jagung ( sy guna ayam brand )
  • 1 sudu besar perasa jagung
  • 1 cawan santan pekat
  • Pewarna kuning
  • 1 biji kelapa parut (putih sahaja) dikukus dulu
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan Santan pekat, krimer jagung dan perasa jagung di blend hingga isi jagung hancur
  2. Telur dan gula halus dipukul sebati
  3. Masukkan ovalete pukul lagi hingga kembang dan gebu
  4. Perlahankan mixer. Masukkan sedikit demi sedikit santan dan tepung gandum berselang seli. Ulang hingga habis
  5. Titiskan sedikit sahaja pewarna kuning.
  6. Kacau kaub balikkan hingga adunan sebati.
  7. Isi kelapa parut dalam acuan. Tekan padatkan pada acuan.
  8. Tuang adunan dan kukus selama 10 minit. Api perlahan.

Apam Puteri Ayu Berperisa Jagung Lembut & Gebu

Apam Puteri Ayu Berperisa Jagung Lembut & Gebu

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Noraslinda Md Radzhi

Ads

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Cucur Jagung Lemak Manis Rangup Diluar Lembut Didalam

Ads

Senang Rupanya Lepat Jagung Manis Dibalut Dengan Kulit Jagung

Air Jagung Puaka Bakal Menghantui Hidup Anda

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI